Posted in ๐Ÿฒ HAPPY TUMMY HAPPY ME ๐Ÿ’ƒ๐Ÿ’ƒ๐Ÿ’ƒ, ~ Tempat Makan Di Sekinchan

Tempat makan di Sekinchanย 

Kampung suami saya ialah di area Sg Burong dan Sg Besar  so kami selalu lah pulang ke sana menjenguk orang tua semasa orang tua masih ada dahulu , menjenguk adik beradik dan membeli ikan-ikan fresh di Sekinchan untuk kegunaan harian . Kami boleh dikatakan selalu juga makan tengahari di kedai kawan sekolah suami saya ini yang terletak di Sg Leman , Sekinchan . Nama kedainya ialah Faridah Mentarang . Orang-orang yang lalu lalang di Jalan Kuala Selangor-Teluk Intan mesti sudah tahu kannnn sebab ianya terletak di tepi jalan besar aje . Di sini menunya sangat terkenal dengan masakan mentarang . Kami selalu order Mentarang Celup Tepung , Sup Mentarang dan sebagainya . 

Menu kali ini kami order lain sedikit sebab suami nak mencuba masakan Belangkas masak pedas haha ..   so campur dengan Sup Ikan Haruan , Mentarang Celup Tepung , dan Sepahat tumis .  Berminyak mulut .. huhu 

Cubalah … memang sedap !!! 
Some pics to share ..

Belangkas masak pedas 

Mentarang Celup Tepung 

Sup Ikan Haruan 

Sepahat Masak Tumis 



Diharap dengan perkongsian saya ini dapat menambahkan rezeki buat pemilik kedai , in syaa allah .