Posted in ~ Nostalgia di BTHO

Nostalgia di BTHO 

Syukur alhamdulillah pada bulan Mac 2004 kami telah berjaya membeli sebuah rumah semi-d di Bandar Tun Hussein Onn , Cheras , Selangor .  Rumah ni adalah sub sale dan harganya sangat berpatutan dalam RM315k . Rumah ini telah lama ditinggalkan oleh tuannya kerana beliau lebih suka tinggal di kondominium di Puchong. Setelah selesai urusan jual beli kami buat sedikit renovation bahagian belakang dan hadapan rumah termasuk car porch yang sudah senget benget.  Kos renovation dalam RM70k juga . Inilah rumahnya setelah siap diubahsuai. Completed with wrought iron gate and autogate as well. 

Sebab-sebab kenapa saya beli rumah ini ; 

1. Rumah ini sangat dekat dengan sekolah just walking distance only ,  kebetulannya pada masa itu anak-anak saya masih bersekolah di sekolah rendah . Jika saya outstation ke senanglah mereka nak jalan kaki ke sekolah . 

2. Interior design rumah ini cantik ala-ala cottage house merupakan pilihan saya yang pada masa itu sangat sukakan english style. 

3. Harga rumah tidaklah terlalu mahal dan sangat berpatutan cuma keadaan rumah yang pada masa itu rosak perlu dibaiki almost keseluruhan .. huhu 

4. Jiran-jiran 99% adalah berbangsa melayu di mana ini merupakan  keutamaan suami tatkala membeli rumah baru. 

5. Fengshui rumah bagus . Dalam rumah tak panas walaupun tak pasang aircond.  Angin kuat spt berada di tepi pantai .  

6. Near amenities dan pusat tuisyen pun dekat aje . 

7. Lokasi rumah ini tak jauh dari KL . Kedudukannya ditepi jalan ala-ala rumah di Damansara Height gitew .. kihkih 

 
Pada masa saya berpindah masuk ke rumah ini saya ada pembantu rumah yang membantu saya utk kemas rumah ,jaga anak ,masak dsb .  After 2 or 3 days  dah settle urusan pindah rumah . 

Saya mula nak mengenali siapakah jiran-jiran di sebelah menyebelah rumah saya . Ada yang kerja sebagai guru, manager , doktor ,pesara dan jurutera.   Berbagai-bagai kerenah mereka ada yang bagus dan ada juga yang sangat bengis dengan jiran . Hahaha ..  

Selama tinggal di rumah ini saya selalu mengadakan rumah terbuka hari raya almost setiap tahun dan saya menjemput semua jiran-jiran di lorong saya dan juga di lorong yang lain tujuannya untuk berkenalan dan merapatkan silatulrahim nanti orang kata tak kenal jiran plak kannnn ..  saya juga menjemput rakan-rakan sekerja dan saudara mara . saya dan suami  masak sendiri semua lauk pauk ,sedap tak sedap tu belakang kira lah … tapi mereka kata sedap .. alhamdulillah ! 

After a few years saya tinggal di sini , they start to think about guarded community sebab banyak berlaku kes kecurian di taman sebelah . Di BTHO so far so good .  Kos bulanan tidak tinggi pada awalnya RM30 sebulan dan selepas itu dinaikkan ke RM40 sebulan .  Pak gad datang ke rumah tekan loceng every month tak perlu nak bank in ke akaun. Biasanya dia akan datang hari Ahad senang skit sebab biasanya penghuni akan ada di rumah pada hari cuti. 

Keluasan tanah ok .. bolehlah bercucuk tanam kebetulan suami suka menanam pokok buah-buahan so di antara pokok yang dia berjaya tanam ialah pokok kelapa , pokok pulasan , pokok rambutan , pokok mangga , pokok limau purut , pokok durian , pokok durian belanda dan pokok limau .  Banyak pokok kannnn .. ada lagi pokok pisang ditanam oleh bibik dan pokok belimbing buluh ditanam oleh tuan rumah yang terdahulu .  Pokok pisang tak putus berbuah begitu juga dengan rambutan dan belimbing . Itulah untungnya berbudi kpd tanah . Dapatler kawan-kawan merasa buah FREE , dapat menjamu kawan-kawan makan buah-buahan hasil tanaman sendiri .. syukur alhamdulillah ! 

Ini adalah rumah yang paling lama kami menginap iaitu 10 tahun .  Sayang juga nak jual tetapi kena jual untuk upgrade rumah dan juga cari rumah yang kawasannya lebih sunyi dari hiruk pikuk kenderaan yang lalu lalang seperti highway lak di belakang rumah  ..  pukul 2 pagi baru sunyi .. hadoiiii 😆😆😆 

Lama jugak tak dapat nak jual rumah ni , pakai khidmat property negotiator ramai jugak tapi tak ada rezeki mereka ..  last my husband jugak yang berjaya jual dengan harga RM800k pada tahun 2015.  

Bye btho! 💝

Advertisements