Posted in ~ Walimatul Urus di Melaka - Dis 2017

Walimatul Urus di Melaka – Dec 2017

Undangan dari kawan baik suami ex TUDM En Hamid . Beliau mengahwinkan anaknya yang ke dua . Majlis berlangsung di rumahnya di Pulau Sebang , Melaka . Alhamdulillah undangan dapat ditunaikan . 

Kami sekeluarga bertolak dari rumah lebihkurang pukul 11.30 pagi dan sampai di sana sudah pukul 2.30 petang disebabkan jalan Senawang jam teruk . Nak buat macamana sebab rasa nak lalu LEKAS highway . Hakhakhak 

Che Hamid seperti biasa ler menyambut kami dengan mesra semesranya ..  lauk kenduri masak sendiri , beliau memang taukeh kantin dan isterinya memang hebat memasak lauk berperiuk periuk , dah biasa masak banyak . 

Jom layan gambar-gambar ketika di sana .

Kak Zie bersama isteri En Hamid 👇

Advertisements
Posted in ~ Walimatul urus di Puchong -Nov 2017

Walimatul Urus di Puchong -Nov 2017 

Sekarang dah masuk musim hujan dan musim kawen .  My husband mendapat jemputan undangan majlis perkahwinan dari  kawan sekolahnya yang kahwinkan anak.   Faham ke faham harap tak konpius 😂😂😂 .Majlisnya berlangsung di Puchong , Selangor .  Turut hadir adalah anak kami Hanis dan Zharif . 

Ayahnya bila bertemu dengan kawannya yang sudah lama tak berjumpa mulalah berborak panjang . Si Hanis ni plak mana boleh tahan , kalau boleh lepas makan terus nak balik 😅😅😅 merajuk dan tak makan pujuk terus bosan dan lari duduk bawah khemah berhampiran dengan parking kereta . #lantaksitu  

Yang adiknya Zharif ok skit dan tiada masalah , enjoy makan-makan dan main handphone . 

Jom layan photo yang sempat diambil . 

Cantiknya warna pelamin dia kannnn

 My husband berbaju biru  , kawannya dan  pengantin lelaki . 

Sekian … 

Posted in ~ Walimatul Urus di TUDM KL -Dec 2017

Walimatul Urus di TUDM KL – Dec 2017 

Kenduri kawen anak ex TUDM ( kawan my husband ) , terimakasih kerana sudi menjemput kami . 

Tersalah pintu masuk , rupa-rupanya dewan terletak kat luar je bukan di dalam tudm .. haha

Almaklum semasa kami tinggal di dalam kem ini 20 tahun yang lepas , dewan belum ada lagi . 

Setibanya di sini mereka terus bergambar .. hamboi-hamboi rupanya orang lelaki pun suka bergambar juga ..  ingatkan orang pompuan je yang suka bergambar.😂


Sebelum masuk ke dalam dewan , kami lak bergambar sat di sini . Kalau tak bergambar rugilah sebab mereka dah buat cantik-cantik kannn 😆👇

Apa -apa pun ambil makanan dahulu lahh .. memang tengah lapar masa ni …  Kak Zie ambil ayam itu pun seketul jer  sebab Kak Zie tak boleh makan daging ..lain-lain Kak Zie ambil kuah dalca dan acar buah . Yum yum ! 

Selepas makan baru kita kisahkan keadaan persekitaran ya … 😆😅

Suasana meriah juga .. hihi 

Pelamin nan cantik untuk mempelai ☝

Gang askar ni rancak berbual mesra sesama mereka ☝
Tu dia mereka dah amik group photo dengan pakaian uniform mereka tapi tidak bersama pengantin kerana pengantin sedang makan beradab pada waktu ini . 

Okay udah-udahlah selfie tu kak … laki dah nak balik  ni .. hakhakhak 

cantiknya buah tangan untuk tetamu yang disusun cantik di hadapan pintu masuk dan keluar .

Lastly thank you to tuan rumah kerana menjemput kami. Semoga pasangan pengantin berkekalan sehingga ke jannah . 

Posted in ~ Walimatul Urus di Bdr Sri Damansara Nov 2017

Walimatul Urus di Bandar Sri Damansara Nov 2017

Majlis resepsi persandingan ini adalah anak kepada kawan sekolah Dean . Ia berlangsung di Dewan Serbaguna ,Persiaran Perdana , Bandar Sri Damansara pada hari Ahad 5 Nov 2017 . Kebanyakan orang sekarang dah buat kenduri-kendara di dewan , senang kannn berbumbung hujan pun tak pe . Parking kereta pun banyak berbanding dengan buat di rumah .  

Kali ni Faiz pun nak ikut juga so kami berempat cuma Zharif je tak ikut. Lauk kendurinya mabeles , nak bertambah nasi rasanya .. 😆  dengan acar buahnya .. perghh complete .  Kalau Kak Zie kata sedap  ia memang sedap ! Sebab Kak Zie ni cerewet skit tentang makanan . Ada yang buat kenduri tu lauknya hampehh!!  investlah skit .. cari tukang masak / caterer yang masak sedap sebab nak hidang kat beratus orang ni or beribu orang , biarlah ikhlas. Kadang-kadang yang tak sedap tu cajnya lagi melampau .. setuju ?  

Waktu kami pergi kenduri ni pun hujan renyai-renyai almaklumlah sudah masuk musim tengkujuh , hujan setiap hari .  Jangan ribut sudahlah , orang kata kalau masa kenduri ada berlaku ribut yang kuat mungkin itu petanda yang tak baik yang akan berlaku kepada pasangan pengantin  .. wallahuwa’lam. 

Kepada tuan rumah , thanks for having us join you for your daughter’s big day . 

Posted in ~ Walimatul Urus di Pantai Dalam , KL Nov 2017

Walimatul Urus di Pantai Dalam , KL 

Ini adalah majlis persandingan anak En Baharudin ( kawan lama Dean)  dan Pn Shila yang berlangsung di Pusat Komuniti Lembah Pantai , Pantai Dalam , KL .  

Kami sampai di sana lebihkurang pukul 12.30n a bit awal so tak dapat jumpa dengan pengantin. Kali ni pergi bertiga dengan Hanis , ntah camana nak ikut plak dia walaupun dia sorang je .. Faiz dan Zharif tak nak ikut. 

Syukur alhamdulillah majlisnya berjalan dengan lancar , makanannya pun sedap juga cuma hari Sabtu 4 Nov 2017 hujan renyai-renyai tapi kami ok je , parking kereta pun senang . 

Tahniah to both of you En Baharudin and Pn Shila . Thank you for having us. 

Posted in ~ Walimatul Urus di Bandar Puncak Alam , Selangor Ogos 2017

WALIMATUL URUS DI BANDAR PUNCAK ALAM , SELANGOR OGOS 2017 

Tetiba je Dean kata nak pergi kenduri kawannya nak kahwinkan anak . Kak Zie kata  Owh .. boleh je !  Kak Zie bawa Faiz anak kami yang sulong pergi bersama . Faiz kalau sebut nak pergi kenduri , dia jarang menolak sebab dia suka makan 😂

Yang anak kedua dan ketiga pula tak mahu ayat tu sebab mereka tak suka makan sangat . 

Kami sampai di lokasi lebihkurang pukul 2 petang .  Tuan rumah terus jemput makan , kami pun memang reserve perot ni untuk rumah dia … 😂 

Alhamdulillah kenyang , sedap sangat masakan kampung nasi putih , sambal belacan ,ulam-ulaman ,masak lemak nenas ikan masin ,buah tembikai.. terangkattttt walaupun simple . 

Habis je makan , Dean terus hidangkan cendol di depan mata ( baiknya suamiku ) bila lagi nak puji kannnn  

Faiz pula pergi beratur nak amik Apam Balik sajian istana katanya …  memang sangat sedap apam baliknya 😋😋😋

Kasi chance Dean bersembang dengan kawan-kawannya  😂😂😂

Apam balik dia sedap 👍

Tengah makan rojak tetiba ternampak backdrop ni , terus berposing di sini . 

Macam-macam ada selain rojak dan Apam Balik ,  laksa Penang pun ada .. 

Berposing sambil tunggu Dean bersembang dengan kawannya .. haha 

Sebelum pulang , kami beramai-ramai bergambar bersama tuan rumah . 


Dalam pukul 3.30pm kami pulang . Terimakasih kepada tuan rumah kerana menjemput kami . 

Posted in ~ Zharif turns 17

ZHARIF TURNS 17 

My sayang Zharif turns 17 today . Dah besar anak mak but still mak panggil anak mak ini baby lagi .. hehe

Mak sentiasa doakan semuga Zharif menjadi anak yang bijak pandai , taat kepada perintah agama dan mendengar cakap ibubapa . Zharif akan menghadapi peperiksaan SPM tak lama lagi , mak mendoakan semuga Zharif berjaya dengan cemerlang di dalam peperiksaan ini , aamiin. Mak sayang Zharif  ❤

Posted in ~ AAP 2008

AAP 2008 

Sudah lama tak post tentang AAP . AAP adalah Annual Award Presentation atau hari menerima anugerah iaitu hari yang ditunggu-tunggu oleh kami . AAP kali ini diadakan di Berjaya Times Square.  

Syukur alhamdulillah Kak Zie menerima trofi 100apps club  iaitu untuk production melebihi 100 kes setahun.

Ini pula ialah Kak Zie menerima trofi SUPERSTAR CLUB untuk production fyp melebihi 250k dalam masa setahun . 

Dean pula menerima anugerah Top Recruiter. 

Dean with the qualifiers

Ini pula adalah downline kami Kak Lela menerima trofi MDC ( Million Dollar Club) untuk production melebihi 120k setahun. 

Us bergambar bersama kawan-kawan yang turut sama menerima trofi . 

Dean juga menerima anugerah Multi Million Dollar Agency untuk agensi kami Millionaire Partners . Terimakasih kepada semua perunding-perunding kami yang pada ketika ini bertungkus lumus berjuang untuk mendapatkan yang terbaik bagi diri mereka sendiri dan agensi . 

Dean with Millionaire Partners team 👇

Untuk malam gala dinner pula HLA mengadakannya di KL Convention Centre ( tempat Datuk Siti Nurhaliza kahwin tuuu) hihi 

Di sini Dean menerima anugerah yang paling berprestij iaitu Master Builder Award . Dengan ini agensi kami Millionaire Partners merupakan agensi bumiputra yang pertama di HLA menerima anugerah ini . Alhamdulillah for this 🏆. Thanks to Millionaire Partners NR , this 🏆is for all of us , for your hard work and dedication ❤

Posted in 14th Akard qualifier Ogos 2017

14th AKARD QUALIFIER OGOS 2017

Akard’s event ( yearly event organized by NAMLIFA ) kali ni event ni dibuat di Sentul , Kuala Lumpur. My husband and our team member Eyzad are qualifier . 

Untuk pengetahuan anda , kami sudah 20 tahun di dalam industri financial services ini . Sudah bermacam anugerah yang diterima .. syukur alhamdulillah . Jika anda nak join kami ( saya buka untuk warga lembah klang , Perak dan Negeri Sembilan ) , sila tinggalkan no tel anda di ruangan komen ya atau whatsapp me at 019 2629425 ( taip:  blog ~ jawatan kosong ) . 

My husband and his business partner bergambar dengan CEO of HLA. 

Group photo of my catp team .

Posted in ~ Walimatul urus di Senawang Ogos 2017

walimatul urus di Senawang Ogos 2017 

Setiap kali Kak Zie dijemput ke kenduri , Kak zie akan simpan gambar dalam blog bukan apa simpan merata-rata nanti nak lihat semula di kemudian hari dah tak jumpa cari. Betul tak ? 

Entri kali ni adalah kenduri di Senawang . Kenduri kawan lama sebenarnya dibuat di tempat sebelah perempuan .  Masa pergi tu terjumpalah pula dengan kawan lama jugak si Sikin dan kawannya . 

Alhamdulillah nasi hujan panas dan lauknya sedap dan cuaca pun alhamdulillah terang . Kak Zie doakan semuga kedua mempelai dikurniakan kehidupan yang aman damai dan berkekalan sehingga ke jannah . Aamiin .