Posted in 👒CUTI-CUTI MALAYSIA, ~ Sepetang di Pantai Teluk Batik yang indah

Sepetang di Pantai Teluk Batik yang indah 

Teringin sangat nak ke Teluk Batik .. pantai lain boleh kata semuanya dah pergi cuma Pantai Teluk Batik je belum pergi lagi .. hehe 

Jadi plan seminggu awal nak ke sini , just a day trip .  Jauh juga dari KL rasanya lebihkurang 3 jam juga .  Kebetulannya rumah kawanku pun di area Lumut jadi dah dekatler dengan Pantai Teluk Batik , boleh singgah rumah dia sekali sebab dah 30 tahun tak jumpa. Kira plan jadilah nak ke sana . 

Anda semua tahu tak Pantai Teluk Batik ni kat mana ?   Haaaa .. moh lihat peta dulu .. 

Ia terletak tak jauh dari Pekan Lumut . Dah hampir dengan jeti ke Pulau Pangkor . 

Pantainya cantik  kalau sekali pandang lebihkurang Pantai Tg Biru Port Dickson .. ala2 gitu ler .  

Cantikkannnnn 😍😍😍

Anak2 i suka lepak kat sini.. ambil angin petang 

Pantainya bersih , kelihatan ramai orang mandi-manda di sini . 

Kami tak mandi pun, cuaca sangat panas tak sanggup den .. huhu 

Dekat sini ada beberapa gerai yg menjual makanan tetapi tidak seramai di Pantai Morib .   Sementara nak menunggu ke rumah kawanku yg kebetulannya ada hal di luar dan dia tiada di rumah kami pun singgah di gerai yg namanya dah lupa utk makan tengahari yg tertangguh kerana leka di pantai tadi . Sedap juga makanan di sini , terlentok kekenyangan .  

Selepas selesai makan tengahari kawanku pun datang bersama suaminya dengan kereta untuk ambil kami ke rumahnya .  Rupanya rumahnya di taman yg tak jauh dari Pantai Teluk Batik .   Bersembang macam-macam sebab dah 30 tahun tak jumpa!!!  Masha Allah bersyukur .. tak sangka dapat berjumpa kembali  ! 

Dihidangkan untuk kami ketupat sotong masakan Terengganu yg menjadi peberet kami .  Yum yum !!! 

Thanks Pauziah and family semuga diberkati dan di dlm rahmat Allah selalu . Panjang umur kita berjumpa lagi . In syaa Allah ! 

Advertisements