Sambutan CNY Dinner 2014 Di Setia City Convention Centre 

Bermula dengan sambutan di ofis dahulu ..  

Tahun ni singa kuning 😆

Dimulakan dengan tarian singa , merupakan tarian tradisional dalam adat warisan masyarakat Cina yang mana penari akan meniru pergerakan singa dengan menggunakan kostum singa . Kostum singa itu dimainkan oleh dua penari iaitu seorang memainkan di bahagian hadapan dengan menggerakkan kepala kostum , manakala pasangan penari akan memainkan bahagian belakang kostum singa tersebut. Tarian singa ini akan diiringi oleh gong , dram yang dikatakan akan membawa tuah . 

Berbalik semula kpd cerita di ofis tadi , kostum singa ini akan bergerak dari bilik ke bilik ofis dengan membawa buah limau mandarin . Buah limau adalah dianggap sebagai simbol rezeki bagi masyarakat Cina. 

Setelah selesai acara di ofis , diteruskan pula dinner di Setia City Convention Centre .  Jalan paling mudah nak ke sini ialah dengan melalui lebuhraya persekutuan sahaja ..  setelah itu exit ke jalan nak ke Meru . 

One thing kat sini nak parking kereta sangat senang .  Papepun mula-mula sampai mesti nak take photo with my business partner . 

Merah lagi ??  I memang suka merah .. Ado aku kesah ! Haha  Sebenarnya kami disuruh memakai warna merah . 

Related la dengan perayaan CNY ni .. menurut kepercayaan masyarakat Cina warna merah dipercayai dapat mengusir roh jahat dan nasib buruk. Jadi tidak hanya baju , hiasan ruangan dan benda-benda lain juga berwarna merah biasanya. 

Anak Ai Faiz pun ikut juga .. Faiz dan ayahnya juga memakai baju merah . 

Rupa-rupanya dah ramai orang yang sampai lebih awal .. perasan kami dah awal 😜😜😜

Kat sini kostum singa kaler Oren lak ..  cantiknyerrrrrr 

With gong and drum too 

The baloons are so sweeeetttt

Jom masuk dalam dewan .. apa yg ada di dalam ? Jeng jeng jeng 

CNY Dinner 2014 bermula ..
Masing -masing telah duduk di meja yang diatur rapi ..  

Faiz semeja dengan Kak Intan .. 

.. dan semeja juga dengan Millionaire Partners yg lain 

My view …

My VIP table .. 

Yee sang seperti biasa ..  selepas digaul inti yee sang lalu diangkat tinggi-tinggi katanya semoga lebih banyak kemakmuran yang akan dinikmati sepanjang tahun . 

Pemain muzik menghiburkan kita dengan alat muziknya .

Makan malam bermula .. 

Faiz menunjukkan menu utk makanan kita ..

Tahniah untuk my hubby kerana dapat hadiah . 

My table juga menang hamper .. yeayyy

Our team Millionaire Partners adalah Million Dollar Agency .

My teammate yg hadir ke CNY 2014 . 

Jumpa lagi di next entry ! 

Leave a comment