Posted in 👒CUTI-CUTI MALAYSIA, ~ Percutian Famili Ke Cameron Highlands Pahang

PERCUTIAN FAMILI KE CAMERON HIGHLANDS PAHANG

Assalam dan Salam Sejahtera !

Setiap hari kita bekerja utk mencari rezeki dan kebanyakan darpada kita mengulangi rutin atau perkara yang sama setiap hari. Keadaan ini boleh menyebabkan tekanan dan memberi kesan yang tidak baik terhadap kesihatan kita. Oleh yang demikian eloklah jika hujung minggu kita bercuti seketika makan angin bersama2 keluarga . Tidak perlu ke tempat jauh2 spt luar negara , di dalam negara pun banyak tempat2 yg menarik untuk kita kunjungi. Entri kali ni saya berkongsi sedikit pengalaman ttg short vacation saya di Cameron Highland.

image

image

image

Dalam perjalanan ke Cameron Highland kami singgah di Sungai Klah makan Nasi Bamboo .. dap dap !!!

image

Nasi Bamboo Sungai Klah .. menyelerakan ! Ada orang suggest kat saya makan kat sini .. kebetulan nak ke Cameron , singgah sini dahulu . Mmg sedap !

image

Sampai di Lata Iskandar .. tak turun pun dari kereta. Ramai sangat orang di sini mandi manda dsb . Macam best jer .. nyaman !

image

Air Terjun Lata Iskandar.. sejuk mata memandang , mendamaikan . Lalu jer tak singgah pun . Berderet kereta tak de tempat nak park dah.. Ramai org mandi manda di sini ..

image

Wowww lihatlah pemandangan ladang teh ini … sangat cantik kann.. Walaubagaimanapun tak boleh singgah lagi, kena cari tempat penginapan dulu. Kami memang main redah jer kali ni dan tak booking hotel pun. Haha.. konsep redah!!

image

Jalan jam teruk, akhirnya setelah penat puas mencari maka kami pun terjumpalah Desa Anthurium ini yang masih ada kekosongan.
Kami bermalam di penthouse 3 bilik RM330 per nite. Selesa, peralatan memasak pun banyak. Amat sesuai untuk sesiapa yang nak buat hari keluarga dan yang sewaktu dengannya.. cuma kena naik tangga , no lift huhuhu

image

Cameron Bharat Tea Plantation. Love the view ! 💚

image

Di Bharat Tea Plantation . Sambil tu dapat menghirup udara segar sambil minum teh di petang hari. Bestnyer!! Dapat juga shopping teh… murah di sini.

image

image

image

image

image

image

Selepas minum teh kami meneruskan perjalanan lagi ke Kebun Strawberi pula. lebihkurang dalam pukul 6pm kami sampai di kebun ini , nasib baik belum tutup lagi. Dapat shopping strawberi yang manis-manis kesemuanya .

image

Pokok Cactus cantik berwarna warni 😍😍😍 Kami ke pekan Tanah Rata pula untuk beli sedikit souvenir untuk dibawa pulang .

Lebihkurang dalam pukul 7pm kami pulang semula ke Rumah penginapan kami di Desa Anthurium untuk mandi dan solat.

Kami ke Glory Steamboat untuk makan malam plak… yum yum!! Harga tak le mahal sangat RM23 jer per head . Pada mulanya nak ke Brinchang untuk makan malam tapi keadaan tak mengizinkan , jem yang melampau .. hihuhi
Habis sudah aktiviti seharian . 😅😅

image

image

image

image

keesokannya pula kami sarapan di Desa Anthurium sahaja. Bersarapankan roti untuk alas perut.
Selepas sarapan kami terus check out iaitu lebihkurang dalam pukul 11 pagi.

Kami meneruskan lagi aktiviti kami iaitu melawat Ladang Teh Boh . Pertama kali sampai di sini .. wahhhh sangat teruja , ladangnya sangat luas , sayup mata memandang. Udaranya sangat segar !
Datang sekali nak datang lagi… 😄😆😍

image

Bermulalah acara mendaki hingga ke puncak sampai ke view point … nun di atas sana pemandangan sangat cantik .mesti mendaki ni .. hihi
ramai pelancong asing datang ke ladang Teh Boh ini .. minum-minum di sini utk merasai aroma Teh Boh yang asli segar dari ladang .

image

Akhirnya dah sampai di view point .. Wowwwww!! Saya dah kata pemandangannya cantik .
Siapa yang datang ke Cameron tapi tak datang ke sini , ibaratkan seperti tak datangla… hehe…
jangan marah .. gurau aje .

image

Luve the view !

image

Di puncak Ladang Teh Boh .. boleh tahan juga mendaki .. bakar lemak 😅😅😅

image

Masa untuk membasahkan tekak menghilangkan dahaga dah tiba setelah penat mendaki dan menurun bukit … jom pekena teh boh !!

image

image

image

image

Setelah selesai minum , sekarang tibalah masanya utk shopping Teh Boh pula .. beli jangan tak beli .
boleh beli souvenir juga di sini .

image

Akhir sekali selamat tinggal Cameron Highland . Ada beberapa tempat lagi yang tak sempat dikunjungi disebabkan kesuntukan masa . Insya allah jika dipanjangkan usia bolehla berkunjung lagi di masa yang akan datang .

image