Posted in Hari Raya Aidil Adha, ~ Hari Raya Haji 2017

HARI RAYA HAJI 2017

Hari Raya Haji dah lepas tetapi Kak zie baru berkesempatan untuk menulis , dah tak boleh wish kepada pembaca semua  .. huhu   tapi tak mengapa Kak zie  menulis ini just untuk ingatan  je . 

Raya Haji tahun ini kami sekeluarga tak balik kampung cuma dekat rumah aje .  Bangun awal pagi masak nasi minyak untuk famili … favourite dish bagi mereka . sangat sedap katanya  hehe .. Pukul 7.30am makan dan pukul 8am kami semua ke surau untuk solat sunat Aidil Adha .  tiba di surau orang dah penuh di dalam , kena solat di luar lah nampaknya . 

Selepas solat ada sedikit jamuan makan-makan di surau ini . Kak Zie tak sempat makan cuma tapau seketul ayam rendang yang sedap , tak tahu siapa yang masak .. mereka potluk bawa ke surau. Sempat juga bergambar dengan anak-anak bujang kami ni Hanis dan Zharif . Dah besar anak mak , dah tinggi pada mak dah pun .. 😄

Selepas pulang dari surau just lepak-lepak kat rumah aje . Semua orang balik kampung sebab cuti panjang . Kami plak amik masa untuk berehat di rumah aje .  Tak boleh berjalan sebab anak nak exam SPM tahun ni , kalau mak berjalan , anak enjoy katakkkk  lupa buku lupa segala  haha  

Advertisements
Posted in Hari Raya Aidil Adha, ~ Hari Raya Haji 2016

Hari Raya Haji 2016 

Bersyukur dipanjatkan usia dapat bertemu lagi di Hari Raya Haji pada tahun ini , alhamdulillah! 

Tahun ini kami tak ke mana-mana hanya beraya di rumah sendiri sahaja kerana cuti sangat pendek . Pada pagi hari raya seperti biasa kami berlima ke Surau terdekat iaitu Surau Al Raudhah . Pagi raya hujan agak lebat juga , selepas sembahyang hari raya kami pulang ke rumah sementara suami masih di surau menunggu hujan reda dan selepas itu acara penyembelihan bermula .  Tamat dalam pukul 1 tengahari .   

Lembu-lembu menunggu masa untuk disembelih 

Posted in Hari Raya Aidil Adha, ~ Hari Raya Haji 2015 Bila Mak Lang & Pak Lang ke rumah Mak Su

HARI RAYA HAJI 2015 – BILA MAK LANG DAN PAK LANG KE RUMAH MAK SU 

Pada tahun 2015 Hari Raya Haji , kami (Mak Lang & Pak Lang) tanpa budak-budak pergi beraya ke rumah Mak Su ( adik suami yang bongsu) di Shah Alam . Budak-budak ni bila sudah besar dah pandai tak mahu ikut plak ..  hurmmmm 

Anak-anak Mak Su plak ramai perempuan dan boleh harap masak-masak .  Huntunglerrr!  Teringat zaman dolu2 , sekali masak tu dia seperiuk besar .. haha  siap bagi jiran lagi .. sebab tak pandai masak sikit2 . 

Hari Raya Haji kami jarang balik kampung kerana cuti sekejap sangat. Anak plak tak boleh dibiasakan ponteng sekolah nanti kalau dah biasa asyik nak ponteng aje .  Balik kampung Hari Raya Puasa aje lah atau hari cuti sekolah .