Posted in TEAM, ~ Pengorbanan Kunci Kejayaan

PENGORBANAN KUNCI KEJAYAAN 🌞

Pada hari Selasa yang lepas kami berdua ke Ipoh untuk menghadiri kelas yang dibuat oleh Sunny , Choy dan KTT buat pertama kalinya setelah dijemput oleh KTT.  

Jauh tu KL Ipoh ! Huhu  Tapi orang lain boleh pergi kenapa pulak kita tidak ? Asyik nak bergantung aje ? Sendiri nak berusaha langsung tak ada ke ? Berkorban sikit apalah salahnya kannnn Lantas kami mengambil keputusan untuk pergi aje . Lagipun ini adalah kali pertama saya menjejakkan kaki ke ofis cawangan Ipoh .  Kami bertolak dari KL pukul 3pm dan sampai di Ipoh hampir pukul 6pm . 

Cantiknya bandar Ipoh 😍😍😍

Akhirnya kami sampai juga di Greentown . Lepak kat sini makan-makan hilangkan penat dulu .. hehe 

Selfie dahulu sementara tunggu makanan yang dipesan sampai . 

Tenang dan nyaman rasanya di Dataran Ipoh ini tidak seperti di KL yang hiruk pikuk dengan kenderaan . Huhu 

Kat sini harga makanan masih murah . Chicken Chop RM6 aje . 

Kami order Pattaya Banjir .. yum yum ! Bestnyer !!! 

Selepas settled isi perut yang berkeroncong tadi kami barulah bersedia untuk naik ke ofis . Bilik agensi di tingkat 1. Best juga persekitaran dia . Inspire . Love . 

Bilik Agensi 

Pukul 8pm turun ke bawah semula , makan lagi … haha

  Kami bersama CATP group. 

Dalam pukul 8.30pm kelas bermula . Ini adalah bilik latihannya .. 

Sessi role-play , back to basic. Inilah cara belajar yang paling berkesan . 

Dah lama tak role-play .. hehe 

Tenaga pengajar yang sangat berpengalaman ..  kalau tak pandai jugak tak tahu lah (talking to myself) ..  hehe 

Selepas sessi latihan sudah habis , sessi makan limau raya plak , limau Ipoh  😁

Pastu dapat Angpow lagi .. 😍😘

Pastu balik KL .. hahahaha

Sampai rumah 2.30am .. perjalanan waktu malam tak sesibuk mana tapi abg2 treler banyak sangat .. huhu 

Posted in TEAM, ~ Sambut Birthday Perunding-Perunding

Sambut Birthday Perunding-perunding kami 

Acara menyambut birthday perunding-perunding kami ( Millionaire Partners) yang aktif kami buat mengikut bulan birthday mereka .  Acara kecil-kecilan saja tapi happy . Selalunya kami buat di ofis sahaja .Untuk bulan November 2016 sepatutnya ada 3 orang perunding tapi sorang aje Birthday Boy yang datang . Tapi kami still sambut selain dari Birthday Cake kami juga beli Nasi Arab Kambing dan Ayam .. perrrghhhhh  berminyak mulut .. yummyyyy!  Syukur alhamdulillah! 

Sambutan Harijadi ini juga merupakan salah satu reward yang dapat diberikan oleh agensi kepada agen-agen yang produktif semuga akan jadi lebih produktif lagi, in syaa Allah ! 

Some pics to share ..

Posted in TEAM, ~ A Special Gathering ( MP Family Day)

MILLIONAIRE PARTNERS’ (WHA) FAMILY DAY – A SPECIAL GATHERING 

Pertama kali Team kami Millionaire Partners ( previous name was World Heritage Advisory) mengadakan Hari Keluarga . Saya dan husband mengendalikannya dengan dibantu oleh  PA Atikah dan beberapa orang AJK yang dilantik  .  Dua bulan sebelum kami dah buat persediaan , berbagai-bagai persediaan sebenarnya .. adusssss  

Pertama Menentukan tempat . Alkisahnya tempat dicadangkan oleh our ex-agent . Tempat yang dicadangkan ialah Umang-umang Chalet Melaka .  Huhh berdengung jauhnya tapi tak pe lets explore Melaka . Lagipun semua ahli was like ohh okayyy .. jommmm 

Ke dua , saya melantik beberapa orang AJK untuk membantu saya merealisasikan rancangan ini . Di antaranya seperti Pengerusi , Bendahari, Setiausaha,  AJK makanan, AJK tempat penginapan , AJK permainan , AJK malam retro dan AJK hadiah . 

Ke tiga
, tugas AJK tempat penginapan pun bermula . Mereka ditugaskan menelefon pekerja Chalet untuk bertanyakan harga bilik-bilik yang ada pada tarikh yang ditetapkan .  Setelah dikenalpasti masih banyak bilik yang kosong , saya dah husband menetapkan tarikh untuk kami view semua bilik-bilik tu dan berjumpa dengan pekerja chalet. 

Saya berdua dengan husband sahaja ke sana . Dari Kajang saya lalu lebuhraya LEKAS dan seterusnya exit Senawang . Dari jalan Senawang kami exit Jalan Tampin dan kemudiannya exit Pedas-Linggi .   Terus sahaja ke jalan pantai exit Masjid Tanah kalau tak silap sampai jumpa sign board seperti di bawah . 

Masuk simpang ini dan anda akan jumpa pokok kelapa sawit di kiri dan kanan jalan sebelum sampai ke Chalet.  Masa saya sampai  hujan renyai-renyai. 

Tak lama selepas itu anda akan nampak Chalet Umng-Umang ini . 

Ini ialah pintu masuk ke Chalet Umang-Umang . 

Saya dan husband berjumpa dengan Pn Iera dan seorang pekerja tunjukkan bilik-bilik mereka . Kami bersetuju untuk menempah bilik di sini iaitu bilik standard 1 katil king 11 bilik dan 2 bilik deluxe 2 katil single untuk 2 hari 1 malam.  Asalnya nak tempah bilik famili tapi tiada kekosongan.  Kami juga menempah makanan  3 kali sehari termasuk  BBQ di sebelah malamnya dan juga dewan kena tempah asing iaitu RM150 . Okay dah selesai cuma duit kami akan bank in kemudian . 

Ini adalah bilik standard , kelebihannya berdekatan dengan pantai dan tempat makan . 

Manakala ini pula ialah bilik deluxe , sebelah menyebelah aje dengan bilik standard . 


Ke empat
tugas bendahari membuat kutipan deposit dari perunding-perunding untuk tempahan bilik . Ini bukan kerja yang senang juga kerana memerlukan masa yang lama lebihkurang dua minggu atau lebih . Selepas itu AJK penginapan bank in kan duit deposit ke akaun Umang-Umang . So memang sah kami akan ke sana untuk  Hari Keluarga sebab duit deposit dah bayar .. hehe 

Ke lima  saya bercadang nak tempah banner . Terlebih dahulu saya tanyakan dahulu ahli-ahli Millionaire Partners ada tak di kalangan mereka yang hendak sponsor banner , alhamdulillah Hatta sudi utk sponsor .  Murah rezekinya ..  rupa banner family day kami adalah seperti di bawah . 

Seterusnya saya menempah hadiah untuk cenderahati sebagai tanda ingatan Family Day .    Tidak ketinggalan kami juga menempah T Shirt Hari keluarga yang berwarna oren . Bab tempah menempah ni kami serahkan kepada Diana dan AJK hadiah untuk menguruskannya.

Ke enam
saya kena memikirkan pula tentang permainan . Tak syoklah hari keluarga kalau tak ada permainan , senyap dan sunyi aje boringlah kannnnn saya dan suami pergi membeli belah alat-alat permainan di Tesco yang berdekatan dengan rumah kami.  

Oklah make it short yaaaa .. 😅

Hari yang ditunggu-tunggu pun tiba 😄

Kami berlima (hangkuk semua tikar bantal ) bertolak dari rumah dalam pukul 11am dan berkumpul di Hentian Nilai , sambil-sambil menunggu ahli tiba bolehla minum-minum dulu .. pastu convoy sama-sama . Walaupun convoy , berpecah juga di tengah jalan 😅😅😅

Saya sekeluarga berhenti makan tengahari di tepi sungai Linggi tu panama ntah tempat ni dah lupa sementara nak tunggu waktu check in . Kat Umang-umang sini straight sikit .  Pastu bayar baki duit dan check in . Masing-masing dah dapat bilik dalam pukul 2.30pm . Bagi masa untuk mereka berehat sekejap , solat dsb . 

Dalam pukul 3.30pm pula acara kami bermula . 

Ini adalah di antara barisan AJK yang bekerja kuat .. haha

Acara dimulakan dengan bacaan doa semuga berjalan dengan lancar dan dipermudahkan segalanya . 

Emcee of the day .. Cik Mel 

Dijemput coordinator untuk membentangkan itinerary kita pada hari pertama .  

Sedang mendengar taklimat dan arahan-arahan dibacakan . 

Acara pertama dimulakan dengan membahagikan kumpulan mengikut warna untuk acara treasure hunt dan acara padang . 

Kumpulan MERAH 

Kumpulan KUNING

Kumpulan UNGU 

Kumpulan BIRU

Sebelum permainan bermula semua dijemput minum petang dahulu sebab sajian telah tersedia . 

Anak dan ibu 

Selepas makan peserta dipanggil untuk mendengar arahan dahulu apakah yang patut mereka lakukan . 

Masing-masing telah menerima sampul surat. Di dalam sampul surat tu ada arahan-arahan apa yang mereka patut lakukan dan ada susunan port mana dahulu yang mereka kena tuju . 

Masing-masing sudah bersedia .. yeahhh 

Tanpa melengahkan masa lagi kami teruskan dengan acara yang pertama iaitu treasure hunt . Ada 4 port , yang pertama ialah permainan Dart . 

Tokey Dart ! Hahaha

Setiap ahli di dalam kumpulan mesti membuat lontaran dan setiap kumpulan bergilir-gilir untuk maju ke tempat ini . 

Ahli-ahli dari kumpulan merah membuat lontaran .

Giliran kumpulan kuning pula membuat lontaran . 

Kumpulan Ungu dan kumpulan biru membuat lontaran .

Port ke dua mereka dikehendaki membuat patung mumia .  Ini adalah mumia dari kumpulan merah  .. haha 

Mumia kumpulan Ungu . Gelaknya abang ni ..  Jadi ke mumia tu bangggg   😂😂😂

jangan mareee , gurau aje..  abg ni sgt sporting ! Terbaikkk 

Port ke tiga mereka dikehendaki menjawab beberapa soalan yang berkaitan dengan kerja . Ini mencabar skit .. hehe  

Port ke empat dan yang terakhir ni ialah di padang tempat letak kereta . Mereka dikehendaki menyanyi tak kisahla ada nyanyi lagu dangdut , lagu kanak-kanak , lagu patriotik dan sebagainya mengikut sampul surat yang mereka dapat . Masing-masing menunjukkan bakat terpendam  .. 😂😂😂

Okay sudah habis treasure hunt dan  masa untuk berehat dan solat dan mula balik dalam pukul 5.30pm . 

Pukul 5.30pm mereka semua berkumpul di padang iaitu di hadapan bilik sea view untuk acara telematch diketuai oleh Cik Mel . 

Acara telematch yang pertama ialah ‘lari kepit belon’ di pipi berpasang-pasangan . 

Terlebih dahulu tiup belon masing-masing. 

Masing-masing sudah bersedia dengan belon ..  cantikkannnn baju semua kaler oren dan belon pula semua kaler hijau . 

Lari sekarang !!! Yeahhhhh

Walaupun penat tapi seronok .. lari kepit belon ni lari kasihsayang namanya . Memang tujuannya untuk mengeratkan silatul rahim bersama. 

Acara telematch ke dua ialah lari ikat kaki berpasang pasangan .  Cari pasangan dan ikat kaki dahulu . 

Sudah bersedia semua .. 

Lariiii..  

permainan ini memerlukan kerjasama sesama kumpulan . Kalau sorang lari sorang tak lari tak boleh .. memerlukan persefahaman . Dalam situasi kerja pun sama kita kena kerja bersama kumpulan barulah kita dan kumpulan boleh maju bersama-sama.

Laju sungguh adik-adik ni lari . Ini ialah pemenang acara telematch . 💪👏

Setelah habis acara telematch kami bergambar beramai-ramai . ❤❤❤❤❤

Dengan ini tamatlah acara sebelah petang . Mereka bebas nak balik ke bilik boleh dan ada yang terus pergi berendam dalam laut . Haha 

Acara sebelah malam pula bermula pada pukul 8 malam . Jeng jeng jeng … 

Ni dia malam retro dengan tema 60an dipengacarakan oleh Cik Ayu dan Cik Mel .

Peserta yang datang awai ke dewan .. kita amik gambaq dulu .. hihi 

 awwwww

Peserta-peserta yang lain sudah mula datang .. wowwww dengan pakaian retro mereka yang gojes  . 

Untuk memulakan acara malam retro , pengacara memilih beberapa orang untuk ke depan berdasarkan tema memakai pakaian  retro serta kriteria lain seperti gaya dan pengacara memasang lagu 60an dan meminta mereka yang ke hadapan itu menggayakan pakaian . Huhihu 

 some pics to share . 

Muzik dah mula …  ayuh kayuhhhhh 😂😂😂😂😂

Semuanya happy .. hahahaha

Sebelum diteruskan lagi , semuanya dijemput makan dahulu . BBQ telah tersedia .. 

nak merasa juga bakar membakar .. hihi 

Our ex-staff Akma .. majlis ni juga merupakan majlis perpisahan untuknya . 

Myself , anak-anak dan Akma 

Nape kakak kita makan sorang-sorang ni ..  hehe 

Tiba masa kita sambung lagi acara seterusnya iaitu ‘kotak ‘beracun ‘ . Some pics to share .. 

Sedang membaca apakah dendanya ..

Selepas habis acara ‘kotak beracun’ diteruskan pula dengan nyanyian tanpa muzik . Semua yang nak nyanyi boleh masuk acara ini . Konsepnya nyanyi sampai habis idea . Siapa kena cuit dia kena nyanyi . Jika dah kena cuit tapi tak nyanyi dia terkeluar dari group .. lagu tak kisah boleh nyanyi lagu apa saja . Ada yang nyanyi lagu negaraku , lagu kanak-kanak pun ada ..  serious permainan ini memang sangat best !!!  

Yang lelaki pergi mana , tinggal yang perempuan semua ni .. hehe 

Sedang nyanyi 😂😂😂

Nyanyi punya sampai tinggal sorang yg last . Dialah juara utk permainan ini iaitu adik Ya. 

Lepas acara nyanyi , pengacara memanggil semua untuk ke depan dan menari bersama-sama dengan muzik . 

Seronoknya abang dan kakak menari .. sekali sekala kannnn haha 😆

Cewahhhh !

Ni dah gelak sakannnn 

Betul-betul happening 😆😅😂😂

Wokeh sudah sampai ke penghujung Retro Nite , tibalah masa pengacara mengumumkan siapakah juara wanita dan siapakah juara lelaki … 😄 Hadiah disponsor oleh pengacara . 

Jeng jeng jeng …

Ini dia juara lelaki jatuh kpd Prince Hatta 👏👏👏   

Juara wanita pula jatuh kepada Princess PP . 👏👏👏

Tahniah uols berdua betul-betul komited ikut tema . 

Team Millionaire Partners (WHA) bergambar beramai-ramai sehabis tamat acara Retro Nite. 

Keesokan harinya , seawal pukul 7 pagi ada senaman pagi . Instructor senam ialah Cik Mel .  

Selepas senam pergi pantai sat .. kalau tak bila lagi nak pergi pantai .. tengahari dah nak balik .. huhu 

Abg G pun dah elok posing depan laut ni .. 😆

Selepas mandi laut , kita makan sarapan pagi mee goreng .. hihi 

Best makan beramai-ramai ! 

Selepas sarapan rehat sekejap pastu sambung semula dalam pukul 9 pagi . 

Alhamdulillah everything went so smoothly. People were so nice and such good moods . No one wanted to talk about work, everyone just wanted to eat , play ,  take pictures and mingle with each other. 

But Boss Has decided to give a short speach dengan tajuk ‘ke arah kecemerlangan ‘. Hehe 

Serius serius jangan gelak-gelak okeh . Bisnes kena serius boss yang kata bukan saya kata  😆

Baca komitmen yang ditulis sendiri ..  baca jangan tak baca .. hehe 

Sekarang sessi menyampaikan hadiah pula . Hadiah yang disampaikan oleh boss adalah untuk juara kumpulan kuning  , naib juara kumpulan merah dan tempat ketiga kumpulan biru untuk acara treasure hunt dan telematch . Hadiah disponsor oleh boss.  Tahniah kepada semua pemenang. 

Seterusnya acara menyampaikan cenderahati Hari Keluarga Millionaire Partners (wha) sebagai kenangan oleh kami kepada semua peserta yang hadir . Cenderahati disponsor oleh saya . Tq semua . 

Mug siap ada nama sekali .. 😍

Menyusul pula pemberian cenderahati oleh Boss untuk AjK2 yang disayangi dan yang  sudi membantu ahli2 MP semua untuk menjayakan rancangan Hari Keluarga kita ini .  Cenderahati adalah disponsor oleh saya . 

As i said before , ini juga merupakan majlis perpisahan untuk our PA Akma yang telah lama berkhidmat dengan kami terpaksa berhenti kerja kerana mengikut suaminya berpindah tempat kerja ke negeri lain.   

Akma memberikan ucapan sepatah dua kata . 

Hadiah untuk Akma sebagai terimakasih dari Millionaire Partners   .  Of course tak sama dengan bakti yang dicurahkan untuk kita selama ini. Walaubagaimanapun semuga Akma happy dengan hadiah ini dan dapat meneruskan kerja di tempat baru dengan gembira dan lebih bersemangat . Tq so much Akma 

Ada juga hadiah untuk kami berdua sebagai founder of Millionaire Partners disampaikan oleh Diana  , terimakasih Diana and MPs . ❤ uols .  Hadiah kenangan ini saya letak di Ofis PJ . 

Last but not least is group photo of us . It is really like a dream come true and a very beautiful day to remember . 

As for the overall Millionaire Partners Family Day , i am reallyyyy hoping it can be an annual event but we will have to work hard towards this dream of ours. 

Posted in TEAM, ~ Happy Team

Happy Team 

Makan dulu , meeting kendian .. haha 

Kali ni kami menjamu selera di Pecel Lele  Desa Pandan KL .  Ayam kampung dia yummy !! 😋😋😋

Setiap hari Isnin petang kami ada meeting di ofis Millionaire Partners . So kalau tak sibuk kami selalu keluar makan bersama-sama team.  Seronok kan kerja sendiri , suka hati nak kuar makan pukul berapa , suka hati nak belanja team makan . Kalau makan gaji mana boleh kannnn .. jarang sekali boss nak belanja .. huhuhu 

Posted in TEAM, ~ Team

TEAM  

Bonding Time with our great partners. Minggu lepas makan-makan kat Restoran Ayam Kampung Velodrum , Cheras . 

Lunch and togetherness among agents  is very important , that creates amazing bonding.  Kebanyakan agent tak faham ‘why’ .  Kalau faham mesti semuanya berderu-deru datang 😁 . When we have strong relationship , we will cooperate , support , push and motivate each other !