Posted in ✈ HOLIDAYS ABROAD, ~ Zie ke Vienna , Austria

ZIE KE VIENNA , AUSTRIA

Bermulanya perjalanan saya dengan menaiki bas dari Prague via Brno ke Vienna 348 km memakan masa 4 hr 30 min.
Di sepanjang perjalanan menyaksikan ladang-ladang yang terbentang luas berlatarbelakangkan wind turbine .

image

Seperti mana yang kita ketahui European Country ni sangat2 unik dari segi sejarah, orang, makanan , senibina dan pemandangan.
Bandar Vienna atau Wien dipanggil oleh penduduk tempatan adalah merupakan UNESCO World Heritage Site dan juga terkenal sebagai City of Music . Penggemar muzik klasik pasti kenal dengan Mozart dan Beethoven yang berasal dari Vienna . Bandar Vienna dipenuhi dengan bangunan klasik yang berusia ratusan tahun . Vienna telah beberapa kali menerima anugerah utama ‘Quality of Living’ mngalahkan beratus bandar utama lain yang menyertai. Bandarnya bersih dan teratur. Semua kedai tutup pada hari Ahad.

HARI PERTAMA

Tiba di Vienna hari dah petang , di dalam bas , kepala selalu ke kiri dan ke kanan melihat pokok-pokok , bangunan yang cantik .. kamera sentiasa di tangan . Sesiapa yang tidur dalam bas rugi .. hihi

Pemandangan di bandar Vienna

image

image

image

image

image

Banyak statue di bandar ini

image

image

image

Cantikkannnn tanam bunga macam ni .. rasa nak buat kat rumah sendiri … hmmm

seterusnya kami singgah di Ringstrasse iaitu jalan yang mengelilingi Pusat Bandar Vienna . Jalannya sepanjang 5.3km . Berdiri dengan megahnya bangunan-bangunan bersejarah yg telah dibina sejak tahun 1860 hingga 1890 dari Vienna State Opera hingga ke Museum of Fine Arts di sepanjang jalan .

image

image

Di hadapan Museum of Arts
Di Vienna ni ada bermacam-macam museum

image

The Austrian Parliament Building

Sesudah bergambar di sini kami dibawa ke tempat penginapan kami iaitu di Hotel Hilton Vienna .
Akhirnya kami sampai di hotel.. penatnyer!!! Rasa nak tidur sudaaaaa…

image

image

image

Nak lelapkan mata .. tak dapat juga .. huhu
Tour Manager dah memanggil2 untuk pergi makan malam pula ..

Seronok tak terkata dapat jumpa nasi dan roti .. yeayyy

image

image

image

image

Masing2 dapat bunga sorang satu .. ceo kasi . Hati berbunga2 😆😆😆

Selepas makan , kami terus pulang ke hotel. Kepenatan sangat ..

HARI KEDUA

Selepas sarapan pagi di hotel, kami terus menaiki bas untuk ke destinasi kami iaitu di Schonbrunn Palace yang tersergam indah di Bandar Vienna yang bermakna musim bunga yang indah , salah satu mercu tanda bandar itu dan taman bunga yang berdekatan . Kawasan Schonbrunn sangat le luas . Ada Privy Garden, Gloriette, The Star Pool , Roman Ruin , Obelisk Fountain dan Maze. Sejak tahun 1960an ia telah menjadi salah satu tarikan pelancong yang utama di Vienna. Istana dan taman-taman menggambarkan citarasa, minat dan aspirasi berturut raja-raja Habsburg. Bahagian dalam istana ini adalah sangat indah dan mewah dihiasi oleh pelbagai lukisan dan ukiran di dinding serta benda-benda yang bersalut emas yang berkilau . Amazing !
Kini Istana Schonbrunn dinobatkan menjadi salah satu warisan dunia oleh UNESCO , jadi inilah destinasi pelancong paling popular di Vienna, Austria.

image

image

image

image

image

image

image

Seterusnya kami dibawa ke St Stephensdom . Ia terletak di tengah-tengah Bandar Vienna. Orang Vienna panggil center.

image

image

St Stephen’s Cathedral besar dan tersergam.

image

Kena mendongak untuk melihat keseluruhan bangunan ini . Itupun tak dapat capture semua.

image

Kawasan St Stephen’s Cathedral ni sangat happening .. ramai pelancong jalan-jalan , duduk-duduk sambil minum dan makan . Kami tengok aje tak dapat join .. nasib baik ada terjumpa kedai kebab di sini mungkin milik orang Turki .. kami makan kebab .. yum yum!!

image

Kedai souvenir dan kedai pakaian branded pun sangat banyak kat area sini . Kalau rajin boleh masuk setiap kedai , cantik-cantik belaka . Siapkan duit aje .. kalau penat boleh duduk kejap .. tarik nafas .. hihi

Cuaca di sini pun best tak panas dan tak terlalu sejuk , just nice !

Bila hari dah mula petang , kami balik semula ke hotel. Sebelum itu kami jalan kaki melalui Stadtpark iaitu satu garden yang sangat luas memang betul- betul berhadapan dengan Hotel Hilton tempat kami menginap. Di Stadtpark ini terdapat statue of Johan Strauss ,komposer muzik kebangsaan Austria.

image

image

Kepada yang tak puas shopping bolehla pergi pula ke Mcarthurglen Designer Outlet di Parndorf. Saya tak sempat pergi kerana kesuntukan masa disebabkan nak pergi dinner lebih awal . Dinner kami jauh dari hotel .
Berjalan kaki dari Stadtpark akhirnya sampai jua di hotel . Masuk je bilik , wowww terperanjat .. ada gift dari hla .. bestnyer!!!
Dahla dpt dtg ke Prague n Vienna free ..dapat gift lagi .. hmmmm

image

Berehat sekejap saja… sebab selepas ni terus bersiap2 nak ke Gala Dinner di Hotel Congress Center Vienna agak jauh skit dari Hilton. So kena pergi awal.

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

Pertunjukan ala Hawaii kerana next nak pergi Hawaii pula…

image

image

image

Firework pun ada .. luarbiasa hebat Gala Dinner ni ..

image

Busy snap pic , hehe

image

image

Sungguh meriah sekali .. lebihkurang pukul 11pm acara tamat dan kami pulang ke hotel .
Kena berkemas kerana keesokannya dah nak meneruskan perjalanan lagi ..

HARI KETIGA

Kami bersarapan pagi di hotel dan selepas tu terus menuju ke destinasi saya yang seterusnya iaitu Venice , Italy . Perjalanan dari Vienna ke Venice mengambil masa lebihkurang 6 jam dengan menaiki bas. Daaaa..

Advertisements