Posted in ✈ HOLIDAYS ABROAD, ~ Bercuti di Medan , Danau Toba dan Berastagi

BERCUTI DI MEDAN , DANAU TOBA DAN BERASTAGI 

Jangan tanya bila kejadian peristiwa ini , kita dah tak ingat .  😅😅😅

Tulisan ini cuma untuk merakamkan kisah lalu yang merupakan kenangan manis kami di Medan . 

Masa itu berduyun-duyun rakyat Mesia melancong ke Medan tapi kami belum dapat pergi lagi .. so jealous hahaha 

Nasib baik pihak syarikat kami thrown satu challenge untuk kami semua ( perunding bumiputra)  dan nasib baik juga kami berjaya .  Suka sangat-sangat masa tu sebab dapat trip PERCUMA . Cuma bawa duit untuk shopping sahaja. 

Tibalah saat yang ditunggu-tunggu kami pun bersiap-siap ke LCCT untuk menaiki pesawat Air Asia ke Medan.  Syukur alhamdulillah kami sampai dengan selamatnya di Polonia International Airport Medan ( nama airport pada masa itu ) . Sekarang telah ditukar ke Kualanamu International Airport merupakan airport ke dua terbesar di Indonesia. Penerbangan hanya mengambil masa 50 minit sahaja. 

Sesampai di sini kami dijemput oleh pemandu pelancong yang menggelarkan dirinya Irwan . Gelagat dan budi bahasa Irwan amat disenangi oleh kami semua . Irwan mempunyai bakat melawak dan menyanyi yang sangat baik . Dia berjaya menghiburkan kami semua dengan lawak jenakanya yang luarbiasa hebat. Hahaha  Tips untuk anda di luar sana  kalau nak jadi Tour Gude yang bagus dan disukai ramai selain dari seorang yang bertanggungjawab , anda hendaklah seorang yang mesra alam , pandai melawak dan pandai menyanyi barulah semua pelancong akan terhibur . 

Kami menaiki bas dari Polonia International Airport ke Danau Toba. Perjalanannya sangat lama lebihkurang  6 jam kerana jalannya yang tak begitu elok pada masa itu . Tetapi oleh kerana kami ada pemandu pelancong seperti Irwan , kami rasa perjalanan ini sekejap saja . Di sepanjang jalan dia asyik buat lawak aje . Gelak memanjang sampai nak terkencing pun ada..  😂😂😂😂😂  sampai hari ni saya tak pernah jumpa lagi pemandu pelancong yang sangat pandai melawak seperti dia . Memang juara lah Irwan !!  Jalan antara Medan dan Danau Toba , Irwan panggil ‘jalan massage’ kerana beralun ,  belok sana belok sini dan berlubang  hahahahaha  

Dalam perjalanan kami singgah di satu restoran (sudah lupa nama ) untuk makan tengahari Nasi Ayam Penyet . Sedap juga lauknya 😋😋😋 Makan semeja dengan late Mr Goh and wife . 

Kami sampai di Danau Toba sudah waktu petang lebihkurang pukul 4pm . Kami check in di Hotel Danau Toba International Cottage Parapat . Inilah dia hotelnya .. 


Danau Toba view’s from my balcony .

Parapat adalah bandar kecil di pedalaman terletak di utara Sumatera. Ia terletak di pinggir Danau Toba . Pekan in berfungsi sebagai tempat persinggahan utama bagi feri yang membawa pelancong ke Pulau Samosir. 

Selepas asar kami jalan kaki beramai-ramai ke pekan ini yang merupakan perkampungan Batak yang terletak tidak jauh dari hotel kami. Saja nak melihat kehidupan orang di sini .  Perasaan takut tu tetap ada , pernah dengar tak cerita orang batak makan orang ?  

 Itu kisah dolu2 tapi kami semua merasa sangat takut .. huhu   Di situ juga terdapat beberapa kedai runcit . Bolehlah kami membeli sedikit barang keperluan seperti ubat gigi dan sebagainya . Aikkkk berjalan tak bawa ubat gigi ke ???  Ntahler .. tetiba nampak ubat gigi pun nk beli 😂😂😂😂😂

Kami makan malam di hotel aje .  Boleh tahan sejuk juga di waktu malam di sini . 

Keesokan harinya kami ke Pulau Samosir . Jom kita lihat peta Pulau Samosir . 

Pulau Samosir dan Danau Toba terbentuk dari letusan gunung berapi besar beribu-ribu tahun dahulu . Pulau Samosir adalah pulau besar di tengah-tengah Danau Toba. Pulau ini adalah pusat budaya suku batak dan banyak rumah tradisional (rumah adat ) toba batak kekal di pulau itu . Di Samosir terdapat 6 puak yang dikategorikan sebagai suku batak iaitu Batak Toba , Batak Karo , Batak Pakpak , Batak Simalungun , Batak Angkola dan Batak Mandailing. Pulau Samosir memiliki keluasan yang hampir sama dengan Negara Singapura. 

Untuk ke Pulau Samosir kami menaiki feri dari Pelabuhan Ajibata ke Pelabuhan Tomok . Di dalam perjalanan kami dihiburkan oleh dua orang kanak-kanak mempersembahkan lagu batak. 

Yang pakai baju putih itu adalah Tour Guide kami dari Malaysia ( dah lupa namanya ) 👇

Di Pulau Samosir terdapat dua desa yang ramai dikunjungi pelancong iaitu Tomok dan Tuktuk . Tomok merupakan tempat bersejarah di mana terdapatnya Makam Raja Sidabutar , Muzium Batak dan pertunjukan tarian boneka sigale-gale yang popular manakala Tuktuk pula adalah tempat di mana terletaknya tempat penginapan. 

 Di dalam gambar di bawah yang sebelah kiri sekali berbaju belang , itulah Tour guide kami si Irwan yang handsome dan kelakar tu ..  😁

Makam Raja Butar sangat unik kerana diperbuat dari batu besar tanpa sambungan dan ada ukiran wajah raja di batu makamnya . Raja Sidabutar merupakan orang yang pertama yang mendiami Tomok . Di sini juga terdapat dua lagi makam raja yang seterusnya dan makam beberapa anggota keluarga mereka. Untuk masuk ke tempat ini , anda haruslah memakai ‘ulos’ yang telah disediakan oleh petugas di pintu masuk. 

Kami juga mengunjungi Desa Ambarita di mana di sini terdapat Batu Hampar .  Batu yang berbentuk meja ini dahulu digunakan menghukum orang salah seperti membunuh, mencuri , memperkosa akan dihukum pancung di atas meja ini . ( no pic – tak tahu mana pergi) . 

Selain dari batu hampar ini , kami juga ke rumah siallagan iaitu rumah adat batak. 

Di Pulau Samosir juga banyak terdapat kedai menjual cenderahati seperti keychain , kain ulos , gitar batak dan beraneka cenderahati yang lain. Bawalah wang yang mencukupi dan asahlah bakat tawar menawar anda 😅😅😅

Seterusnya kami juga berpeluang ke Air Terjun Sipiso-piso yang mengalir dari perut bumi yang terletak  hanya di tepi Danau Toba sebelah utara . Air terjun Sipiso-piso ini merupakan salah satu air terjun yang tertinggi di Indonesia. 

Dari Air Terjun Sipiso-piso juga kita boleh melihat keindahan Danau Toba . Pemandangan Danau Toba dari ketinggian amatlah cantik dan menakjubkan . 

Selepas ini kami pulang ke hotel semula. Keesokannya sebelum check-out kami bergambar beramai-ramai di Hotel Danau Toba International Cottage Parapat. 

Pada waktu malam pula kami ke Berastagi .  Memang betul kata orang cuaca di sini sangat sejuk lebihkurang cuaca di Cameron Highland . Kami pergi mandi belerang di Gunung Sibayak sekejap sahaja kerana bau belerang memang sangat kuat menusuk hidung.  Ramai yang percaya mandi air panas kat sini banyak kebaikannya . So masa kami nak balik kami beli aje belerang tu . Hehe 

Kami bermalam di Berastagi satu malam kalau tak silap di Hotel Grand Mutiara Berastagi. Gambar sudah tak tahu ke mana pergi . Di sebelah siangnya pula kami ke Pasar Buah Berastagi. Pelbagai jenis buah-buahan seperti Avocado , Salak , Markisa  dan sayur-sayuran dijual di sini . Selain dari itu , pakaian dan cenderahati pun ada dijual di sini. Berastagi merupakan kawasan utama penanaman dan penghasilan buah-buahan , sayur-sayuran dan bunga untuk Sumatera Utara. Di Berastagi majoriti penduduknya adalah Batak Karo yang beragama Kristian. Tidak hairanlah banyak gereja di sepanjang perjalanan ke sini . 

Seterusnya kami ke Medan . Dalam perjalanan ke Medan , dengan jalan yang bengkang bengkok dan berlubang , kami sekali lagi dihiburkan oleh Irwan dengan lawak jenakanya dan menyanyikan lagu kegemarannya iaitu Biarlah bulan bicara yang dipopularkan oleh Broery Marantika. Wowww suaranya dah jadi sebijik Broery ..   terhibur sungguh kami semua .. 

Di Medan kami tinggal di hotel apa entah dah lupa nama .. huhu  

Kami dibawa ke tempat shopping yang dinamakan ‘Pajak Ikan’ tapi bukanlah tempat jual ikan 😂😂😂😂😂 Di sini adalah tempat jual kain telekung , kain batik , kain pelekat , kain pasang , T Shirt , cenderahati seperti key chain , buah salak dan sebagainya . Kalau nak membeli di sini kena pandai tawar menawar . Bawa kalkulator kalau datang ke sini . Harganya sangat murah jika anda pandai menawar.  

Kami juga dibawa melawat Istana Maimoon. Istana yang dibina oleh arkitek dari Itali . Siap dibina pada tahun 1888 semasa pemerintahan Sultan Makmun Al Rasyid Perkasa Alamsyah iaitu sultan Deli ke 9. Semasa asyik bergambar kat dalam istana ini saya terjumpa gambar ini yang tergantung di dinding ,iaitu gambar Sultan Sulaiman (gambar di bawah ) moyang kepada DYMM Sultan Mizan Sultan Terengganu . Gambar Sultan Sulaiman jug ada tergantung di rumah saya di Terengganu kerana Sultan Sulaiman juga adalah saudara kepada arwah ayah saya ( YM Tengku Ngah) . 

Istana Maimoon 

Seterusnya kami ke Sun Plaza Medan . Saja cuci mata dan makan-makan kat sini .  Makan bakso sampai kenyang .. hahaha dan banyak lagi makanan baru yang belum pernah rasa tu bolehla cuba di sini . 

Okay selesai lah kembara kami ke bumi sumatera ini . Masa balik flight Air Asia kami delay sampai lebihkurang pukul 11 malam baru berlepas ke KL . Sepatutnya berlepas jam 8pm jadi terpaksa lah order nasi bungkus aje makan kat airport sementara nak tunggu boarding. Huhuhu 

Advertisements