Posted in ✈ HOLIDAYS ABROAD, ~ Bercuti di Hong Kong

PENGALAMAN BERCUTI DI HONG KONG

Haiiiiiiiiiii semua !!!

Travel log kali ni adalah Zie bercuti di Hong Kong .

image

Saya percaya org len pun pernah ke sana , mungkin cara org lain adalah caranya dan cara saya adalah cara saya. Tempat percutian yg sama tetapi pengalaman kita berbeza . Percutian bukan sekadar bercuti makan angin tetapi adalah pengalaman yg kita timba di sepanjang perjalanan .. Saya hanyalah mencatitkan pengalaman utk dijadikan sebagai kenangan .

Hong Kong dari udara .. cantiknyaaaaaaa (ini salah satu sebab kenapa saya teringin sangat nak ke Hong Kong ) 

image

image

Hong Kong terbahagi kpd 4 bahagian , New Territories , Kowloon Peninsular , Lantau Island dan Hong Kong Island. Kowloon dan Hong Kong Island adalah 2 tempat yg femes yg menjadi pilihan bagi pelancong utk mencari tempat nak menginap. Manakala Lantau Island adalah kawasan di mana letaknya Hong Kong International Airport , Chep Lap Kok Airport. Airportnya sgt2 besar dan luas . Selain Airport , di Lantau Island ini juga terletak Disneyland , Ngong Ping 360 dan Cittgate Outlet iaitu tempat shopping barang2 branded
.

image

Saya menginap di Sheraton Hotel . Sangat selesa tinggal di kawasan ni , masuk subway di bawahnya utk ke seberang. Di kawasan ni tidak dibenarkn melintas di jalanraya . Kita akan sampai di seberang jalan melalui subway. Berjalan sedikit ke depan kita sudah sampai di area Avenue of Star .

image

View from my room ..

image

Ini plak view dari bilik saya pada waktu malam .. 😍😍😍😍😍

image

Di sebelah ptg kami jalan2 di area Avenue of stars . Sangat ramai org lepak2 sambil snap photo .. rasa sgt enjoy di sini . Konsepnya sama seperti ‘walk Of Fame ‘ di Hollywood tetapi artis-artisnya adalah kebanyakannya artis tempatan . 

image

Terleka tengok laut dan bangunan pencakar langitnya . Indah !

image

Kapal Hong Kong yang femes … aqualuna .
Nak amik gambar susah , backgroundnyer org sesaja. Kami melepak lelama kat sini mengadap bangunan pencakar langitnya yg sangat cantik di area Avenue of Star . 😍😍😍

Special dinner .. my hubby terima hadiah . Alhamdulillah dapat hadiah sokmooo..

image

image

image

image

Yum yum !!!

image

Seafood dinner di Kowloon .. semuanya besar2 takut nengok .. ;)😅

image

image

Selepas dinner..

image

Shopping time !! Kami berjalan2 di sekitar di Canton Road . Saya hanya berjalan kaki sahaja dari tempat penginapan saya iaitu Sheraton Hotel. Mmg tak jauh .. Di sini di Harbour City terdapatnya barang2 mewah dari designer terbaik dunia . Kalau dtg ke Hong Kong anda mesti dtg ke Tsim Sha Tsui .. Di sini juga terdapat Mall yg terbesar di Hong Kong 😄

Hari yang seterusnya early morning selepas breakfast di hotel , kami mula bersiap-siap nak ke seminar … belajaq time ..
Sharing by Mr Simon Yam . Beliau berasal dari Hong Kong dan menang award ‘the best actor’ in festival film antarabangsa . Beliau juga adalah seorang producer film. Nak tahu lebih lanjut leh la google wikepedia dia .. k

image

image

image

image

image

Selepas habis seminar , sebelah petang kami naik feri ke Zhuhai …  belum puas lagi merayap di sini … Disneyland pun belum pergi lagi dah nak balik … hadoyaiiiii   

Next time kena datang lagi ni… datang lelama sikit baru best !!! 

Jumpa di entri yg akan dtg . K bai !