Posted in SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI, ~ Aidilfitri 2016 di Selangor

Hari Raya Aidilfitri 2016 di Selangor 

Entri kali ni tentang sambutan raya tempohari .. sebelum terlupa better coretkan sedikit ya … 

Sambutan kali ni tidak semeriah tahun lepas kerana mungkin cuti yang hanya sekejap saja .. raya jatuh pada hari Rabu dan hari Isnin dah mula bekerja semula so sambutannya ala kadar saja lah .. tak sempat beli baju baru pun , pakai aje baju lama . Tapi anak2 spt biasa lah tak shopping tak sah .. haha 

Seperti tahun-tahun sudah , pagi raya mesti nak raya di rumah sendiri jugak so sembahyang raya di Kajang , selepas sembahyang raya baru lah beraya di rumah sanak saudara sebelah suami di Selangor . 

Shopping raya baju anak2 .

Dengar khutbah raya 

Wefie di pagi raya still pakai baju baru jugak … dah tempah 8 tahun lalu tapi tak pernah pakai .. huhu 

Family photo album 

Mesti uols tahu ni tudung apa … ni la tudung Fareeda .. promo sebab pertama kali beli dan pakai .. hihi 

Dalam pukul 11am kami keluar rumah untuk kembara raya ke rumah sanak saudara di Selangor . Pagi sampai malam ni .. hehe  

Rumah pertama yang kami singgah ialah rumah Pak Tam dan Mak Tam. Alhamdulillah mereka berdua masih sihat walafiat. Seperti biasalah hidangan di pagi raya di rumah mereka seperti ketupat nasi , rendang ayam dan daging , sup tulang dan pelbagai kueh dan kerepek. 

 Selepas lebihkurang 45 minit kami beredar dan meneruskan perjalanan ke rumah lain pula yang berhampiran tapi sayangnya mereka tiada di rumah , mereka juga pergi beraya hihi ..   

So kmi meneruskan lagi perjalanan menghala ke utara iaitu Sungai Besar .  Nasib baik orang2 Sg Besar ni semuanya ada di rumah .haha 

First kami ke rumah Kak Yati . As usual Kak Yati memang sentiasa ada di rumah maklum ler housewive .  Cuma anaknya aje tak ada , bila dah kahwin biasa ler beraya di rumah mak mertua pula . 

Group photo my family with keluarga Kak Yati and keluarga Midah 

2nd kami ke rumah Kak Ani pula .  Bila kami sampai mereka sedang lena .. penat agaknya berjaga di malam raya kerana masak juadah raya .  Teringat masa arwah mak dulu , kalau malam raya memang tak tidur sampai pagi sebab banyak makanan nak kena masak . Walaubagaimanapun mak sgt happy kerana kepuasannya dpt menyediakan pelbagai juadah utk anak-anak, saudara mara  dan tetamu-tetamunya yang datang ke rumah . 
Group photo kami beramai-ramai bersama keluarga Kak Ani . 

  3rd kami ke rumah Siti di Sg Hj Dorani tapi sayangnya sebab waktu dah maghrib so saya terlupa sangat nak amik group photo .. huhuhu 

Selepas isyak kami bergerak pulang ke rumah sementara Midah plak ke rumah adik beradik suaminya di Perak . 

Advertisements