Posted in ~ Pengalaman Menarik Bercuti Di Pulau Kapas Terengganu

Pengalaman menarik bercuti di Pulau Kapas , Terengganu

Salam sejahtera semua !

Asyik update oversea trip jer kan .. kali ni nak update tentang percutian Zie ke Hari Keluarga WHA di Pulau Kapas Terengganu . Trip ni adalah pada beberapa tahun yg lepas .

image

Kenapa kami memilih Pulau Kapas ?
…. kerana pada masa itu ada beberapa org di kalangan perunding kami yang berasal dari Terengganu dan dia boleh uruskan percutian kami ini . Saya pun asal Terengganu jugak .. ekekeke

Selain daripada itu Pulau Kapas ini merupakan antara pulau pelancongan yang tercantik di Malaysia. Masyarakat tempatan memanggilnya Pulau Kapas kerana pasir pantai di pulau ini yang putih bagaikan kapas . Selain mempunyai pantai yang cantik , air laut di perairan pulau yang jernih dan pemandangan dasar laut yang cantik merupakan daya penarik untuk kami bercuti ke Pulau Kapas.

image

Pulau Kapas merupakan sebuah pulau peranginan yang paling hampir dengan tanah besar Terengganu . Lokasi Pulau Kapas yang terletak di perairan Laut China Selatan termasuk dalam daerah Marang , kira-kira 18km dari Kuala Terengganu. Jarak Pulau Kapas dari jeti Marang ialah lebihkurang 6km sahaja.

Kami bertolak dari KL seawal 7 pagi dan kami sampai di Jeti Marang dalam pukul 11.30pagi.
Berkumpul di area kedai makan di pekan Marang dan makan tengahari di situ beramai-ramai.
Dalam pukul 1pm tengahari kami menaiki bot di jeti Marang .

image

Jeti Marang

image

Jeti Marang

Menaiki bot hanya memakan masa 20 minit saja . Sekejap aje dah sampai ke pulau ..

image

image

Akhirnya dah sampai di pulau dan terus check in di Makcik Gemuk Resort Kapas . Resort ini mempunyai 63 chalet yang tersedia untuk pengunjung. Makcik Gemuk Chalet Pulau Kapas adalah antara resort yang popular
di kalangan pelancong tempatan yang ingin bercuti di Pulau Kapas.

image

image

image

image

image

image

Kami menginap di chalet ini selama 3 hari 2 malam. Sebelah petang acara mandi laut manja2 .. Bestnyer !!! tak mandi rugi .. haha

image

image

image

Petang2 main buai .. Zharif sangat seronok ..
Buai macam ni banyak kat sini , jangat berebut semua boleh merasa .. haha

Dalam lebihkurang pukul 5.30pm kami mula naik bot untuk ke tengah Laut China Selatan mencandat sotong .. yeahhhh
Seronoknyer !! Pengalaman baru bagi kami kerana tak pernah lagi sebelum ni pergi mencandat .
Masa pergi sangat seronok sehinggalah bot parking kat tengah laut .. bila bot parking barulah kami mencandat . Nak tahu apa yg berlaku selepasnya ?? Sabar3 .. tengok gambar dulu nooo ..

image

Nampak tak kotak biru kat belakang tu ? Itu adalah toilet .
Belum sempat 10 minit bot parking kat tengah laut , saya dah tak tahan giler .. pening sangat3 , itu makan ubat mabuk sebelum naik bot . Kalau tak makan ubat tak tahu ar camne . Ada yang lagi teruk drpd saya, muntah keluar isi perut semua .. aduih.. kesian . Sotong sekor pun tak dapat , yg dapat pening .. hihi
Nasib baik ayah kpd Gee (perunding kami) dapat sotong sebab dia mmg teror dah biasa sangat mencandat. Ada jugak yang masuk tandas ( kotak biru) tu ,tak keluar-keluar.
Dalam pukul 10pm kami pun tak sanggup lagi dah tunggu . Kami ajak mereka semua balik ke chalet aje lah.. nasib baik saya hanya mabuk laut bukan mabuk darat . Kalau tak ..dapat lagi satu penyakit plak .. apapun itulah pengalaman mencandat kami yang tidak dpt dilupakan !

Hari kedua

Selepas sarapan pagi ,kami ke acara yang seterusnya iaitu meronda pulau . Tak lama sangat lebihkurang setengah jam aje sebab pulau Kapas tak besar.

image

image

image

Selepas makan tengahari , berehat sekejap. 

Sebelah petang kami snorkling pula .

image

Boleh beli alat-alat snorkling di sini.

image

image

Ikan besar untuk makan malam kami … 😋😋😋

image

Hari ketiga

Jalan-jalan di sekitar chalet

image

Kat belakang tu ialah Pulau Gemia yang cantik

Di tepi jeti 

image

image

image

image

Group photo .. tema hijau hehe..

Alhamdulillah .. Majlis Hari Keluarga WHA berakhir dengan jayanya. Program yang julung kali diadakan ini bertujuan untuk merapatkan silatulrahim di kalangan ahli WHA. Aktiviti seperti ini perlulah kita sertai setiap tahun . Jangan abaikan.

Semoga ketemu lagi di entri yang akan datang .

My instagram is PRINCESSRIZZHANIS

please feel free to follow me !

Advertisements