Posted in ~ Medan Ikan Bakar Serkam , Melaka

MEDAN IKAN BAKAR SERKAM , MELAKA 

Dah lama kami tak ke Melaka . Ini cerita dahulu , masa selalu hantar  anak ke dua belajar di Merlimau . Serkam ni memang di area sana . Tempatnya di tepi laut dan kelihatan macam tak best mana .. tapi makanannya sedap juga . Kami singgah di sini selepas maghrib untuk makan malam .  

Sedang menunggu makanan ..

Ini ialah di antara makanan yang kami order , yang lain tak sempat nak snap  sebab dah lapar … huhu 

Satu pesanan dari saya, makan hendaklah sampai habis , jangan membazir makanan . Sudah banyak kali saya terserempak dengan individu-individu yang order makanan bagai nak rak , pastu makan sedikit kemudian tinggal banyak lagi dalam pinggan . Kalau memang anda jenis yang makan sedikit , pesanlah nasi dan lauk sekadar yang mampu anda makan sahaja .. jangan berterusan membazir.