Posted in ✈ HOLIDAYS ABROAD, ~ Bercuti di Korea Part 1

Pengalaman bercuti di Korea 2015 Part 1

Posted from WordPress for Android

Percutian menjadi satu agenda tahunan saya dan keluarga . Sekurang-kurangnya sekali atau dua kali setahun kami akan meluangkan masa bercuti ke luar negara .
Percutian adalah satu aktiviti yang sangat menyeronokkan . Lari seketika dari kehidupan hiruk pikuk yang biasa kita lalui setiap hari lebih-lebih lagi jika tinggal di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur yang penuh sesak. Bercuti dapat melupakan seketika mengenai kerja yang ada,masalah dan merehatkan minda . Memang akan rasa lega otak selepas balik dari bercuti . Selain itu kita dapat melihat tempat ,budaya , sejarah ,makanan dan cara kehidupan yang berbeza di negara orang .
Saya suka menulis tentang travel iaitu negara2 yang saya telah lawati , saya akan inspirasikan di dalam blog saya berpandukan pengalaman sendiri. 80% drpd percutian2 saya adalah PERCUMA ditaja oleh pihak HLA dan 20% lagi saya pergi bercuti dengan menggunakan duit sendiri.

image

Saya ke Korea Selatan pada 28 hb September 2015 – 4 hb Oktober 2015 . Jom lihat peta Korea Selatan dahulu .

image

Keluar dari rumah 9.15pm dengan cab . Sampai KLIA2 dlm pukul 10pm . Terus jumpa Tour Manager Alvin untuk dapatkan boarding pass. Selepas tu terus Check in . Kami bawa 2 bag saja . Rasa nak jalan- jalan saja tak nak shopping sangat . Tak syiokkkk sbb duit kita dah jadi kecik .. huhuhu
Malas nak menunggu lama kami terus saja check passport dan masuk . Tapi jauhnya kena berjalan kaki .. napela tak macam klia1 , kan best ! Aduisssss
Uols kalau ke klia2 pastikan pakai kasut flats jgn skali pakai heels or wedges penatla nanti .. 😅😅

image

image

image

Kali ni naik Air Asia . Risau jugak saya tapi nasib baik tak delay . Syukur alhamdulillah kami selamat sampai tepat pada waktunya .

image

Day 1 ~ 28hb Septembar 2015

Flight kami ke Busan ialah pada
Pukul 12.15 am . Tempoh perjalanan dari KL ke Busan mengambil masa kira-kira 6 jam .
Kami tiba di Gimhae International Airport pada jam 8.15 am waktu Korea. Alhamdulillah urusan Imigration berjalan lancar. Bag kami telah dibawa terus ke hotel . Kami disambut oleh tour guide Korea yang sangat peramah , lembut dan penyayang. Namanya Jennifer Lim . Macam dah kenal lama ..
Tumbler berisi air teh made in Korea yang kami pegang tu pula telah dihadiahkan oleh CEO Ms Loh sebelum tu . Tapi tak sempat snap pic . 🙂 Terbaik la Ms loh 💋 😄

image

image

image

image

Papepun isi perut dulu .. last makan nasi ayam kat dalam flight . Huhu
Mereka bawa kami ke satu tempat yang saya telah lupa namanya utk sarapan pagi Korean Food. Saya yang bertudung oren tu .. tempat ni tak jauh hanya sebelah Gimhae International Airport shj .

image

Hidangan pagi utk kami semua
Udon Soup ,Kimchi dan yg sewaktu dgnnya 😄😅

image

image

Busan adalah bandar ke dua terbesar yang terletak di Korea Selatan dan berfungsi sebagai pelabuhan utama untuk kargo antarabangsa , feri penumpang ke Jepun dan Jeju Island. Berbeza sedikit dari Seoul yang lebih kepada bandar metropolitan .
Busan mempunyai pantai yang memukau , tebing indah dan gunung ganang yang mempunyai panorama yang luar biasa. Terkenal dengan makanan laut dan pantai juga pulau-pulau yang indah.
Pelbagai festival dan acara-acara yang diadakan di Bandar Busan sepanjang tahun .
Dikenali sebagai pusat industri filem Korea kerana kejayaan menjadi tuan rumah Busan International Film Festival dan pelbagai acara sukan antarabangsa.

Gamcheon Culture Village

Okay kita sambung kembali .. selepas sarapan pagi kami dibawa ke Gamcheon Culture Village. Saya rasa semua pelancong yang datang ke Busan akan dibawa ke tempat ini . ✌

image

Gamcheon Culture Village adalah salah satu tempat kegemaran pelancong. Sekali pandang macam Italian Riviera , Italy pun ada juga. Pemandangan indah dan rumah berwarna warni yang terletak di lereng bukit.

image

Gamcheon Culture Village merupakan kawasan setinggan bekas pelarian perang Korea. Memang sesuai dengan nama , kawasan perkampungan yang unik
Dan penuh dengan sejarah.

image

image

Kita boleh melihat masih kekal kelihatan cara kehidupan pelarian Korea dahulu di mana rumah agak kecil dan tersusun rapat. Pasti yang tinggal di situ sekarang keturunan dan anak cucu mereka.

image

image

image

Dah tiba waktu makan tengahari pula , Sandra membawa kami ke salah satu kedai Halal food di area Nampodong. Makanler apa yang ada kannn .. perut pun dah sangat lapar . Jom tengok apakah makanan yang dihidangkan untuk kami … huhu

image

image

Busan Trick Eye Museum

Selepas makan kami dibawa ke Busan Trick Eye Museum di area Nampodong juga . Jalan kaki aje dari tempat makan tengahari tu .
Tiket masuk ke museum ini ialah 15,000 won untuk seorang dewasa tapi kalau by group yang melebihi 20 orang murah sedikit iaitu 11,000 won seorang dewasa. Jom layan sebahagian aksi-aksi sengal tak sengal kat sini …

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

Ramai sangat org kat dlm museum ni , tak sempat habis posing pun kami dah keluar . Kami jalan-jalan di sekitar Chagalchi Market .

Chagalchi Market

image

Pasar Chagalchi ialah sebuah kawasan Pasar basah paling menarik dan terkenal di Busan . Penuh dengan gerai-gerai menjual pelbagai jenis makanan laut. Selain itu meriah dengan restoran makanan laut yang segar di dlm bangunan 7 tingkat .
Kami tak ada banyak masa kat sini kerana bas akan datang amik kami untuk ke destinasi yang seterusnya .

image

Bersambunggg…..

.

Advertisements