Posted in SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI, ~ Aidilfitri 2015 di Kuala Terengganu

Aidilfitri 2015 di Kuala Terengganu 

Setiap kali Hari Raya Aidilfitri kami memang beraya di Terengganu , tak pernah lagi lah tak beraya di sini  setakat ini..  cuma pada hari raya ke dua dan seterusnya .  Walaupun mak dah lama tak ada tetapi Kak Zie tetap mengajak keluarga balik beraya di rumah kakak Kak Zie di sini. Kesian sebab kami hanya berdua beradik sahaja walaupun kekadang ada masalah dsb tapi kami tetap balik . Tak tunjuk langsung yang kami pun ada masalah . Always  make other people happy , orang kata. 

Kak Zie selalu menginap di Scout Inn  bila balik ke K Terengganu , tak nak mengganggu ketenteraman kakak dan menyusahkan dia dengan keluarga Kak Zie yang agak ramai ini. Tempatnya pun tak jauh dari rumah kakak Kak Zie. 

Balik raya kali ni abang ipar tak sihat kerana mengidap kanser paru-paru . Kesian dia yang terpaksa akur dengan dugaan yang menimpa dirinya . Makan pun kena bersuap . Badannya sangat lemah tidur sahaja. Hari  Kak zie menulis ni abang ipar Kak Zie dah pun arwah . Kak zie simpan gambar arwah di sini sebagai kenangan . 

Selain dari beraya di rumah kakak , Kak Zie juga memenuhi jemputan kawan untuk beraya di rumah mereka . Kawan sekolah dah lama sangat tak jumpa since lepas SPM sehinggalah sekarang .  

 Hobi kami bila pulang ke kampung ni ialah makan goreng-gorengan celup tepung .  Biasanya kami makan di kedai sebelah airport.  

Lagi satu hobi ialah kami suka makan nasi dagang Batu 6 .. haha 

Cuma nasi dagang batu 6 ini dibuka pada sebelah petang so kami datang ke sini untuk makan malam . Settled makan malam kami , dah kenyang dan boleh tidur terus .. hihi 

Kebiasaannya kami di sini lebihkurang 4D3N .  Hari terakhir amik  gambar lagi di Scout Inn .. hehe 

Kbai ! 

Advertisements