Posted in ✈ HOLIDAYS ABROAD, ~ Bercuti di Korea Part 4

PENGALAMAN BERCUTI DI KOREA 2015 PART 4

Assalam semua para pembaca yang budiman ! 🙂
Sudah masuk hari ke 4 saya di Busan.  Tersangatlah lebatnya hujan berserta angin pada pagi ini .   Pada pagi ini juga 4 buah bas akan mula berlepas ke airport .Dah tiba masanya untuk mereka pulang ke Malaysia kerana mereka sampai awal sehari dari kami .

Selepas sarapan pagi kami semua terpaksa berkumpul di lobby sementara menunggu hujan berhenti .

image

image

image

image

image

Sepatutnya schedule kami pagi ni ialah ke bangunan APEC Nurimaru untuk ambil group photo tetapi disebabkan hujan yang tersangat lebat so kami terpaksa ambil gambar di tempat lain aje lah .

image

Inilah dia bangunan APEC Nurimaru yang kami tak jadi bergambar tu . Ianya dibina pada tahun 2005 ketika persidangan APEC . Bangunan yang menjadi pesona senibina dan menjadi simbol Busan. Dari sini anda dapat melihat pemandangan yang memukau . Anda akan dapat melihat Pantai Haeundae dan Jambatan Gwangandaegyo dari jauh melengkapi persekitaran yang amat menarik dan menakjubkan.
Ianya terletak di Pulau Dongbaekseom yang amat indah .

Dalam lebihkurang pukul 11 pagi bila hujan dah reda sedikit barulah kami semua bertolak ke satu restoran di mana kami pernah makan sebelum ni utk bergambar beramai2 disana .

Lepas group photo kami terus naik van ke halal restaurant untuk makan tengahari di sana . Restoran Namaste terletak berdekatan dgn Hotel kami sahaja.

image

image

Di sini kami berjumpa dengan rakan dari Johor , Dora dan kawannya .

Selepas makan Sandra terus menghantar kami pulang semula ke hotel . More free and easy time for us. Kami jalan-jalan dulu di area Seacloud Hotel . Kami terjumpa pasar di belakang Hotel rupa-rupanya inilah Haeundae Market . Ramai orang berniaga ikan , belut dsb nya di sini .

image

image

Kami juga jalan2 ke Pasaraya Save Zone . Ramai2 shopping kat sini tapi kami window shopping saja haha..

image

Dah boring lagi plak hujan renyai2, lebih baik kami pulang ke hotel aje .. tidurrrrr! Sampai aje di bilik ada mystery gift ! Wowwwwww ada beberapa hadiah termasuk cutlery dari Korea , chopstick ,sudu n garfu!!! Anak ai Faiz sangat suka ni !!! He used chopstick most of the time .
Again Terbaikkkkkk hla !!

image

image

Selepas ni apa nak buat lagi .. membuta la haha ..
Tiba2 pukul 6pm terjaga kerana deringan telefon . Rupa-rupanya Alvin tour guide kami yang call ajak pergi makan.
Bahagianya rasa makan tidur makan tidur . Alvin tunggu kami kat lobby dan kami jalan bersama ke restoran berdekatan dgn hotel saja . Once we reach at the restaurant , dinner is all set and ready for us. It is so nice to have everything prepared for us . Easy life .. 😍😍😍

image

image

image

image

image

image

Lepaking at the lobby hotel with my tour guide Jennifer Lim . This is our last day in Busan . Keesokannya kami dah tak jumpa dia lagi. Missed her so much!! Jennifer sangat baik , very helpful and soft spoken .

image

Day 5 ~ Busan
Suasana dah agak sunyi di restoran . Kebiasaannya riuh rendah bila sarapan pagi . 8 buses dah pulang ke Malaysia . Early morning mereka dah check out. Tinggal lah kami berdua dan ada 4 orang lagi, 1 orang extend ke Jeju Island , 1 orang stay di Busan dan 2 lagi bersama kami extend ke Seoul.

Dalam pukul 9.30am kami berdua check out hotel dan mengambil taxi untuk ke Busan Station. Perjalanan dari Hotel Seacloud ke Busan Stn lebihkurang 30 minit.

image

Inilah driver kami .. hehe

Bila berjalan sendiri tanpa tour guide kenalah pandai berbahasa Korea sedikit kerana mereka kurang pandai inggeris dan ada juga yg tak tahu langsung berbahasa inggeris.

image

image

Disebabkan kami tiba di Busan Stn lebih awal jadi kami lepak2 kat sini dulu .

image

image

Tiket KTX kami beli online aje .
Lebih mudah . Busan ke Seoul KRW59,800 seorang.

image

Perjalanan memakan masa 2jam 42minit.
Tepat jam 11 pagi train terus bergerak dan makin laju. Pada waktu ini kami melihat masih ada beberapa seat yang kosong .. rupa-rupanya seat tersebut telah ditempah kerana KTX turut berhenti di beberapa station kalau tak silap 5 station . Sampai di Seoul penuhla semua seat tersebut. Di dalam tempoh perjalanan, di dalam KTX ada juga orang yang menjual minuman dan makanan ringan.. kami tak beli apa2 pun .
Tiba di Seoul Station , kami terus ke Book Store untuk membeli Kad T Money . Ianya seperti kad Touch n Go . Kami beli untuk memudahkan kami menaiki subway nanti. 1 keping kad kosong berharga 2,500won . Kena reload , untuk permulaan kami masukkan 10,000won . Subway adalah keretapi bawah tanah dan ianya menjadi pengankutan utama di bandar Seoul . Dengan menggunakan subway kita boleh ke mana-mana dengan mudah , selamat dan menjimatkan masa.
Kita juga dapat melihat kehidupan masyarakat Korea dengan lebih dekat. Dalam station subway juga terdapat banyak kedai untuk membeli belah dengan harga yang berpatutan.
Risiko menaiki subway anda mungkin sesat di dalam station kerana dunia bawah tanah di Korea sangatlah luas . Terdapat lebih dari 9 line subway di Seoul.

image

image

image

image

image

image

Tanpa melengahkan masa kami terus aje menaiki subway line 1 ke Dongdaemon Station iaitu di mana kami telah menempah hostel di situ .
Dongdaemon tak jauh dari Seoul Station iaitu dalam 4 stop aje dah sampai. Dongdaemon adalah sebuah kawasan membeli-belah.

image

image

Dongdaemon Station betul2 terletak di hadapan bangunan ini .
Keluar aje dari station kami kena melintas jalan dan mencari Dongdaemon Wellbeing Hostel.
Nasib baik senang cari .. sekali round aje dah jumpa .

image

Bilik kecil tapi bersih dan kemas. Harga dalam RM200/day. Kami tak duduk kat bilik pun . Pagi keluar malam baru balik bilik. So tak perlu lah bilik besar. Mesin basuh ada dan boleh memasak . Roti, telur , beras , maggie semuanya ada disediakan dan
syukur jugak dapat Owner sangat baik dan peramah.

…. jumpa lagi di Part yang akan datang !

Bersambung …

Advertisements