Posted in ✈ HOLIDAYS ABROAD, ~ Bercuti di Prague

ZIE KE PRAGUE

Assalamu’alaikum wm wbkt β™‘

Dah lama saya nak menulis tentang siri jalan2 tapi tiada berkesempatan . Terpaksalah juga menulis pengalaman jalan-jalan saya yang dah hampir luput dari ingatan ini kerana ianya pengalaman yang sangat berharga dan boleh dibaca semula di hari tua nanti . Hehe ..

Siri jalan2 FREE !!! Seronokkan … Menulis tentang saya melancong secara percuma dah berbelas tahun dan lebih dari 30 buah tempat telah saya lawati. FREE di sini maksudnya tiket kapalterbang , penginapan hotel 5 bintang dan makan di restoran yang terpilih , kesemuanya ditanggung oleh pihak syarikat.
Hanya bawa duit poket utk shopping .
Pertama saya ingin share tentang pengalaman saya melancong PERCUMA di Prague.
Saya sampai di negara Rep Czech ini pada bulan Sept 2012 bersama suami , our team dan juga hla team dengan menaiki Emirates Airlines dan transit di Dubai.

image

At Dubai International Airport

image

image

Mata tak boleh buka dah … ngantukkk tapi ngadap makanan ..
Bila transit camni ler

image

Serba sedikit berkenaan Prague.
Prague atau Praha diangkat sebagai salah sebuah bandaraya paling cantik di Eropah , yang menjadikan antara tarikan utama untuk saya datang dan melihat sendiri kota ini.
Tabikla dengan kota Prague walaupun dah berusia ratusan tahun tapi bangunan dan kota rayanya memang terjaga rapi. Prague atau Praha adalah ibu negara Republic Czech , sebuah negara di Eropah Timur.
Kota Praha juga telah ditetapkan sebagai salah satu warisan dunia UNESCO sejak tahun 1992 . Kota Praha terkenal memiliki bangunan berwarna-warni dan beratap merah . Area ini menjadi pusat pelancongan utama Kota Praha di mana kita boleh melihat bangunan lama dan bersejarah serta tempat-tempat pelancongan lainnya .

HARI PERTAMA

Prague International Airport

image

image

Setelah sampai di airport kami dibawa ke tempat penginapan iaitu di Hotel Hilton Prague.

image

image

Setelah berehat seketika , kami dibawa pula ke sebuah restoran yg terkenal di sana iaitu Forklore . Sebuah ‘wooden restaurant’ yang menghidangkan makanan tradisional Czech . Di samping menikmati hidangan makan malam kami juga dihiburkan dengan muzik, tarian, dan nyanyian dari negara mereka. Sungguh terhibur πŸ™‚

image

image

Bersama CEO dan rakan dari Sarawak

image

image

image

image

image

HARI KEDUA

Selepas menikmati sarapan pagi di hotel , kami awal2 pagi sudah bertolak ke Prague Castle .
Dalam perjalanan….

image

image

Pada permulaannya kami naik ke atas bukit untuk melihat keindahan kota Praha . Ternyata kotanya sungguh indah dan bersih .

image

image

image

image

image

Setelah puas menikmati kota Praha dari atas bukit kami pun melanjutkan perjalanan menuju ke Prague Castle di mana tempat ini merupakan sebuah kawasan yang luas berisi bangunan2 gothic dll spt Cathedral St Vitus yang terlihat begitu besar. Prague Castle juga merupakan kompleks yang menjadi destinasi utama pelancong di Kota Praha , Rep Czech . Prague Castle ini pernah menjadi pusat pemerintahan raja-raja Bohemian , Romawi dan juga Presiden Czech . Sekarang sebahagaian besar dibuka untuk pengunjung .

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

Seterusnya kami menuju ke Charles Bridge . Dari Prague Castle ke Charles Bridge kami hanya berjalan kaki sahaja kerana tempatnya sangat dekat. Kami menyeberangi Charles Bridge , pada pandangan saya Charles Bridge ternyata amat indah . Charles Bridge adalah jambatan tua bersejarah yang melintasi Sungai Vlatva di Kota Praha , Rep Czech iaitu Old Town dan Lesser Town . Charles Bridge juga merupakan penghubung penting antara 2 tempat terkenal di Praha iaitu Prague Castle dan Old Town Square… kerana itu jambatan ini biasa dilintasi oleh pelancong yang berjalan kaki dari Old Town ke Lesser Town atau Prague Castle dan sebaliknya . Bukan sekadar jambatan penyeberangan , saat ini Charles Bridge juga menjadi salah satu tempat melancong yang sangat popular di Praha.
Di Charles Bridge juga kita dapat membeli pelbagai souvenir kerana ramai peniaga kaki lima yang berniaga di sepanjang jambatan termasuklah key chain hingga ke lukisan wajah .
Ada ramai juga penggiat seni yang bermain alat muzik dan bernyanyi sehinggakan menjadi minat saya pula menyeberangi jambatan ini ketika berada di Kopta Praha.

image

image

image

image

image

image

image

image

The Prague version of the Love Lock Bridge

image

image

image

Setelah menyeberangi Charles Bridge kami bergerak ke arah historical clock yang merupakan jam astronomis yang tertua di Eropah . Ia terletak di Old Town Square . Old Town Square terletak di antara Wenceslas Square dan Charles Bridge . Old Town Square merupakan salah satu tempat pelancongan terkenal di Praha .

image

image

image

Dari historical clock kami bergerak ke arah muzeum . Di sinilah pusat Kota Praha, ada banyak kedai2 pakaian branded di sini dan tak jauh dari sini juga terletaknya Hard Rock Cafe Prague yang merupakan salah satu Hard Rock Cafe yang terbesar di Eropah. Kami berehat untuk makan tengahari juga mengambil beberapa foto di sini

image

image

image

image

image

Selepas lunch kami pulang ke hotel dgn kepenatan dan kegembiraan juga .. hehe

Malam last makan malam di Prague kerana keesokan harinya sudah nak bertolak ke Brno

image

image

image

HARI KETIGA

Awal2 pagi kami dah check out hotel dan selepas sarapan pagi di hotel kami menuju ke Brno dengan menaiki bas untuk makan tengahari di sana .

image

image

image

image

image

Selepas lunch .. kami terus ke Vienna via Brno ..

Ada masa saya akan sambung perjalanan cerita saya di Vienna pula .

Keep smiling πŸ˜€

Regards

Advertisements