Posted in ~ Big gathering in my area

Big gathering in my area 

Majlis makan manja2 katanya majlis silatulrahim untuk mengeratkan hubungan sesama penghuni di taman kami  , potong kek utk july’s babies dan cabutan bertuah . Majlis dianjurkan oleh ajk taman . 

 Dalam pukul 6pm kami anak beranak sibuk menggantungkan belon-belon seperti di dalam gambar di bawah . Saja  bagi nampak meriah sikit . Ada juga yang puji  belon-belon kami  ni sweet . Terimakasih kami memang suka warna-warna yang lembut dan kami pun memang sweetttt ..  kihkih

Rumah kami sponsored Air Barli ais yang dalam bekas bertutup biru tu . Habis licin kerana Air Barli kami bukannya yg tak kembang macam kat kedai tu ..  kami siap blend skit Barli tu barulah ada umphhh 

Inilah dia ghupe kek 3kg  yg kami anak beranak pergi tempah .. comel tak ? Hihi 

Selepas acara potong kek untuk harijadi tibalah masanya untuk acara cabutan bertuah pula . Cabutan bertuah ini telah dicabut oleh mantan-mantan pengerusi dan current pengerusi juga .  Hadiahnya adalah berupa hamper yang bernilai RM25.  Cute juga hampernya .

Di antara peserta-peserta yang bertuah menerima hamper adalah seperti di bawah . Sebenarnya ada 20 hamper kesemuanya , malaslah K Zie nak tayang gambar mereka di dalam blog ini , hanya mereka yang bertuah sahaja termasuk ke dalam blog Kak Zie ini .. kahkahkah 

Lihat dalam gambar ini my husband sangat happy . 😂

Ajk juga sangat bermurah hati memberi duit raya  kepada kanak-kanak. 

Seperti biasa ada permulaan ada akhirnya . Kami set wanita bergambar sesama tapi sedihnya photographer tak amik gambar kami so kami amik guna camera cap hayam aje lah … 😂😂😂

Tapi kakak dah warning mereka setiap acara mesti amik group photo dan ingat mesti amik gambar bersama lelaki dan perempuan . Hingat jangan tak hingat .. haha 

Tamatlah sudah acara kami untuk majlis silatulrahim 2017 ini . 

Advertisements