Posted in 🍜 RESIPI, Spageti Carbonara

SPAGETI CARBONARA 


Masakan yang simple dan sedap dan ia menjadi kegemaran anak-anak. 

BAHAN-BAHAN :



180gm spageti

100gm krim masakan

50ml susu cair

10gm bawang putih [ dicincang ] 

30gm daging lembu  [ dihiris nipis ] 

30gm cendawan shitake [ dihiris nipis ] 

1 biji telur kuning 

30gm keju parmesan 
CARA MEMASAK : 
1. Campurkan susu bersama krim ke dalam satu bekas. 

2. Masukkan kuning telur dan kacau rata. 

3. Masukkan pula garam dan serbuk perasa. Ketepikan. 

4. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga kekuningan . 

5. Masukkan daging bersama cendawan dan biar hingga masak. 

6. Masukkan spageti. 

7. Masukkan pula adunan terdahulu dan kacau rata. 

8. Akhir sekali taburkan keju parmesan. 
* sumber dari majalah rasa