Posted in ~ Masak lemak pucuk paku dan sotong

MASAK LEMAK PUCUK PAKU DAN SOTONGΒ 

Bahan-bahan: 

Pucuk Paku

Sotong 

Cili padi 

Serai 

Garam 

Kunyit hidup 

Santan 

Asam keping 

Cara-cara : 

Cili padi dan kunyit hidup ditumbuk halus dan Serai diketuk. 

Masuk bahan tumbuk ke dalam periuk , tambah air 1 cawan. Kacau bahan atas api sederhana sehingga hilang bau cili. 

Masukkan santan (sukahati nak kepekatan sesuai dgn rasa sendiri) dan tambah garam. Kacau lagi jangan sampai santan mendidih/gelegak. Santan agak pekat time jangan tambah air , nanti bila maauk sotong , sotong akan keluarkan air dan kuah akan sempurna , ok. Kacau hingga santan sebati dengan bahan tumbuk tadi , api slow dalam 15 minit , masukkan sotong. 

Kacau lagi hingga sotong masak then masukkan asam sekeping , sekeping dua dan pucuk paku. 

Kacau hingga pucuk paku masak , siap .
 
Sumber ; Dari Bebesunita 

Advertisements
Posted in ~ Mee Hailam

MEE HAILAM

Bahan-bahan : 



300gm udang sederhana besar 

300gm daging ayam 

3 ekor sotong 

1 peket fish ball

1 peket mee kuning 

3 cawan air 

1 sudu besar cili kisar 

3 sudu besar kicap manis 

1 sudu besar kicap cair 

2 sudu besar sos tiram 

1 sudu kecil minyak bijan 

1 sudu besar sos cili 

2 sudu besar sos nampla 

2 biji telur 

Sedikit sayur sawi 

Sedikit bunga kobis 

1 batang carrot 

2 biji tomato 

Sedikit tepung jagung dan air (dibancuh) 

Daun sup dan cili merah secukupnya 

Cili kering direbus sampai lembut dan kemudian dikisar bersama bawang merah dan bawang putih secukupnya . 

CARA-CARA MEMASAK : 

● Bersihkan udang dan sotong kemudian tos dan ketepikan kemudian potong isi ayam menjadi ketulan kecil. Potong fish ball dan bersihkan semua sayur dan potong . Ketepikan semua bahan-bahan ini . 

● Panaskan sedikit minyak dan tumis cili kisar sampai pecah minyak dan cili masak dan kemudian masukkan ketulan isi ayam tadi dan kacau sehingga isi ayam masak dan kemudian bolehla dimasukkan air . Masukkan carrot dan bunga kobis tadi biar sampai kuah hampir mendidih. Masukkan semua sos cili , sos tiram , minyak bijan , kicap manis n cair , sos nampla dan kacau semua bahan ini. 

● Masukkan semua udang serta sotong dan kacau semua bahan kemudian rasa samada cukup semua perisa, kalau tak cukup tambah ikut selera masing-masing. Masukkan telur sebiji demi sebiji , biar sekejap sampai telur masak dan masukkan sayur sawi , buah tomato dan kacau . Masukkan bancuhan tepung jagung dengan sedikit air untuk bagi kuah pekat. Kacau semua bahan dan kalau kurang masin barulah ditambah garam. 

● Akhir sekali masukkan mee dan kacau semua bahan dan biar kuah mendidih dan bolehlah ditutup api dapur. 

● Bila nak hidang bolehlah ditabur daun sup , cili merah dan juga bawang goreng.

~ Sumber dari fb ( senang saya nak rujuk bila nak masak,  letak kat blog jer )

Posted in ~ Medan Ikan Bakar Serkam , Melaka

MEDAN IKAN BAKAR SERKAM , MELAKAΒ 

Dah lama kami tak ke Melaka . Ini cerita dahulu , masa selalu hantar  anak ke dua belajar di Merlimau . Serkam ni memang di area sana . Tempatnya di tepi laut dan kelihatan macam tak best mana .. tapi makanannya sedap juga . Kami singgah di sini selepas maghrib untuk makan malam .  

Sedang menunggu makanan ..

Ini ialah di antara makanan yang kami order , yang lain tak sempat nak snap  sebab dah lapar … huhu 

Satu pesanan dari saya, makan hendaklah sampai habis , jangan membazir makanan . Sudah banyak kali saya terserempak dengan individu-individu yang order makanan bagai nak rak , pastu makan sedikit kemudian tinggal banyak lagi dalam pinggan . Kalau memang anda jenis yang makan sedikit , pesanlah nasi dan lauk sekadar yang mampu anda makan sahaja .. jangan berterusan membazir. 

Posted in 🍲 HAPPY TUMMY HAPPY ME πŸ’ƒπŸ’ƒπŸ’ƒ, ~ Tempat Makan Di Sekinchan

Tempat makan di SekinchanΒ 

Kampung suami saya ialah di area Sg Burong dan Sg Besar  so kami selalu lah pulang ke sana menjenguk orang tua semasa orang tua masih ada dahulu , menjenguk adik beradik dan membeli ikan-ikan fresh di Sekinchan untuk kegunaan harian . Kami boleh dikatakan selalu juga makan tengahari di kedai kawan sekolah suami saya ini yang terletak di Sg Leman , Sekinchan . Nama kedainya ialah Faridah Mentarang . Orang-orang yang lalu lalang di Jalan Kuala Selangor-Teluk Intan mesti sudah tahu kannnn sebab ianya terletak di tepi jalan besar aje . Di sini menunya sangat terkenal dengan masakan mentarang . Kami selalu order Mentarang Celup Tepung , Sup Mentarang dan sebagainya . 

Menu kali ini kami order lain sedikit sebab suami nak mencuba masakan Belangkas masak pedas haha ..   so campur dengan Sup Ikan Haruan , Mentarang Celup Tepung , dan Sepahat tumis .  Berminyak mulut .. huhu 

Cubalah … memang sedap !!! 
Some pics to share ..

Belangkas masak pedas 

Mentarang Celup Tepung 

Sup Ikan Haruan 

Sepahat Masak Tumis 



Diharap dengan perkongsian saya ini dapat menambahkan rezeki buat pemilik kedai , in syaa allah . 

Posted in 🍲 HAPPY TUMMY HAPPY ME πŸ’ƒπŸ’ƒπŸ’ƒ, ~ Sedang Mencari Western Food Yang Sedap Di Cheras?

SEDANG MENCARI WESTERN FOOD YANG SEDAP DI CHERAS ?Β 

Kami tinggal di Cheras lebih dari 10 tahun . Makan western food pun biasanya malam-malam aje .. hihi  Tahu aje lah bila dah malam malas ler nak ke KL lagi ditambah dengan jalan jam lagi .. tak kuasa hakuuuu  jadi carilah yang dekat aje . Merayau punya merayau terjumpa ler restoran ini .. namanya WESTERNS CAFE . Rupa-rupanya sudah pernah disiarkan dalam Rancangan Jalan-jalan Cari Makan di TV3 .  Ianya terletak di Bukit Cheras Kuala Lumpur. Kalau pergi waktu orang dapat gaji alamak tak ada tempat duduk ler . Kalau pergi waktu tengah-tengah bulan , lebih selesa . Hehe    Makanannya sedap cuma menunya terhad skit tapi janji sedap . Saya suka bunnya sedappp!  Kalau menu bersepah tapi tak sedap nak buat apa kannnn ..   this is what we called FOCUS . Menu sikit tak apa tapi rasanya yang penting .. lumayannnn   

Posted in 🍲 HAPPY TUMMY HAPPY ME πŸ’ƒπŸ’ƒπŸ’ƒ, ~ Kebaikan makan ulam

Kebaikan makan ulam

Hye uols !
Saya nak share tentang rahsia makan ulam . Kawan saya forward melalui whatsapp group .. jadi sebagai rujukan saya abadikan dalam blog saya ini utk sendiri dan juga anda semua . . Saya ni suka makan ulam esp ulam daun Tenggek Burung , ulam raja dsb .. cicah budu tersangatla sedap .
Rupa2nya banyak khasiat tersembunyi kannn .. jom banyakkann makan ulam2. πŸ™‚

Sharing is caring !
Semuga bermanfaat .

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

Posted in 🍲 HAPPY TUMMY HAPPY ME πŸ’ƒπŸ’ƒπŸ’ƒ, ~ Sup Power

Sup Power di Kajang

Jalan-jalan cari makan …
Nak SUP POWER  pergi lah ke Restoran Sup Ali di Kajang .. perghhhh gerenti sedap .
Nasi Goreng nya pun tersedap di dunia .
Kalau nak ke sana boleh lalu ikut Bandar Kajang atau pun ikut Lekas Highway . Tempatnya hanya di tepi jalan Kajang -Semenyih .

image

Saya pun pada mulanya tak tahu juga tapi kawan yg kenalkan tempat ni . Anak2 saya semuanya suka nasi goreng dia .. sgt sedap 😄😋