Posted in ~ PASIR SALAK - HAVE YOU GUYS VISITED YET ?

PASIR SALAK ~ HAVE U GUYS VISITED YET? 

… Sambungan dari pergi ke Majlis Walimatul Urus di Ipoh , kami terus ke selatan iaitu ke Pasir Salak .  

Terletak kira-kira 70km dari Ipoh . Mula-mula saya ingatkan dekat rupanya berjanggut juga ler nak sampai . Dari Taman Pinji Mewah saya hanya ikut sign board ke Batu Gajah dan kemudian belok ke laluan Kg Gajah . Pasir Salak merupakan sebuah pekan yang terletak di tepi Sungai Perak . Di sini terdapat Kompleks Sejarah Pasir Salak yang dibina pada tahun 1990 atas insiatif  Tan Seri Ramli Ngah Talib Menteri Besar Perak pada masa itu . Kompleks ini telah dirasmikan oleh  DYMM Seri Sultan Perak Raja Nazrin Shah yang dirasmikan pada 26 Mei 1990 . Kompleks ini dibina di Pasir Salak kerana di sinilah mula tumpahnya darah pejuang-pejuang melayu yang cintakan negara menentang penjajah British iaitu Dato’ Maharajalela menentang JWW Birch yang dikatakan mengutip cukai sesuka hati dengan mengikut undang-undang yang mereka (penjajah) buat sendiri.  

Nama Pasir Salak dikatakan berasal dari pasir yang terletak di tepi Sungai Perak yang dipenuhi oleh kulit buah salak . 

Kompleks sejarah Pasir Salak ini adalah merupakan salah satu destinasi pelancongan di Negeri Perak yang kian diketahui umum . 

Semasa kami sampai ke tempat ini dah hampir pukul 5pm dan kompleks sudah pun ditutup cuma kami dapat ambil gambar di bahagian luar sahaja .  Pada waktu itu hujan sudah mulai turun dan pergerakan amat terbatas. 

 Seperti Menara Tinjau atau tempat rehat 

Kompleks Sejarah Pasir Salak 

Pandu arah 

Sungai Perak 

☝Di belakang saya itu adalah Jam Suria. Jam ini adalah bertujuan digunapakai  bagi mengetahui masa dan waktu pada zaman kesultanan dahulukala. Jam ini masih lagi berfungsi dan boleh digunakan. Ianya bergantung kepada sinaran matahari untuk mengetahui waktu dan masa. 

Terowong Sejarah Pasir Salak 

Keindahan pemandangan Kompleks mengadap sungai Perak 

Alhamdulillah walaupun dapat melawat sekejap sahaja tapi dapat amik gambar juga . Hujan pun sudah semakin lebat , tibalah masa untuk kami bersurai ..  kami balik Ke KL ikut jalan Kampar . 

Seterusnya lalu ikut UPSI Tg Malim . Cantik juga UPSI ni .. 😍

Pekan Tg Malim 

Jumpa lagi di next entri . 

My instagram is PRINCESSRIZZHANIS 

please feel free to follow me ! 

Advertisements