Pengalaman menginap di ‘Batu Rakit View Chalet ‘ Kuala Terengganu

Balik Terengganu kali ni , saya menginap di Batu Rakit View . Nak mencuba menginap di sini plak sebab selalunya kami menginap di Chalet Anees atau Scout Inn .

Batu Rakit View betul-betul di tepi laut . Buka tingkap je terus nampak laut, sunyi , reasonable price dan bersih . Sesiapa yg nak bercuti di Trg dan nak cari penginapan yg murah tapi selesa , nak yg dekat pantai , saya syorkan anda menyewa di sini . Kedai makan yg popular dgn nasi kerabu, nasi minyak , pulut gaul nyiur , nasi dagang dsb pun banyak di area sini .
Walaupun musim tengkujuh dah berlalu tapi ombak still kuat menghempas pantai . Janganler cuba2 nak mandi laut di sini . Sangat bahaya , Takutttt

Jom layan gambar-gambar di sekitar chalet .

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

Sekian sahaja utk kali ini . Jumpa lagi di entri yg akan dtg .

Sambutan CNY 2016 Singa warna Pink meriah

Sambutan Chinese New Year tahun 2016 disambut meriah di hla PJ City . Acara diadakan pada sebelah pagi 16hb Februari 2016.

image

image

image

Cantiknya warna pink kannn .. warna kegemaran Dato seri Dr Hajjah Vida .

Pada sebelah malamnya pula sambutan CNY diadakan di One City Grand Ballroom , Subang Jaya .

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

Nak bagi ulasan skit ..
Sambutan Tahun Baru Cina pada tahun 2016 ini sangat meriah , makanan sedap , dapat hadiah lucky draw dan berbagai lagi .
Me always there to make other people happy !

Kpd sesiapa yg nak cari part time/full time Financial Consultant sila whatsapp saya at 019 2629425 .
Sila taip nama > kerja sekarang > education background> umur . Tq

Pengalaman Zie ke Langkawi

Pengenalan

Percutian kami ke Langkawi pada 13hb Disember 2015 hingga 16hb Disember 2015 yang lalu sangat menghiburkan dan merehatkan minda.
Ini merupakan kali ketiga saya ke Langkawi . Bagi anak-anak pula ia merupakan kali kedua mereka menjejakkan kaki ke destinasi yang dinamakan ‘Permata Negeri Kedah’ ini yang terletak di Laut Andaman di utara Semenanjung Malaysia.

Percutian Bersama

Percutian ini adalah bersama keluarga tersayang 😘

image

Hubby

image

Anakanda Hanis

image

Anakanda Zharif

Sorang lagi tak ikut, kena tinggal .. huhu
Tak pe lain kali boleh ikut .

Hari Pertama

Lebihkurang dalam pukul 8 pagi selepas sarapan kami terus memulakan perjalanan dari Kuala Lumpur ke utara semenanjung .
First stop kami di Hentian Sg Perak lebihkurang pukul 11am . Kononnya nak beli kueh Pau tapi belum masak plak , adoyaiii

Perjalanan diteruskan lagi . 2nd stop di Bandar Alor Star pula . Pukul 2pm kami sampai di sini . Dah banyak berubah berbanding semasa saya datang ke sini dalam tahun 1991 dahulu. Memandangkan ada banyak masa lagi sebelum kami gerak ke Langkawi so my hubby bawak kami pusing-pusing di sekitar Pekan Rabu . Pusing-pusing lagi ternampak Menara Aloq Setaq , terus amik gambaq 😂😂😂

image

image

image

Dah habis pusing Pekan Rabu kami teruskan lagi perjalanan melalui jalan lama ke Kuala Perlis. Di sini tak banyak berubah cuma masa datang dahulu belum ada masjid terapung lagi.
Masa mula-mula sampai kami ke masjid dahulu dan selepas itu ke jeti utk beli tiket . Masa nak beli tiket ni ada sorang brader ni offer package suruh amik ngan dia sewa kereta, parking kereta n island hoping .
Sebelum menaiki feri kami lunch dulu kat restoran yg berhadapan dengan jeti tuuu . Hubby tinggalkan kereta di kawasan tempat letak kereta yang agak jauh dari jeti dan kena bayar RM60 utk selama 4 hari. Ni package brader tu ar..
Tiket feri satu hala utk 4 orang iaitu RM62.00. Kami menaiki feri pukul 4.30pm tapi delay entah apa-apa .. dalam pukul 5pm gak la mula bergerak.

image

image

Penginapan di T Star Cottage
Kami tiba di Jeti Kuah pukul 6pm . Kereta yang dijanjikan oleh brader tu tak muncul-muncul so kami amik teksi aje untuk ke hotel. It cost RM30 dari jeti ke Hotel T Star yang terletak di Pantai Tengah. Perjalanan memakan masa selama 30 minit. Hampir 7pm kami sampai dan check in . Di T Star kami tempah 2 bilik melalui Booking.com . Kedua-dua bilik di tingkat bawah dan sebelah menyebelah aje dan ianya di sebelah lobby sahaja. Kami amik bilik moden . Di sini ada beberapa jenis bilik iaitu Moden, Spa , Bajet dan Kampung.
Harga bilik-bilik di sini memangla sangat murah . Harga bilik Moden RM65 per nite . Deposit kena bayar RM100 sebilik . Total 2 bilik utk 3 malam saya bayar RM590 semasa check in. Duit deposit RM200 dikembalikan semula setelah saya check out. Sebab kami pilih hotel ni kerana pada masa saya buat booking kebanyakan hotel lain dah penuh , hotel ni bagus cuma biliknya tersangat kecil , panas dan banyak nyamuk . Yg lain ok .. sangat dekat dengan kedai makan dan berhampiran Pantai Cenang .

Gambar-gambar di sekitar hotel

image



image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

Selepas maghrib kami pergi makan malam . Jalan kaki aje dari hotel . Menurut penyambut tetamu hotel ni ‘Restoran Mangga’ yang terletak berdekatan dengan hotel ini makanannya sedap . So kami menurut aje lah lagi plak senang jalan kaki aje . Kami makan Thai food di sini .. sup ekor dan yang sewaktu dengannya . Rasanya sedap.

Hari kedua

Sementara van nak amik kami untuk ke Island Hopping , kami bersarapan dulu di restoran yang tak jauh dari hotel juga .. dah lupa nama restoran ni . Makan nasi lemak di sini , sedap juga .
Hampir pukul 10am van datang amik kami untuk ke jeti Teluk Baru . Ianya sangat dekat dengan hotel TStar lebihkurang 5 minit perjalanan dah sampai .
Tiket untuk ke Island Hoping ini kami dah tempah awal-awal iaitu semasa di Jeti Kuala Perlis dengan brader tu .. masih ingat ? Kos RM25 seorang . Kena tunggu giliran di jeti Teluk Baru tapi sekejap jer . Sebelum naik bot , mereka amik gambar kami dulu .. hehe
Masa balik nanti gambar tu dah siap . Mereka jual RM10 satu .
Aktiviti Island Hopping ini memakan masa selama 4 jam . Kami pergi pukul 10am balik pukul 2 pm.
Pakej Island Hopping merangkumi
Perjalanan menaiki bot dan singgah di 3 tempat utama iaitu;
● Tasik Dayang Bunting
● Eagle Feeding di Pulau Singa
Besar dan
● Pulau Beras Basah

image

image

image

My view

image

Dalam perjalanan ke Tasik Dayang Bunting , kita boleh nampak gunung yang menyerupai seorang perempuan terbaring dengan bentuk kepala, dada dan perut yang sedang bunting . Nampak tak ?

image

image

image

image

image

image

image

Buaya putih .. ket Langkawi ajo ado eh … 😂😂😂

image

Utk ke Tasik Dayang Bunting kena
jalan dan mendaki sikit la .. lepas tu menurun plak . Sekarang dah kena bayaran masuk , RM3 untuk orng dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak.

image

Ramai juga orang yang mandi-manda di Tasik Dayang Bunting . Kali ni kami tak mandi cuma duduk-duduk cuci mata aje .

image

image

Dekat Pulau Singa Besar pulak , pengunjung akan dapat tengok helang kat situ. Kiranya di situ tempat helang cari makan. Kat Pulau Singa Besar ni kami tak turun pun cuma duduk dalam bot aje dan tengok helang berterbangan dalam jarak yang lebih dekat.

image

Di Pulau Beras Basah pula , kami sampai dah tengahari . Cuaca tersangat panas menyebabkan tak sanggup nak berjemur so kami lepak-lepak kat bawah pokok Kelapa aje. Tak dapatlah nak mandi sedangkan baju tukar dah bawa.

image

image

Lepas Pulau Beras Basah kami terus pulang ke hotel.
Sebelah petang kami sewa kereta kepunyaan hotel T Star juga. Sewa Viva dengan kadar RM75 sehari dan deposit RM100. Kami cuma sewa sehari aje. Dapat kereta terus jalan-jalan . Mula-mula kami pergi makan tengahari (late lunch) berhampiran dengan Kg Ulu Melaka , warung tu just tepi jalan aje menuju ke Pekan Kuah . Kami makan Nasi Goreng aje sebab dah lewat.
Lepas tu kami pergi ke Pekan Kuah jalan-jalan sambil nak tengok tanah yang nak dijual berhampiran dengan Kuarters Marin . Nice view cuma tanah tu tak sesuai utk kami beli. Sambung jalan-jalan lagi di Pantai Cenang . Kami ke Kedai Duty Free bersebelahan dengan underwater World Langkawi. Shopping chocolate murah-murah kat sini . Tak beli rugi. Berjaya jugak beli mangkuk sebutir , monopod dan samsung charger .. hihi
Balik hotel dan makan malam kami makan di Restoran Mangga juga . Kali ni order Jenahak steam halia. Mabeles!! Harga pun biasa saja.
Sehari suntuk berjalan dah kepenatan . Masa untuk tidur awal.
Hari ketiga
Kami bersarapan di salah sebuah restoran di Pantai Cenang . Seperti yang ramai orang kata harga makanan di area Pantai Cenang agak mahal sedikit memang betul . Kami makan nasi lemak bungkus . Nasi dan kari udang . Pertama kali makan nasi lemak berserta kuah kari. Hehe

Selepas sarapan kami memulakan perjalanan kami ke arah Lapangan terbang Langkawi , Pantai Kok dan Pantai Teluk Burau just pass by sahaja .
Kami singgah di Telaga Harbour untuk melihat dan mengambil gambar kapal-kapal mewah yang cantik berlabuh di sini. Pemandangan indah di sini menjadikan Telaga Harbour salah satu lokasi yang harus dikunjungi jika bercuti di Langkawi.

image

image

image

Lepas tu kami terus ke Oriental Village yg letaknya di sebelah Berjaya resorts Hotel .

image

image

Mula-mula tu ingat nak naik Duck Tour tapi oleh kerana dia hanya pusing-pusing area Telaga Harbour aje so tak jadilah naik kerana kami dah posing habis dah kat Telaga Harbour tu .. 😂😂😂

image

image

Seterusnya ke area Gunung Mat Cincang untuk meninjau- ninjau sahaja bukan nak naik kereta kabel pun . Haha ..

Saya kalau ke Langkawi tapi kalau tak pergi ke Teluk Datai memang tak sah. Mesti nak pergi juga walau sekejap. Tempatnya sangat cantik . Indahnya ciptaan tuhan !
Penghujung jalan adalah di Hotel mewah The Datai Langkawi .

image

image

image

image

Selain Teluk Datai kami teruskan perjalanan pula ke Pantai Pasir Tengkorak yang sangat bersih dan cantik , iaitu di antara pantai yang tercantik di Langkawi .

image

image

Rasa menyesal plak kerana tak bawa baju untuk mandi di sini . Ramai juga kanak2 mandi di sini . Mesti best tu.. Selepas lebihkurang 20 minit kami di Pantai Pasir Tengkorak , kami bergerak ke Pantai Tg Rhu pula.. yeahhh Pantai yang paling femes di Langkawi dan terdapat 2 hotel mewah di sini iaitu Hotel Tg Rhu dan Four Season Hotel. Di sini juga tempat orang bermain ATV .

image

Pasni kami balik ke Pantai Tengah melalui Pekan Kuah dan di pertengahan jalan kami singgah lunch Ikan Bakar . Harga boleh tahan mahal jugak di sini .

Masa kami on the way balik ke hotel , kami singgah dulu di Pantai Tengah lihat org main paragliding . Di sini juga tempat orang naik bot untuk Island Hoping .

image

image

Hantar anak-anak balik hotel dan kami teruskan aktiviti kami untuk shopping baju pula di Pantai Cenang . Dalam pukul 4 pm kami pulangkan kereta sewa tu then berehat di bilik sampailah selepas maghrib jalan kaki aje untuk pergi dinner di Restoran Mangga .. hehe Ini merupakan hari yang last kami dinner di sini . Boleh la … makan sambil rehat-rehat kannn
Balik ke bilik pack barang-barang .

Hari ke empat
Sarapan di kedai berhampiran juga .. selepas sarapan terus bawa bag ke hadapan hotel Holiday Villa .. di situ dah ada teksi yang menunggu kami untuk ke Jeti di Pekan Kuah .

image

Sarapan roti jala & nasi lemak

Sampai di jeti terus beli tiket feri . Sambil menunggu feri kami yang bertolak pada pukul 12.30pm , sempat ler makan dulu ..

image

Seat kami kali ni di tingkat atas . Penat juga naik feri ni sebab kebetulannya tempat duduk saya ni tepat kena matahari, tengahari plak tu . Macam nak pengsan rasa .. 1 jam kat dalam ni. Kalau mereka dapat pasang langsir pun bagus kannnn
Betul tak ???

Akhirnya dah sampai di jeti dengan selamatnya … alhamdulillah !

image

image

Sebelum balik ke rumah make sure rasa Laksa kuala Perlis dulu yang sangat terkenal ini .. yum yum !!

image