Posted in ✈ HOLIDAYS ABROAD, ~.Pesona Turki

PESONA TURKI 

Sebenarnya dah lama Kak Zie ke Turki sampai lupa lak tahun bila . Sangat seronok makan angin kat Turki kerana nak makan memang senang nak cari makanan halal , melawat masjid dan shopping pun best . 

Turki terbahagi kepada dua bahagian iaitu Turki di sebelah Eropah dan Turki di sebelah Asia . 

 Jika anda ingin ke Masjid biru atau Hagia Sofia maka ia terletak di sebelah Eropah . Jika anda ingin ke Ankara atau  Cappadocia maka ianya terletak di sebelah Asia . 

Hagia Sofia 

Gambar di bawah Kak Zie dan hubby bergambar di hadapan Aya Sofya .  Hagia Sofia asalnya adalah gereja ditukarkan ke masjid dan sekarang ditukarkan lagi ke muzium . Ini adalah salah satu tempat yang wajib dikunjungi oleh pelancong selain dari masjid biru. 


Masjid biru 


Di bawah pula kami bergambar di hadapan masjid biru .  Dikenali sebagai masjid biru kerana interiornya  berwarna biru .  Nama sebenarnya ialah Masjid Sultan Ahmed. Pada masa Kak Zie datang ke sini adalah pada musim luruh sebab tu daun-daunnya pun sudah kekuningan . 

Jatuh cinta dengan keindahan masjid biru 😍😍😍

ini ialah di bahagian dalam masjid 👇

Di bawah pula ialah gambar tour guide kami orang Istanbul .



Sulaimaniye Mosque 
Hari pertama ni kiranya kami melawat masjid aje lah .. seterusnya kami ke Masjid Sultan Suleiman , Istanbul atau Sulaimaniye Mosque yang dibina pada tahun 1558 , merupakan masjid ke dua terbesar di Istanbul selepas masjid biru. Ruang solat di Sulaimaniye Mosque ini sangat cantik dengan tulisan kaligrafi yang indah. 


My view .. a lot of buses (tourist ) infront of the Sulaimaniye mosque . 👇



Hippodrome ( Sultan Ahmed Square ) 

Sebenarnya Hippodrome ini ialah sebuah taman yang bersebelahan  dengan Masjid Biru dan Haghia Sofia.

 

Ramai pulak orang memancing kat atas jambatan tu .. 😁 nampaknya orang Turki memang sangat suka memancing . 

Lunch pula memang terbaik tetapi jangan tanyalah nama restoran ni .. dah lupa sesangat 😅😅😅

Masa ni Kak Zie dah rasa badan pun dah seram sejuk , dah demam rupanya . Nasib baik bawa ubat tapi still teruk sebab demam selsema dan batuk . Hidung tersumbat bagaiiii .. disebabkan cuaca pun sejuk dan berangin. Ini juga adalah satu-satunya pengalaman sakit ketika melancong . Hadoiii .. betul-betul dugaan . Nak senyum pun dah tak de hati .. huhu 

Kami check in di hotel apa ntah dah lupa juga namanya .. haha 

Nampak tilam yang empuk ni , rasa nak baring aje …  Ikutkan hati tak nak jalan mana-mana dah , rasa sakit satu badan tapi mana boleh kannn .. terpaksa gagahkan juga sebab banyak tempat lagi dalam itinerary mereka yang perlu kita explore , kalau tak pergi rugilah . 

Cruise di Selat Bosphorus 

Keesokan harinya kami menaiki cruise di Selat Bosphorus . Pengalaman menaiki cruise ini tidak harus dilepaskan kerana kita boleh melihat keindahan masjid , bangunan lama , jambatan bosphorus yang menghubungkan Turki di bhgn Eropah dengan Turki di bhgn Asia dan mengalami keunikan burung-burung camar di Selat bosphorus . Kami menaiki cruise ini selama 90 minit . 



Green Mosque 

Pada hari yang sama juga kami melawat Green Mosque atau Masjid Hijau di Bursa.  Green Mosque adalah tapak warisan sejarah dunia ( UNESCO ) dengan kaligrafi islam. 

Bertudung putih itu adalah Kak Zie sedang menaiki tangga Green Mosque. 

My view .. pemandangan di dalam Green Mosque 👇

Grand bazar 
Kami juga dibawa ke Grand Bazar di Istanbul iaitu salah satu pasar dan pusat ekonomi yang tertua dan terbesar di dunia. Grand bazar ini memiliki lebih dari 3 ribu buah kedai . Jadi apabila masuk ke dalam bazar ini eloklah mengingati  nombor pada pintu masuk pasar untuk elakkan dari tersesat. 

Banyak souvenir dijual di sini . Cuci mata dan cuci poket skali .. haha.. 

Kami beli beberapa souvenir di sini sebagai kenangan dari Istanbul. 



Gala dinner 
Ini pula ialah pada malam gala dinner di mana kami semua kena memakai costume , ala2 org Turki gitew  .. hehe

  

Topkapi Palace 

Tempat seterusnya yang wajib dikunjungi ialah Muzium Topkapi . Banyak peninggalan sejarah Rasulullah SAW dan sahabat di sini selain istana itu sendiri. 

Di Muzium Topkapi ini Kak Zie ada masalah skit. Sudah berpuluh-puluh negara Kak Zie melancong cuma di sini Kak Zie kantoi .. mungkin kerana kurang berhati-hati .  Di sini pencopet sangat ramai , mereka ni sebenarnya bukanlah rakyat Istanbul tetapi mereka dari Tunisia dan lain-lain negara yang menyamar datang ke sini kerana nak menyamun .. haihhhh menyampahhh!! Penyamun tu  beepura-pura seperti pelancong juga dan bersama-sama kita nak melihat sesuatu dan rapat dengan kita dan menyeluk beg kita tanpa kita sedari . Amik isi di dalam dompet kita iaitu duit lepas tu dia campak aje dompet kita tu di mana-mana lah contohnya seperti di bilik air.  Pada masa yang sama dompet Kak Zie dan ada lagi satu dompet pelancong dari Jepun dicuri .  Terpaksa pergi ke balai polis bersama tour guide untuk buat report. Leceh betul .  Pastu baru dapat balik wallet kita .  So berhati-hatilah anda semua jika ke Muzium Topkapi ini ya … 

Itulah alkisah beberapa hari kami di Istanbul . Tak sabar nak pulang ke rumah sebab badan tak sihat masa ni. Sehinggakan di dalam flight pun setiap masa bernafas melalui mulut ajr kerana hidung tersumbat habis . Selepas 2 minggu jugaklah baru reda. Syukur alhamdulillah . 

Advertisements