Posted in ~ A WEEKEND IN PORT DICKSON

A WEEKEND IN PORT DICKSON

pada 18 Mac 2017 kami ke PD . Sebenarnya ia dirancang oleh my husband lagipun pada hari itu ada reunion batch dia kat sana so bawa anak-anak bercuti sekali lah  😜

Kami bertolak dari rumah lebihkurang pukul 4pm dan sampai di PD hampir pukul 5pm di Seri Ratu hotel & spa . My husband just singgah di sini dahulu untuk berjumpa kawan-kawannya . Lamanya tak pergi ke pantai . Seri Ratu hotel ni not bad dekat sangat dengan pantai , budak-budak pun enjoy kena angin laut . 😍 

Dalam pukul 6pm kami ke bandar PD untuk check in di Hotel Merlin ( Faiz yang booked ) .  Just a small hotel but neat and tidy .  Parking lot pun ada . 

Pada sebelah malamnya dalam pukul 8.30pm ada makan malam BBQ dan ada karaoke . Dan yang istimewa saya pun dapat hadiah , tak sangka plak . Saya dapat hadiah harijadi . Happy Birthday to me .. hehe 

 Kebetulanla sebab acara ni dalam bulan Mac dan birthday saya pun dalam bulan Mac . Ha..ha .. tq kepada penganjur .

 

Acara tamat dalam pukul 1 pagi . Huhu 

Keesokannya kami sarapan pagi nasi lemak dan roti canai di kedai mamak di Bandar PD aje . 

Selepas sarapan back to hotel . Sebelum check out amik gambar dulu .. hihi 

Salah tunjuk ni , kami dari Selangor ya .. hehe 

Selepas check out kami ke Pd Waterfront sekejap bergambar. Lama tak datang ke sini , dah banyak berubah .

Pasni kami ke  Seri Ratu semula untuk my husband nak bergambar dengan sahabat-sahabatnya . 

Sambil tu kami melilau ke pantai kot2 la ada yang boleh dibeli .. haha 

cuaca sangat cantik ramai orang mandi manda di pantai ini . Mulanya kami pun nak mandi juga tapi mengenangkan tahap kepanasan , hurmmm tak jadi , lain kali aje lah .. 😅😅😅 

kalau nak mandi kena ke pantai awal pagi barulah tak panas . 

Bai bai uols . Jumpa lagi di lain entri .