Posted in ~ Walimatul Urus di Bandar Puncak Alam , Selangor Ogos 2017

WALIMATUL URUS DI BANDAR PUNCAK ALAM , SELANGOR OGOS 2017 

Tetiba je Dean kata nak pergi kenduri kawannya nak kahwinkan anak . Kak Zie kata  Owh .. boleh je !  Kak Zie bawa Faiz anak kami yang sulong pergi bersama . Faiz kalau sebut nak pergi kenduri , dia jarang menolak sebab dia suka makan 😂

Yang anak kedua dan ketiga pula tak mahu ayat tu sebab mereka tak suka makan sangat . 

Kami sampai di lokasi lebihkurang pukul 2 petang .  Tuan rumah terus jemput makan , kami pun memang reserve perot ni untuk rumah dia … 😂 

Alhamdulillah kenyang , sedap sangat masakan kampung nasi putih , sambal belacan ,ulam-ulaman ,masak lemak nenas ikan masin ,buah tembikai.. terangkattttt walaupun simple . 

Habis je makan , Dean terus hidangkan cendol di depan mata ( baiknya suamiku ) bila lagi nak puji kannnn  

Faiz pula pergi beratur nak amik Apam Balik sajian istana katanya …  memang sangat sedap apam baliknya 😋😋😋

Kasi chance Dean bersembang dengan kawan-kawannya  😂😂😂

Apam balik dia sedap 👍

Tengah makan rojak tetiba ternampak backdrop ni , terus berposing di sini . 

Macam-macam ada selain rojak dan Apam Balik ,  laksa Penang pun ada .. 

Berposing sambil tunggu Dean bersembang dengan kawannya .. haha 

Sebelum pulang , kami beramai-ramai bergambar bersama tuan rumah . 


Dalam pukul 3.30pm kami pulang . Terimakasih kepada tuan rumah kerana menjemput kami .