Posted in ✈ HOLIDAYS ABROAD, ~ Bercuti di Bandung

BERCUTI DI BANDUNG 

Pagi Rabu ni redup aje , matahari belum muncul lagi , baru aje lepas hantar anak yang bongsu pergi sekolah . Sambil-sambil nak menunggu yang lain sarapan nasi kerabu bersama , bolehla mulakan mukadimah trip bercuti ke Bandung yang lama dah nak stori mori tapi tak de masa. 😎

Trip ini kami pergi dengan syarikat Sutra Travel and tours . Sebenarnya ini adalah first time saya pergi holiday dengan syarikat travel melayu . Seperti biasalah kalau kita pergi bercuti dengan syarikat travel kita tak perlu risau nak memikirkan hal itu dan ini . Kita cuma follow schedule dia aje lah . Senang bangat !   Trip ni kalau tak silap saya 4 days 3 nights .  Cerita tentang persediaan , kalau ke negara ASEAN ni persediaan senang aje berbanding kalau nak ke negara sejuk especially pakaian.  Persediaan yang saya buat termasuklah ; 

1. Pakaian

Biasanya saya bawa pakaian sedikit aje . Bila sampai sana nanti beli ajelah baju baru . Pakaian tidur bawa lah dari rumah .  

2. Ubatan 

Bagi saya ubat-ubatan sangat penting untuk dibawa kerana saya tak mahu nanti bila sakit di sana susah plak nak mencari klinik . Kalau kita pergi ramai-ramai ni lagi kita nanti banyak tertinggal schedule nak jalan dengan mereka ,rugi sebab buang masa di klinik . Bawalah ubat-ubatan yang simple seperti Uphamol ,  ubat sakit perut dan cirit birit , ubat selsema dan ubat lain-lain yang tuan pun amik secara rutin jangan tinggal , mesti bawa bersama . 

3. Duit

Whoah.. kaya sekejap , apa taknya berjuta-juta duit dalam tangan haha..  kalau anda nak ke sana , bawa duit banyak skit senang nak berbelanjaaaa .. kami ke sana bawa duit sikit , shopping ala kadar aje  .duit makan tak perlu bawa sebab makan tanggung , tq3 penaja.  Di bawah adalah contoh penukaran duit RM ke rupiah .   Saya tukar duit di Sungei Wang atau Mid Valley but most of the time adalah di Sungei Wang , kedainya berhampiran dengan pintu utama berhadapan Jln Sultan Ismail.  . Dia boleh bagi harga lebih baik . 

Contoh Sumber dari Abg Goo 

4. Passport antarabangsa 

Hang jangan buat hai , passport hang jangan tinggai .. naiya kangggg !! Kes berat ar kalau hang tinggai passport . Make sure seminggu sebelum berlepas , letak dalam bag siap-siap . Hadoiiii penat hakuuu bab pesan memesan ingat mengingat ni ..  dan yang paling penting check tarikh luput passport hang tu .. kalau hang bawak passport tapi yang dah  luput tarikh .. tak laku seduit ! Pastikan tarikh luput 6 bulan selepas tarikh kita nak berlepas  . 😅

Ok lah semua dah get ready barulah bersiap-siap untuk pergi ke airport ( masa ni masih LCCT) .

Perjalanan dari Kuala Lumpur Ke Bandung dalam 2 jam 10 minit sahaja dengan penerbangan Air Asia. Maka sampailah kami di Lapangan Terbang Bandara Husein Sastranegara Bandung . Airportnya kecil sahaja . Senang tak payahlah kita nak berjalan kaki jauh jauh. 

Waktu di Bandung awal 1 jam dari Malaysia . Gelapnya lebih awal . Pukul 6pm sudah gelap . 

Kami check in di Hotel Grand Royal Panghegar yang terletak di Sumur Bandung .  Cantik biliknya . 

Gala Dinner kami juga diadakan di Hotel Grand Royal Panghegar  . 

Hari ke dua kami dibawa ke Tangkuban Perahu iaitu salah satu tempat pelancongan yang popular di Bandung Jawa Barat . Tangkuban Perahu bermaksud perahu yang terbalik . Tiket masuk ke sini ialah IDR50000 per pax. Setibanya kami di sini , kami diserbu oleh penjual-penjual cenderahati . Terasa terganggu lah plak nak amik gambar pun tak senang .. hehe.. Mereka ni mengikut kita ke mana saja kita pergi selagi kita tak beli jualan mereka . Untuk puaskan hati mereka , saya beli 2 pek key chain . Harganya memang lebih mahal .  Selepas dah dapat apa yang mereka hajati , mereka tak kacau saya lagi dah ..   susahnya mereka mencari rezeki kannn , bersyukurlah kita diberikan rezeki yang lebih baik. 

Kawah Ratu 

Selepas ke Tangkuban Perahu kami bertolak pula ke Kampung Daun . Dalam perjalanan ke Tangkuban Perahu anda akan nampak simpang ke Kampung Daun . Di sepanjang perjalanan ke Kampung Daun anda akan nampak banyak nursery yang menjual pokok-pokok bunga , semuanya cantik-cantik belaka . Kampung Daun merupakan tempat makan yang agak eksklusif . Ianya bercirikan pondok-pondok dikelilingi oleh hutan . Pada waktu malam terdapat persembahan di sini . 

Di sini juga terdapat kedai souvenir dan pakaian . Kalau yang berminat boleh singgah dan pastinya akan terbang duit u . 😜

Kakak2 ni tak habis2 try skirt labuh di Kampung Daun ni .. hehe

The next day kami pergi shopping pula di Factory Outlet , semua orang pergi shopping kita pun ikutler takkan nk duduk dalam bilik sorang-sorang plak kannn ..  Bandung ni memang syurga membeli belah . Ada beberapa kawasan utama factory outlet di sini iaitu di sekitar Jalan Setiabudhi , Jalan Riau , Jalan Dago , Jalan Cibaduyut dan Jalan Cihampelas . Di antara tempat yang kami pergi ialah di Jalan Riau . 

Di bawah ini ialah di antara kedai yang kami singgah di Jalan Riau . Bermacam-macam barang ada di sini seperti baju branded , beg tangan dan sebagainya . 

Sambil shopping sambil makan ice cream .. lapar dan haus hehehe 

Kami juga sempat ke Jalan Setiabudhi . Di sini terdapat Rumah Mode . Sangat ramai pengunjung yang datang ke sini .  Di sini best ada landscape dan ada cafe juga untuk lepak sambil minum-minum .  Nyaman sekali  waduhhhhhh! 

  Di Jalan Setiabudhi banyak terdapat restoran dan kedai makan selain dari factory outlet. 

Kami juga ke Pasar Baru iaitu tempat shopping paling popular yang saya rasakan di Bandung ini.  Rata-rata orang Malaysia yang pernah ke Bandung , mereka tahu tentang Pasar Baru ini . Antara jenis pakaian yang banyak terdapat di Pasar Baru ialah kain sulam, baju sulam, kain ela , kain batik , jubah , telekung dan bermacam-macam lagi. Harga lebih murah berbanding di Malaysia. Kalau beli dalam kuantiti yang banyak anda boleh dapat dengan harga yang murah lagi.  Ramai dari kalangan peniaga membeli-belah di sini dan menjual semula di kg halaman mereka. Apa tunggu lagi , jom kita meniaga .. huhu  Kesimpulannya Bandung memang boleh digelar sebagai ‘syurga membeli-belah’. 

The last day hari nak check out kami bergambar di hadapan Hotel kami menginap iaitu Hotel Royal Panghegar . 

Bye bye Bandung ! Ada rezeki ketemu lagi .. 

Pengalaman Bercuti di Bandung ni tak banyak sangat so hakakk henjut semua dalam satu page aje .. hahahahaha

Advertisements