Posted in Uncategorized

Jom Bercuti ke Langkawi dan lawat tempat menarik yg wajib anda kunjungi ini

Siapa yang selalu ke Langkawi mesti dah tahu tempat-tempat yg popular untuk dikunjungi kannn

Tapi kalau dah selalu sangat ke tempat yang sama aje boring juga betul tak ?

Untuk pengetahuan anda ada tempat yang baru dibuka di Langkawi pada tahun ini tahun 2020 iaitu DREAM PARK LANGKAWI . Mesti anda belum pernah pergi kann

Meh sini saya share sikit berkenaan dengan DREAM PARK LANGKAWI . Ianya terletak di Jalan Makam Mahsuri ,Mukim Ulu Melaka , Langkawi . Nak ke sini senang saja anda boleh google aje DREAM PARK LANGKAWI atau anda boleh guna waze , mesti sampai .

Apa yang ada di DREAM PARK LANGKAWI ini ? Untuk pengetahuan di sini adalah tempat selfie atau tempat mengambil gambar dengan berlatarbelakangkan pemandangan yang sangat indah termasuklah , Gunung Raya , Tasik Dayang Bunting , Pantai Cenang , Laut Andaman , Sawah Kg Telok yg menghijau dan luas saujana mata memandang .

Ada 9 selfie spot di sini di antaranya ialah spt di dalam gambar-gambar di bawah .

Terimakasih kerana sudi dtg ke Dream Park Langkawi

Terimakasih kerana sudi dtg ke Dream Park Langkawi
Terimakasih kerana sudi dtg ke Dream Park Langkawi
Terimakasih kerana sudi dtg ke Dream Park Langkawi
Terimakasih kerana sudi dtg ke Dream Park Langkawi
Terimakasih kerana sudi dtg ke Dream Park Langkawi
Terimakasih kerana sudi dtg ke Dream Park Langkawi
Terimakasih kerana sudi dtg ke Dream Park Langkawi
Terimakasih kerana sudi dtg ke Dream Park Langkawi

Selain dari gambar di atas ada lagi beberapa selfie spot yg snagat menarik jadi anda mesti datang ke sini jika anda sampai di Langkawi .

Selfie selfie spot ini terletak di puncak bukit . Untuk naik ke atas puncak bukit anda akan dibawa menaiki kereta pacuan 4 roda 4X4 . Haaa inilah peluangnya untuk naik 4X4 kepada anda yang belum pernah naik . Anda dapat merakamkan momen momen indah di sini sambil menikmati pemandangan yang sangat memukau .

Terimakasih kepada semua yang sudi datang ke Dream Park Langkawi

Apabila anda tiba di Dream Park Langkawi , anda boleh parking di bawah di tempat parking kereta yang disediakan kemudian kereta kami akan turun mengambil anda seperti di dalam gambar di bawah .

Jika anda hendak menaiki kereta anda sendiri pun boleh untuk naik ke atas bukit tetapi kereta anda hendaklah di dalam kondisi yang baik baru kami benarkan .

Seterusnya adalah harga tiket Dream Park Langkawi .

Dewasa warganegara – RM15 sahaja

Kanak2 warganegara sekolah menengah – RM8 sahaja

Kanak2 warganegara sekolah rendah RM5 sahaja

Dewasa warga asing – RM25 sahaja

Kanak2 warga asing RM15 sahaja

Semua pengunjung akan dibekalkan air mineral PERCUMA . Jika anda perlukan khidmat Jurugambar , pun PERCUMA juga .

pa nak lagi ,

Haaaa tiket pun mur mur sahaja .. Ajom kita beramai-ramai ke DREAM PARK LANGKAWI .

Alamat seperti di bawah :

DREAM PARK LANGKAWI

Lot 2185, Jalan Makam Mahsuri , Kampung Telok, Mukim Ulu Melaka, 07000 Langkawi , Kedah Darul Aman .

No tel : 019 353 9425

Fb page : Dream Park Langkawi

Instagram: Dream Park Langkawi

Terimakasih

Posted in 🍜 RESIPI, Spageti Carbonara

SPAGETI CARBONARA 


Masakan yang simple dan sedap dan ia menjadi kegemaran anak-anak. 

BAHAN-BAHAN :



180gm spageti

100gm krim masakan

50ml susu cair

10gm bawang putih [ dicincang ] 

30gm daging lembu  [ dihiris nipis ] 

30gm cendawan shitake [ dihiris nipis ] 

1 biji telur kuning 

30gm keju parmesan 
CARA MEMASAK : 
1. Campurkan susu bersama krim ke dalam satu bekas. 

2. Masukkan kuning telur dan kacau rata. 

3. Masukkan pula garam dan serbuk perasa. Ketepikan. 

4. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga kekuningan . 

5. Masukkan daging bersama cendawan dan biar hingga masak. 

6. Masukkan spageti. 

7. Masukkan pula adunan terdahulu dan kacau rata. 

8. Akhir sekali taburkan keju parmesan. 
* sumber dari majalah rasa 

Posted in ~ Walimatul Urus di Melaka - Dis 2017

Walimatul Urus di Melaka – Dec 2017

Undangan dari kawan baik suami ex TUDM En Hamid . Beliau mengahwinkan anaknya yang ke dua . Majlis berlangsung di rumahnya di Pulau Sebang , Melaka . Alhamdulillah undangan dapat ditunaikan . 

Kami sekeluarga bertolak dari rumah lebihkurang pukul 11.30 pagi dan sampai di sana sudah pukul 2.30 petang disebabkan jalan Senawang jam teruk . Nak buat macamana sebab rasa nak lalu LEKAS highway . Hakhakhak 

Che Hamid seperti biasa ler menyambut kami dengan mesra semesranya ..  lauk kenduri masak sendiri , beliau memang taukeh kantin dan isterinya memang hebat memasak lauk berperiuk periuk , dah biasa masak banyak . 

Jom layan gambar-gambar ketika di sana .

Kak Zie bersama isteri En Hamid 👇

Posted in ~ Walimatul urus di Puchong -Nov 2017

Walimatul Urus di Puchong -Nov 2017 

Sekarang dah masuk musim hujan dan musim kawen .  My husband mendapat jemputan undangan majlis perkahwinan dari  kawan sekolahnya yang kahwinkan anak.   Faham ke faham harap tak konpius 😂😂😂 .Majlisnya berlangsung di Puchong , Selangor .  Turut hadir adalah anak kami Hanis dan Zharif . 

Ayahnya bila bertemu dengan kawannya yang sudah lama tak berjumpa mulalah berborak panjang . Si Hanis ni plak mana boleh tahan , kalau boleh lepas makan terus nak balik 😅😅😅 merajuk dan tak makan pujuk terus bosan dan lari duduk bawah khemah berhampiran dengan parking kereta . #lantaksitu  

Yang adiknya Zharif ok skit dan tiada masalah , enjoy makan-makan dan main handphone . 

Jom layan photo yang sempat diambil . 

Cantiknya warna pelamin dia kannnn

 My husband berbaju biru  , kawannya dan  pengantin lelaki . 

Sekian … 

Posted in ~ Walimatul Urus di TUDM KL -Dec 2017

Walimatul Urus di TUDM KL – Dec 2017 

Kenduri kawen anak ex TUDM ( kawan my husband ) , terimakasih kerana sudi menjemput kami . 

Tersalah pintu masuk , rupa-rupanya dewan terletak kat luar je bukan di dalam tudm .. haha

Almaklum semasa kami tinggal di dalam kem ini 20 tahun yang lepas , dewan belum ada lagi . 

Setibanya di sini mereka terus bergambar .. hamboi-hamboi rupanya orang lelaki pun suka bergambar juga ..  ingatkan orang pompuan je yang suka bergambar.😂


Sebelum masuk ke dalam dewan , kami lak bergambar sat di sini . Kalau tak bergambar rugilah sebab mereka dah buat cantik-cantik kannn 😆👇

Apa -apa pun ambil makanan dahulu lahh .. memang tengah lapar masa ni …  Kak Zie ambil ayam itu pun seketul jer  sebab Kak Zie tak boleh makan daging ..lain-lain Kak Zie ambil kuah dalca dan acar buah . Yum yum ! 

Selepas makan baru kita kisahkan keadaan persekitaran ya … 😆😅

Suasana meriah juga .. hihi 

Pelamin nan cantik untuk mempelai ☝

Gang askar ni rancak berbual mesra sesama mereka ☝
Tu dia mereka dah amik group photo dengan pakaian uniform mereka tapi tidak bersama pengantin kerana pengantin sedang makan beradab pada waktu ini . 

Okay udah-udahlah selfie tu kak … laki dah nak balik  ni .. hakhakhak 

cantiknya buah tangan untuk tetamu yang disusun cantik di hadapan pintu masuk dan keluar .

Lastly thank you to tuan rumah kerana menjemput kami. Semoga pasangan pengantin berkekalan sehingga ke jannah . 

Posted in ~ Walimatul Urus di Bdr Sri Damansara Nov 2017

Walimatul Urus di Bandar Sri Damansara Nov 2017

Majlis resepsi persandingan ini adalah anak kepada kawan sekolah Dean . Ia berlangsung di Dewan Serbaguna ,Persiaran Perdana , Bandar Sri Damansara pada hari Ahad 5 Nov 2017 . Kebanyakan orang sekarang dah buat kenduri-kendara di dewan , senang kannn berbumbung hujan pun tak pe . Parking kereta pun banyak berbanding dengan buat di rumah .  

Kali ni Faiz pun nak ikut juga so kami berempat cuma Zharif je tak ikut. Lauk kendurinya mabeles , nak bertambah nasi rasanya .. 😆  dengan acar buahnya .. perghh complete .  Kalau Kak Zie kata sedap  ia memang sedap ! Sebab Kak Zie ni cerewet skit tentang makanan . Ada yang buat kenduri tu lauknya hampehh!!  investlah skit .. cari tukang masak / caterer yang masak sedap sebab nak hidang kat beratus orang ni or beribu orang , biarlah ikhlas. Kadang-kadang yang tak sedap tu cajnya lagi melampau .. setuju ?  

Waktu kami pergi kenduri ni pun hujan renyai-renyai almaklumlah sudah masuk musim tengkujuh , hujan setiap hari .  Jangan ribut sudahlah , orang kata kalau masa kenduri ada berlaku ribut yang kuat mungkin itu petanda yang tak baik yang akan berlaku kepada pasangan pengantin  .. wallahuwa’lam. 

Kepada tuan rumah , thanks for having us join you for your daughter’s big day . 

Posted in ~ Walimatul Urus di Pantai Dalam , KL Nov 2017

Walimatul Urus di Pantai Dalam , KL 

Ini adalah majlis persandingan anak En Baharudin ( kawan lama Dean)  dan Pn Shila yang berlangsung di Pusat Komuniti Lembah Pantai , Pantai Dalam , KL .  

Kami sampai di sana lebihkurang pukul 12.30n a bit awal so tak dapat jumpa dengan pengantin. Kali ni pergi bertiga dengan Hanis , ntah camana nak ikut plak dia walaupun dia sorang je .. Faiz dan Zharif tak nak ikut. 

Syukur alhamdulillah majlisnya berjalan dengan lancar , makanannya pun sedap juga cuma hari Sabtu 4 Nov 2017 hujan renyai-renyai tapi kami ok je , parking kereta pun senang . 

Tahniah to both of you En Baharudin and Pn Shila . Thank you for having us. 

Posted in 🍜 RESIPI, ~ Roti Jala

ROTI JALA – sumber @resipi sedap 

Setiap kali Kak Zie buat open house Kak Zie selalu order je Roti Jala ni . Kak Zie dan tetamu memang sangat suka Roti Jala tapi nak buat almaklumlah nak layan menjala ni tak cukup kaki tangan . Pembantu tak de 😆  

Bila terjumpa resipi memang teringin sangat nak buat tapi belum kesampaian lagi . Just copy je lah dulu kat blog .. 

Roti Jala 
Bahan-bahan : 
1 kg tepung gandum 

2 biji telur 

1/2 tin susu cair 

150 ml minyak masak 

1500 ml air 

Sedikit garam 

Pewarna kuning telur 

Cara : 
Satukan semua bahan , kisar hingga sebati. Guna kuali tak melekat ( non stick pan) . Jika guna kuali leper untuk masak daging burger , leser sedikit minyak pada kiraian yang pertama … kiraian yang seterusnya tak perlu leser minyak. 

*1kg tepung boleh dapat 85 pcs. 

Posted in 🍜 RESIPI, ~ Kuih Cara Berlauk

KUIH CARA BERLAUK MALAYA ~ sumber fb 

Kak Zie sangat gemar makan kuih cara berlauk tetapi tak reti buat … hihi So Kak Zie amik je resipi yang Kak Zie baca di facebook dan letak kat my blog , senang nak cari di masa akan datang bila teringin nak buat . 

Kuih Cara Berlauk 
Bahan tepung 

200ml santan pekat (santan kotak) 

200ml air 

4 biji telur 

150gm tepung gandum 

1/2 sudu teh pewarna kuning 

Garam secukup rasa

Bahan inti 
200gm daging ayam/daging 

2 sudu besar rempah kari daging 

1 ulas bawang merah *

2 ulas bawang putih *

1 cm halia *

Finely chop bahan*

Sedikit lada sulah 

Garam secukup rasa 

Hiasan 
Daun sup dihiris 

Cili merah dihiris 

Bawang goreng 

Cara 
1) Campur kesemua bahan tepung dan kisar dengan blender . Tapis adunan 

2) Inti : Tumiskan bawang merah , bawang putih dan halia hingga wangi . Maaukkan rempah dan kacau hingga naik bau sebelum masukkan ayam , lada sulah dan garam .masak hingga matang . 

3) panaskan acuan dan sapukan sedikit minyak pada acuan. Tuang bahan tepung sehingga 3/4 acuan dan masukkan inti. Hiaskan dengan bahan hiasan. Tutup acuan dan tungga hingga masak. Gunakan api kecil sahaja . Setelah masak keluarkan . 

* Adunan ini boleh dapat dalam 60 biji lebih. 

Posted in Buku Mewarna Kanak-kanak, LOVED ONES

Buku Mewarna Kanak-kanak 

Pepagi buta dalam pukul 6 pagi sambil tunggu nasi masak , cuba intai skit bilik kecil sebelah dapur yang Kak Zie buat simpan buku-buku lama dan jadikan stor . Sambil membelek buku-buku di situ terjumpa lak buku baby Zharif yang Kak zie beli semasa dia tadika dahulu … Dah banyak buku Zharif yang lama-lama Kak Zie sedekahkan kepada orang . Maklumlah dahulu Kak Zie seorang ibu yang sangat suka membeli buku mewarna kerana Kak Zie sendiri pun suka mewarna . Hakhakhak

Inilah dia di antara buku mewarna Zharif yang masih tinggal , buat kenangan .