Posted in 🍝MAJLIS IFTAR, ~Berbuka puasa di Bangi Golf Resort 2015

Berbuka Puasa Di Bangi Golf Resort 2015 

Ini merupakan acara tahunan berbuka puasa beramai-ramai bersama team kami iaitu Team Millionaire Partners . Tempat pilihan kami ialah di Bangi Golf Resort .  Senang nak pergi dan yang penting sekali tak jam ..  tak sanggup nak redah jam ke KL 😜😜

Tempat parking kereta  di sini plak sangatlah luas , katanya boleh muat dalam 800 buah kereta dalam satu masa dan yang penting FREE. 

Kami sampai di restoran ini dalam pukul 7pm . Masha allah tersangat ramai orang yang datang nak berbuka puasa di sini . Selepas register kami terus mengambil tempat duduk  sambil menunggu kedatangan ahli-ahli dari team kami . 

Harga Buffet Ramadhan di sini ialah dewasa RM58 dan RM29 untuk kanak-kanak .   Bermacam-macam makanan disediakan lebihkurang 200 jenis makanan dan kesemuanya sedap dan lazat belaka.  Sorry disebabkan orang yang terlalu ramai , saya tak sempat nak mengambil gambar makanan. Huhu .. 

Di antara makanannya ialah kambing bakar , sup kambing mamak ,sate daging dan ayam , kuey tiaw dan mee goreng mamak yang digoreng panas-panas . Menu popular di sini ialah masakan melayu ,western dan oriental cuisine . 

Tentang desserts pula ada pelbagai kueh mueh tradisional ,puding , agar-agar dan juga bermacam jenis kek. 
Surau juga ada disediakan untuk kemudahan muslimin dan muslimah menunaikan solat maghrib di sini. 

Selepas menunaikan solat maghrib , kami sambung makan lagi .. 

Yang bestnyer sambil-sambil menikmati juadah kami disajikan dengan persembahan live band sehingga 9.30 malam .  

Apa ni yg ditunjukkan oleh my husband and Kenneth? Hehe

Makan is makan … komitmen tetap komitmen huhuhu 😜😜😜

Tq restoran BGR kerana makanan yang best dan tq kpd penaja kami kerana belanja kami di sini.   😍😍😍

Advertisements