Posted in Uncategorized

MALAM KEMESRAAN BERSAMA JIRAN TETANGGA 2016 

Kali ini kami sekeluarga dapat hadir ke Malam Kemesraan Bersama Jiran Tetangga di taman kami. Ia diadakan di kawasan taman ini sahaja , just buka khemah di atas jalan .  Kehadiran amat menggalakkan , walaubagaimanapun yang tak hadir tetap ada.   

Acara dimulakan dengan bacaan doa oleh En Jamal salah seorang jiran kami di lorong yang sama .  Selepas baca doa terus saja memulakan acara santap 😂

Makanan disediakan secara buffet , main dish adalah Nasi Beryani katanya…  tapi ada kekurangan .. kuah tak ada. Mak plak tak biasa makan nasi tanpa kuah .. huhuhu   

Selain dari itu banyaklah makanan lain yang dibawa oleh jiran-jiran untuk dimakan bersama . Mereka buat cara potluck . Siapa yang nak bawa makanan boleh bawa seberapa banyak yang boleh 😅😅😅

Selepas makan tibalah acara AJK pula nak memulakan ucapan sepatah dua kata. Ada juga terdapat komplen dari beberapa orang jiran . Biasalah di mana-mana pun ada komplen , akan ada saja yang tidak berpuashati .. relaxla bro . Macam akak ni senang hidup , ikut sajalah mana yang baik  asalkan taman kita aman sudahla . Nak kritik orang memang suka tapi kalau orang kritik kita plak berasap atas dan bawah jadi kena fikir sebelum bercakap . Itu prinsip akak .Lagipun akak rasa AJK pada tahun ini jauh lebih banyak improved dari AJK yang lepas . 

Acara tamat dalam lebihkurang pukul 11 malam juga sebab mula lambat pukul 8.45 pm baru mula.  Alhamdulillah acara beressss dengan aman. Tak ada yang cedera  .. hihi  

Tajuknya malam kemesraan sebab ingatkan makan-makan sahaja rupanya ada juga yang menyampaikan hasrat tak puas hati sampai lari balik rumah terus . Huhuh  Harap tidak berlaku lagi di masa akan datang . 

Bergambar bersama jiran ~ Zarina 

Advertisements
Posted in Uncategorized

Sambut Birthday Faiz yang ke 9 tahun 

Waktu ini kami tinggal di Bandar Damai Perdana , Cheras dan Faiz pada masa ini bersekolah di SK Alam Damai , KL dalam Tahun 3.  Best jugak tinggal di Bandar Damai Perdana ini , kebetulannya jiran-jiran semuanya bagus dan ramah . Rumah yang kami tinggal di sini kami beli dan memang untuk bumiputera aje kawasan ini.  

Pada suatu hari tu tak ingat dah hari apa tapi samada sabtu atau ahad ler sebab hari cuti kannn .. hari tu lah nak sambut birthday anak .  Buat simple-simple dan sambut kat rumah aje .. janji buat supaya anak akan merasa dihargai dan juga sebagai kenangan bila dia sudah besar . Saya jemput anak-anak jiran aje , mak ayah mereka tak datang pun .  Seronok sangat jemput budak-budak datang makan di rumah ,ia merupakan suatu kepuasan bagi saya . Pada masa ni Hanis berusia 6 tahun dan Zharif berusia 2 tahun . Kalau lihat dalam gambar di bawah Hanis dah pandai gelak-gelak tapi Zharif yang pakai baju belang biru nampak blur aje sebab dia tak faham tentang keadaan tu mkn kerana dia masih kecil. 

Saya hanya belikan Faiz kek coklat yang 1/2 kg dan ada juga makanan lain . Ayahnya memang pakar buat air . Pada hari tu dia buat air Sirap Bandung katanya budak-budak memang tertarik dengan warna pink yg menawan itu .. haha 

Maknya memangla suka gelak .. haha  .. gambar ni kat rumah bukan di tadika ya ..  maknya suka menampal gambar-gambar di dinding supaya senang nak ajar anak . Hihi 

Faiz memang anak yang sangat baik , suka membantu dan rapat dengan mak . Mak doakan semuga Faiz sentiasa sihat , jadi anak yang soleh dan berjaya dunia akhirat . 

Mak dan seisi keluarga sangat sayangkan Faiz . 

Posted in Uncategorized

Vivy Yusof Owner Fashion Valet 

Sumber photo dari google 
Beberapa tahun yang lalu saya pernah mendengar cerita dan melihat sekilas pandang di rancangan Nona di TV3 tentang Wanita Terkenal ini bagaimana beliau memulakan perniagaannya menjual baju secara online. Pada masa itu kalau tak silap anak saya yang sulong masih belajar foundation di salah sebuah universiti di Kuala Lumpur. 

Pada hari ini anak saya telah pun berjaya menamatkan pengajiannya dan mendapat ijazah . Beliau sedang bercuti dan in syaa allah akan buat master tak lama lagi . Sambil2 tu kami ada berbincang tentang business yang ingin diceburi pada masa hadapan , alkisah tersebutlah nama Vivy yang sangat berjaya ini yang pernah kami tonton di rancangan Nona yang lalu  . Rupa-rupanya Vivy adalah idola kpd anak saya . Katanya dia ingin berjaya spt Vivy . Muda tapi telah berjaya mencipta nama dalam bidang perniagaan antarabangsa. 

 

Posted in Uncategorized

Kerjaya sebagai Perunding Kewangan menjaminkan pendapatan lumayan

image

image

Berkereta mewah , bergaya dan penuh keyakinan , itulah personaliti yang ada pada seorang Perunding Kewangan yang berjaya .
Siapa yang tidak mahu semua itu, hanya usaha dan kesungguhan membuatkan seseorang itu boleh ke tahap tersebut, memiliki kereta dan rumah mewah .
Untuk menceburi bidang Perunding Kewangan agak belum terlambat terutama bagi mereka yang berpengalaman dalam bidang jualan seperti Agen Hartanah , Agen Amanah Saham, pekerja bank dan pekerja yang diberhentikan kerja akibat pergolakan ekonomi global .
Dilaporkan bermula pertengahan tahun lalu sehingga kini , ramai pekerja terutama dalam sektor pembuatan dan juga sektor-sektor lain yang terlibat dibelenggu rasa bimbang hilang pekerjaan ekoran kegawatan ekonomi .
Keadaan yang berterusan ini menyebabkan mengundang ketakutan bagaimana nak meneruskan kehidupan tanpa pekerjaan dan pendapatan .
Kerjaya sebagai Perunding Kewangan ini memberi masa yang flexible , dapat mengatur masa yang berkualiti dengan anak-anak dan suami dan berpeluang kenaikan pangkat yang cepat dan mudah . Menceburi bidang ini turut berpeluang menghadiri banyak kursus motivasi diri dan pembinaan insan ‘self development ‘.
Perunding Kewangan kami kini menjadi amat positif , berkeyakinan tinggi dan berfikiran matang dibandingkan sebelum menyertai bidang ini ,bahkan hidup lebih bahagia. Ia seronok , syarikat juga memberi insentif menghadiri konvensyen ke luar negara kepada Perunding Kewangan yang gigih.

Kami warga WHA/CATP sedia membantu dan memberi peluang untuk anda dalam mengejar impian anda. Whatsapp saya 019 2629425/0193539425 untuk maklumat lanjut tentang kerjaya sebagai PERUNDING KEWANGAN . #awesomecareer

Posted in Uncategorized

PENGALAMAN BERCUTI DI KOREA 2015 PART 2

Assalam semua ! Jom kita sambung semula cerita percutian ni .. hehe
Masih lagi di hari pertama di Busan ..

Posted from WordPress for Android

Igidae Park

Destinasi seterusnya ialah di Igidae Seaside Walking Road and Haeparang sky walk . Nak masuk ke dalam boleh tahan jauh tapi nasib baik bas kami dapat masuk dan dpt parking di bawah dah hampir dgn sky walk so tak payahla nak jalan jauh sangat .
Igidae Park ni sangat cantik boleh nampak sekitar Busan . Tak caya tengok ler gambar2 di bawah , pasti terpukau dgn kecantikannya .
image

image

image

image

image

Untuk lalu kot atas cermin tu , ko org kena pakai lapik kasut yang telah dsediakan untuk jaga cermin tu .
image

image

image

image
image

image

image

image

image

image

Hari dah pun senja , penat tak terkira sebab lum check in hotel lagi ni .. huhu
Lepas ni mereka nak bawa kita org gi dinner lak … yeayyy janji makan jek ,kenyang sangat idak ler ..
Mari tengok apakah makanan yg dihidangkan oleh mereka utk kami semua ..
image

image

Amacam ok tak ? Boleh la kannnn
Nampak sambal tak ? Sambal tu ler yg saya bedal setiap hari yang tour guide kami bawa dari Malaysia .. 😋😋😋
tq3 sgt to Alvin n the gang

Now tibalah masanya nak check in hotel setelah sehari suntuk tak tidur dan tak mandi .. huhu

Ni lah rupa bilik kami , tersangat besar dan selesa . Busan Seacloud
Hotel sangat strategic terletak betul2 di hadapan Haeundae Beach dan small gift dah tersedia atas katil tu khas untuk kami . Tq3 hla 😍😍😍

image

image
image

image

Day 2 ~ Visit Yangdong Village
Kami sarapan pagi di hotel . Selepas sarapan dlm pukul 8am terus gerak ke Yangdong Village . Perjalanan memakan masa 2 jam . Ianya terletak di utara Busan. Di hari ke 2 ni banyak destinasi yang bakal dilawati . Apapun semua teruja . Maklumler memang datang untuk melancong.
Yangdong Village ini terletak berdekatan dengan Gyeongju .
Tiada dikenakan bayaran untuk masuk ke sini . It was just a peaceful and very quite village . So kami hanya walked around sambil2 tu dapat ler exercise buang lemak jugak naik bukit turun bukit . Hihi..
Di sini kami dapat melihat rumah-rumah tradisi Korea . Kawasan ini adalah salah satu dari World Heritage Site.
image

image

image

image

image
image

image

image

image

image

image

image
Kami di sini lebihkurang 1 jam dan kemudian kami beredar ke Cheonmachong .

Cheonmachong

Tiada bayaran yang dikenakan untuk masuk ke Cheonmachong . Kompleks kuburan ini bertinggian 50 meter . Sewaktu kubur ini digali sekitar tahun 1970an , mereka telah menjumpai lukisan ‘kuda terbang’ dan berbelas ribu artifak yang lainnya seperti tembikar , barang kemas , crown dan lukisan ‘kuda terbang ‘ itu sendiri. Semua ini dipamerkan kpd pengunjung di dalam Cheonmachong . Tidak dibenarkan ambil gambar di dalamnya.
image
Us with GM Mr Tan

image
Nakalnya orang kat belakang i tu
😂😂

image
Di hadapan Cheonmachong

Kedai Amethyst

Melawat kedai batu permata Amethyst di Busan ni ada termasuk di dlm itinerary kami . Korea juga berbangga kerana mempunyai batu amethyst berkualiti tinggi yang hanya terdapat di negaranya .
Mulanya layan mata aje semuanya cantik2 belaka maklumler kita ni peminat purple . Dah lama2 tu tersangkut ler 🙂
image

image

Tibalah masa untuk makan tengahari pula , kami dihidangkan korean food pada hari ke 2 ini tapi terlupa nama restoran ini .. huhu
image
Selfie sementara menunggu hidangan .. hihuhi
image

image
Roti
image

image
Kari ayam dan daging (brahim) dari Malaysia yang dibawa oleh tour guide kami 😋😋😋😍

image
Tu dia banyaknya pinggan mangkuknyer .. lauknyer secotek sana secotek sini . Ni la style mereka . Syukur alhamdulillah banyaknyer makanan yg dihidangkan . Inilah bagusnya trip hla ni . Kalau jalan sendiri tak dapat macam ni . Satu main dish paling sikit pun dah 10,000 won . My husband buat lawak katanya rajin sungguh mencuci pinggan mangkuk yg begitu banyak ni 😂😂😂
image
Group photo di hadapan restoran

Gyeongju National Museum

Selepas lunch kami ke Gyeongju National Museum pula . Kami masuk ke dalam museum sekejap , selepas tu kami berehat aje di luar kerana dah kepenatan .

image

image

Bulguksa Temple

Perjalanan seterusnya adalah ke Bulguksa Temple.
Bulguksa Temple merupakan World national heritage presevation area. Bayaran yang dikenakan untuk setiap orang dewasa ialah 4000 won. Bulguksa Temple mempunyai 2 pintu besar, satu pintu masuk utama dan pintu ke dua adalah pintu keluar. Kedua-duanya adalah sebelah menyebelah .
image
Kaunter tiket Bulguksa Temple

image
Route map Bulguksa Temple
image

Selepas sampai di check point yang pertama anda akan dapat melihat kawasan permainan kanak-kanak di sebelah kiri, kuil di bahagian tengah dan kedai cenderamata di bahagian kanan . Kami tidak memasuki kuil memandangkan hanya datang untuk melihat keindahan semulajadi di kawasan kuil ini sahaja.
Terdapat beberapa kuil untuk penganut Buddha di sini. Setiap kuil ada patung buddha dan mempunyai fungsi yang berbeza.
image

image

image

image

image
image

image

image

image

image

image

image

image
image

Anapji ( Anap Pond )

Dari Bulguksa Temple kami dibawa oleh Tour Guide kami Jennifer ke Anapji pula . Sebenarnya tak de dalam itinerary pun . Jennifer sangat2 nak kami tengok keindahan dan kecantikan tempat ini pada waktu malam . Kebetulannya kami dari Bulguksa tu dah senja .
Tempat ini merupakan sebuah kolam buatan manusia yang dicipta 1,500 tahun dahulu pada zaman Dinasti Shilla . Ada 3 buah bangunan yang tersergam megah di sini . Walaupun kecil dan dah lama , ia tetap cantik dan kukuh.
Di samping kolam, ada 3 pulau di sini semuanya buatan manusia. Satu pulau ada satu bangunan , cantiknya!! Bunga-bunga lotus memagari pulau itu dan tambah mencantikkannya lagi.
Bila senja menjelang dia orang akan pasang pula lampu-lampu yang bergemerlapan dan cahayanya melimpahi tempat ini
Seakan syurga dunia . Syahdu gitu … jom lihat gambar di bawah .
image

image

image

image

image

image

image

image

Sudah selesai la lawatan2 kami untuk hari kedua ini.. haha.. hari pun dah malam . Kami pun dah bersiap untuk menjamu selera pula. Mereka membawa kami untuk makan malam di area yg sama juga .

image
Nasi beras Korea yang diletak di dalam bekas comel ini tidak ketinggalan 😋😋

image
Ada ikin bilis Jepun dan Ketam juga .. yummy !

image
Maggie pun ada .. he..he..

image
Kami table asing untuk halal food

Selepas dinner kami pulang semula ke Busan . Perjalanan memakan masa 2 jam . Sampai di Busan lebihkurang pukul 10 malam .
Seperti biasa masuk bilik mestilah ada something kat atas katil tew … kan betul tekaan kami ! Rupa-rupanya big boss bagi cap untuk dipakai di malam get together dinner iaitu pada hari ketiga .
image

image

image

image

Ok lah dah panjang sangat entri ini . Saya stop di sini dulu. Jumpa lagi di Part 3 ;)😎