Posted in ~ Walimatul Urus di TUDM KL -Dec 2017

Walimatul Urus di TUDM KL – Dec 2017 

Kenduri kawen anak ex TUDM ( kawan my husband ) , terimakasih kerana sudi menjemput kami . 

Tersalah pintu masuk , rupa-rupanya dewan terletak kat luar je bukan di dalam tudm .. haha

Almaklum semasa kami tinggal di dalam kem ini 20 tahun yang lepas , dewan belum ada lagi . 

Setibanya di sini mereka terus bergambar .. hamboi-hamboi rupanya orang lelaki pun suka bergambar juga ..  ingatkan orang pompuan je yang suka bergambar.😂


Sebelum masuk ke dalam dewan , kami lak bergambar sat di sini . Kalau tak bergambar rugilah sebab mereka dah buat cantik-cantik kannn 😆👇

Apa -apa pun ambil makanan dahulu lahh .. memang tengah lapar masa ni …  Kak Zie ambil ayam itu pun seketul jer  sebab Kak Zie tak boleh makan daging ..lain-lain Kak Zie ambil kuah dalca dan acar buah . Yum yum ! 

Selepas makan baru kita kisahkan keadaan persekitaran ya … 😆😅

Suasana meriah juga .. hihi 

Pelamin nan cantik untuk mempelai ☝

Gang askar ni rancak berbual mesra sesama mereka ☝
Tu dia mereka dah amik group photo dengan pakaian uniform mereka tapi tidak bersama pengantin kerana pengantin sedang makan beradab pada waktu ini . 

Okay udah-udahlah selfie tu kak … laki dah nak balik  ni .. hakhakhak 

cantiknya buah tangan untuk tetamu yang disusun cantik di hadapan pintu masuk dan keluar .

Lastly thank you to tuan rumah kerana menjemput kami. Semoga pasangan pengantin berkekalan sehingga ke jannah . 

Advertisements