Posted in 👛EVENTS, ~ CNY DINNER 2015 AT SUNWAY CONVENTION CENTRE

SAMBUTAN CNY DINNER 2015 

Kebiasaannya mula-mula akan disambut di ofis pada sebelah siang . Dung dung chiang .. Dung dung chiang .. 

Di sebelah malamnya pula  diadakan di Sunway Convention Centre .  It’s a very comfortable place and near to our office.  Kami decided to pakai baju merah . Sehari sebelum gi shopping baju .. hehe 

Pilih aje yang mana2 suka .. 

Merahnya mak ngah .. haha 

Dan yang ni plak untuk hubby 

Kami agak lambat sampai ke hotel kali ni, bila sampai aje tempat duduk dah penuh . Tak tahulah macamana arrangement dibuat . Masing2 nak duduk tempat orang , sepatutnya semua yang register dapat tempat duduk . Alkisahnya mungkin ramai yang datang tu tak register ..  kita yang lurus bendul register ni jadi mangsa huhu .. 

Apa nak buat lagi , layan bergambar je lah…  

Dah habis bergambar di luar , jom kita lihat di dalam pula .. 

Telah tersedia ramuan2 untuk Yee Sang .Ini merupakan menu wajib setiap kali meraikan sambutan Tahun Baru cina . Menu ini biasanya disajikan sebagai hidangan pembuka dan dianggap sebagai simbol penyatuan dan lambang kemurahan rezeki yang akan diperoleh sepanjang tahun tersebut.  Pendek kata hidangan Yee Sang ini melambangkan simbol kemewahan dan panjang umur. 

Inti yee sang biasanya terdiri daripada bahan-bahan seperti ikan mentah (salmon) ,hirisan sayur-sayuran seperti lobak merah, lobak putih , bijan , kekacang yang ditumbuk , halia, buah abung , jus limau , serbuk rempah dan keropok rangup . Kesemua inti tersebut akan disusun secara rapi di atas sebuah pinggan bulat . 

Sebelum proses menggaul yee sang dimulakan , sos plum yang mempunyai rasa masam dan manis akan dituang dan disusuli dengan memicit jus limau pada ikan mentah bertujuan untuk mengelakkan kemasukan bakteria selain menyedapkan rasa ikan itu . 

Selepas sos dituangkan tibalah detik yang dinanti-nantikan oleh semua iaitu proses menggaul yee sang . Proses menggaul yee sang mempunyai cara yang tersendiri kerana semua inti yee sang itu digaul bersama dengan menggunakan penyepit oleh mereka yang mengelilingi meja bulat 

Masyarakat Cina percaya bahawa semakin tinggi yee sang diangkat ketika digaul maka lebih banyak kemakmuran yang bakal dinikmati sepanjang tahun . 

Syukur alhamdulillah our business partner semuanya dapat tempat duduk dan dapat menikmati hidangan .. tinggal lagi i n hubby tak dapat makan .. perut dah berkeroncong ni .. earlier i dah cakap i tak de tempat duduk so makanan utk kami pun ilekk ar .. huhu 

Sib baik my fren nan sorang ni  yang sangat memahami (atas arahan his boss ) tolong belanja  kami makan nasi ayam kat luar  .. hihi..tq dear .. 

Licinnnnnn .. alhamdulillah rezeki .   Memang betul-betul lapar sebab dah kosongkan perut dari rumah ..  ingat nak makan kat hotel … hampehhhh 
Lepas makan let’s continue acara seterusnya … 

Acara suka suki mencari calon pakaian paling cantik 

Alhamdulillah our business partner pun dapat hadiah juga . Seronok sangat dia first time datang event ni terus dapat hadiah.  

CNY Dinner 2015 group photo. 

Catp group photo .
Yeayyyy group photo dah amik .. dah boleh balik ..    jumpa lagi di next CNY pula . 

Advertisements