Posted in GET TO INFORMED, ~ Akaun Simpanan 3 Generasi

Akaun Simpanan 3 generasi (Solusi lengkap untuk setiap detik indah)

Demi mencari penyelesaian perlindungan kewangan terbaik ,kami menampilkan pelan paling ideal untuk anda dan keluarga. Pelan perlindungan jangka panjang ini melihat keperluan yang melangkaui masa sekarang dan ia mempunyai perlindungan lengkap yang sesuai untuk anda dan keluarga pada setiap peringkat kehidupan . 

Dengan akaun 3 generasi ini anda boleh mendapatkan perlindungan bagi 3 generasi ahli keluarga bergantung kepada keperluan perlindungan individu . Akaun ini melindungi terhadap kematian , Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal atau Ketidakupayaan Masa Tua sehingga berumur 100 tahun. 

CIRI-CIRI UTAMA 
1. Perlindungan boleh diperluaskan untuk keluarga anda 
Lindungi keluarga terdekat anda dengan memperluaskan pelan anda untuk melindungi 3 generasi. Di bawah pelan ini , anda boleh membayar premium untuk mendapatkan perlindungan bagi diri anda , suami atau isteri , anak-anak dan ibu bapa dalam satu polisi.

2. Pelbagai pilihan untuk menepati keperluan anda

Pelan ini menyediakan pelbagai rider , perubatan , penyakit kritikal , pendapatan akibat hilang upaya , kemalangan dan pengecualian premium untuk memenuhi keperluan perlindungan anda dan yang tersayang. 
3) Potensi menjana perolehan kewangan 

Optimumkan potensi perolehan anda melalui dana islamik yang berisiko  rendah dan stabil. Dengan cara ini ia dapat memberikan ketenangan minda kerana anda tahu pelaburan anda dijaga dengan baik tanps memerlukan pemerhatian tambahan. 

4) Bonus Terjamin 

Anda juga akan menerima Bonus Terjamin yang akan dikreditkan kepada anda sekali setiap tahun dari permulaan tahun polisi yang ke -7. 

Siapakah yang layak mendapatkan pelan ini ? 
Umur kemasukan ialah 30 hari  dan maksimum ialah 70 tahun . 

Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan Puan Zie  whatsapp 019 262 9425 .Agen tidak akan dilayan. 


Advertisements
Posted in GET TO INFORMED, ~ Simpanan Kasih Sayang Untuk Anak-Anak (Hibah)

Simpanan kasih Sayang Untuk anak-anak ( Hibah)  

Saya berada di dalam industri simpan menyimpan ni sudah hampir 2 dekad. Pejam celik pejam celik sekejap sungguh!!  Rasa sekejap sangat ! Bermacam-macam ragam manusia yang saya jumpa .  Ibu bapa yang pertama ni kata simpanan untuk anak tak penting , pandai-pandailah mereka mencari rezeki sendiri . Katanya bapak aku dulu pun tak buat simpanan untuk aku ..  macam tu pulak dah ! Hadoyaiiiii     ibu bapa yang ke dua pula sangat sensitif bila sebut tentang anak , terus nak buat simpanan . Haaaaa … yang ini bagusss ! Kalaulah saya selalu jumpa orang yang macam ni .. bestnyer !  

Ikutlah sikap ibu bapa yang ke dua  . Yang penting adalah kasih sayang terhadap keluarga  .. utamakan your immediate family dahulu .  Jangan berdendam dengan orang yang terdahulu dan jangan contohi apa yang tidak baik . Buatlah yang terbaik untuk keluarga anda. 

Kepada ibu bapa yang pertama yang kata  simpanan untuk anak tak penting tadi , ini saya nak cerita .. di bawah ini ialah cek pelanggan saya berjumlah RM200k yang menyimpan untuk anak-anak mereka setahun sekali . Simpanan ini hanya selama 6 tahun sahaja dan beliau telah menyimpan selama 4 tahun cuma berbakikan 2 tahun aje lagi .  Pelanggan saya ini nak katakan terlalu kaya pun tidak tetapi kategori berada mempunyai syarikat sendiri . Sebenarnya simpanan sebegini sesuai untuk semua golongan cuma kalau anda mampu RM10k sahaja anda simpan ler 10k tak payah ikut orang lain . Anak pelanggan saya ni sudah besar panjang dan tujuan dia menyimpan adalah sebagai hibah untuk anaknya .  Akan datang bila dia dah tiada di atas dunia ni , anak dia tidaklah bergaduh sebab bapanya sudah hibahkan untuknya . Hibahkan CASH lebih mudah untuk kecairan untuk kegunaan anak di masa hadapan berbanding dengan aset yang lain. Lagi satu mesti ingat kesemua aset anda yang ada sekarang ini tidak semestinya menjadi milik keluarga anda sepenuhnya  bila anda telah tiada nanti.

 
Cek RM200k di bawah ini ialah renewal atau jumlah yang pelanggan saya simpan setiap tahun . RM200 X 6 tahun = 1.2Mil (Jumlah simpanan selama 6 tahun) 

Kepada yang ada niat sebegini iaitu nak menyimpan dan hibahkan untuk anak-anak hubungilah saya segera di 019 2629425.   

Posted in GET TO INFORMED, ~ Tuntutan(claim) kad medikal

TUNTUTAN/CLAIM MEDICAL CARD 

Sebenarnya setiap orang perlu ada kad medikal.  Tak sakit tak nampak keperluannya tapi bila dah sakit baru tahu tujuannya kenapa orang ambil kad medikal tapi anda tidak.  Sudah letih perunding insurans menyuruh anda ambil medikal kad tapi anda merasakan kerja mereka sia-sia kerana anda merasakan tak perlu .  

Gambar di atas adalah tuntutan (follow Up) yang dibuat oleh pelanggan saya . Beliau telah masuk wad di Columbia Asia Hospital kerana kemalangan di rumah .  Syarikat HLA telah melangsaikan bil hospitalnya 100% sebanyak RM18,000 tidak termasuk bil follow up lagi.  Pelanggan saya ini seorang yang sangat tinggi kesedarannya terhadap insurans. Saya tak pernah menyuruh dia mengambil medikal kad tetapi dia sendiri yang mahu .  Nak cari pelanggan yang macam ni sangat susah kannnn kebanyakannya nak kena agen melobi sampai nak terkeluar anak tekak pun tak mahu juga ambil . Tak tahu apa yang dia cari sebenarnya. Nak compare sana nak compare sini tak tahu apa yang nak compare.  Semasa saya mula-mula jadi agen dulu saya bantu pelanggan buat tuntutan , HLA bayar . Bila saya MDRT pun HLA bayar juga . Semuanya syarikat bayar . Tak ada masalah dengan syarikat dan juga agen . Yang saya nampak adalah masalah dengan diri anda sendiri. Kalau sudah ada kesedaran tu ,itu yang beratur macam keretapi tu nak memohon , masa tu dah sakit udah terlambat . 

Semasa anak pelanggan saya ini menghantar document tuntutannya itu kepada saya , beliau berkata nasib baik ada medikal kad kalau tidak tak tahulah macamana nak bayar Rm18,000 tu .  Anaknya sangat bersyukur kerana maknya dah boleh berjalan kerana rawatan yang diperolehi di hospital swasta dapat disediakan dengan cepat tak perlu nak tunggu giliran dan makan masa yang lama. 

Satu lagi bagusnya pelanggan saya ini , saya tak pernah pergi kutip premium dari dia , dia sendiri yang datang ke ofis untuk buat bayaran . Bagus tak ? Anda ada macam dia ? Atau kalau agen tak pergi kutip premium anda pun buat-buat lupa dan tak bayar pastu salahkan agen . Agen semua salah anda tak salah … hihi   Sekarang dah zaman canggih anda buat bayaran hanya guna jari sahaja , boleh guna internet dan tak ada alasan lagi dah … 

Sekarang anda tunggu apa lagi , tunggu subsidi ?? 😅😅😅  tak payah tunggu ler … 

cepat-cepat dapatkan kad medikal segera.  Kalau malu nak komen di sini Whatsapp me your details at 0192629425

Pastikan anda seorang yang sihat tubuh badan . Yang sudah sakit tak boleh memohon ya .. eden tak dapek nak tolong ..  kepada yang sudah mempunyai  medikal kad tahniah untuk anda.  Kalau belum ambil lagi untuk yang tersayang , boleh whatsapp saya ya .