Posted in ✈ HOLIDAYS ABROAD, ~ Zie Ke Nice , France

ZIE KE NICE , FRANCE

Salam sejahtera semua !

Hari ni seperti terpanggil untuk mencoretkan kenangan ketika berkunjung ke negara french riviera iaitu Nice. Betapa indahnya kenangan lalu … kenangan mengusik jiwa ! Waduhhh .. di malam-malam yang tenang begini seronoknya mengarang ..  haha
.. dah lama tak mengarang sajak, pantun dsb . Dahulu sangat rajin sehingga tersiar pantun 12 kerat ku di ruangan di radio. Haaaa .. jiwang tak jiwang 😅

Tahu ke Nice di mana ?? Mari kita lihat peta nya dahulu .
Sediakan PAYUNG sebelum hujan
Sediakan PETA sebelum berjalan .

image

Nice adalah bandar kedua paling popular di kalangan pelancong di negara Perancis selepas Paris. Lapangan terbangnya adalah lapangan terbang kedua tersibuk di Perancis selepas Lapangan Terbang Charles de Gaulle di Paris.

Dari Monte Carlo kami ke Nice , perjalanan hanya 20 minit sahaja ..  bas kami melalui jalanraya yang menyusuri pesisiran pantai Laut Mediterranean . Pemandangan di sepanjang jalanraya sungguh mengasyikkan dengan kejernihan air lautnya , pasir-pasir yang putih dan pohon-pohon palma yang cantik tersusun di sepanjang pantai tersebut. Memang tidak hairanlah kenapa bandar ini seringkali menjadi tumpuan pelancong.

Bas kami terus ke sebuah dataran yang bernama Place Massena yang merupakan dataran utama di bandar Nice. Ianya menjadi tempat utama aktiviti-aktiviti awam di sini seperti konsert dan perarakan.

image

image

image

image

image

Place Massena, Nice , Perancis

image

image

image

image

Saya suka design bangunan di sini. Mediterranean style! 😍😍😍😍😍

Shopping time ..

image

image

image

image

image

image

image

Mamam time. Beramai-ramai makan bersama . 😋😋😋

image

Lepas makan , sambung jenjalan lagi ..

image

image

image

Nampak tram lalu kut dataran terus cepat-cepat snap pic. 😜😜😜

image

Makanan halal senang dicari di kawasan ini .

image

Me with Michael’s mom

image

image

My hubby bergambar di hadapan papan tanda dalam bahasa Perancis “Nice Còte d’Azur” yang bermaksud “French Riviera”… adalah sebuah kawasan di pesisiran pantai Laut Mediterranean di bahagian tenggara negara Perancis. Ia merupakan antara kawasan resort yang popular di benua Eropah.

Kami kemudiannya menuju ke pesisiran pantai Laut Mediterranean yang tidak jauh dari Place Massena. Kami menghabiskan masa petang di sini dengan menyaksikan matahari nak terbenam. Pemandangannya amatlah indah.

image

image

Selepas puas bergambar dan menghirup udara laut yang segar , kami pun meneruskan perjalanan ke tempat penginapan kami iaitu Hotel Park Inn by Radisson Nice .

image

image

image

image

At lobby Hotel Park Inn by Radisson

Kami kat Nice 2 days 1 night ajer . Early morning selepas bekpes , dah
Kena ke Nice Còte d’Azur International Airport. Bye Nice ! Jumpa lagi di masa akan datang .

image

image

Dah tiba KL setelah berjam2 perjalanan. Letih sangat masa ni . Apapun percutian memang happy and jumpa lagi next di entri yang akan datang .

image

image

Advertisements