Posted in ✈ HOLIDAYS ABROAD, ~ My first umrah (Part 1)

MY FIRST UMRAH – PART 1

Sebenarnya kami belum plan pun nak pergi umrah pada ketika itu tetapi tetiba ada seorang kawan lama ni dia datang ke ofis Kak Zie dan bercerita tentang ada pakej murah untuk buat umrah . Cerita punya cerita , pastu kami pun bersetuju lah nak pergi . Pada mulanya konon nak pergi dengan kawan lama Kak zie tu lah tetapi last minute dia tak dapat pergi kerana tiada mahram . So disebabkan kami sudah daftar nama jadi kami je lah pergi berempat , Kak Zie ,suami dan anak-anak. 

Pakej murah yang dimaksudkan itu dibuat oleh Syarikat A****  Travel yang sekarang ini syarikat ini sudah tak ada lagi. Kami bayar RM4,500 sahaja untuk satu orang , kami pergi selama 12 hari , 5 hari di Madinah dan yang selebihnya di Mekah. Syukur alhamdulillah perjalanan selama 12 hari itu berjalan dengan lancar . 

Pada mula-mula sebelum kami berlepas pergi , kami ada masalah sedikit dengan syarikat . Boleh dikatakan setiap minggu Kak Zie  terpaksa call boss syarikat tu bertanyakan bilakah tarikh kami nak berlepas sebab call pekerjanya dah banyak kali tetapi tak jalan . Nak murah sangat , hah amik kaww .. huhuhu

Akhirnya selepas follow up berpuluh kali , dapat juga kami menunaikan umrah , bersyukur sangat . Selepas kami , peserta lain semua yang dah bayar duit tak dapat pergi , kasihan mereka . 

Day 1

Kami berlepas kalau tak silap pada 18 Mac , 2013 di KLIA .  Tiada seorang pun yang menghantar kami ke airport meratap menangis peluk cium bagai .. cuma abg teksi ja yg hantar , lepas bayar duit terus cabut lari .. 😂😂😂

gambar ni masa di KLIA .Hanis sangat gembira dan Zharif dengan muka baby nya .. 😘

 Kami bertolak dari rumah lebihkurang pukul 6 pagi , sampai airport 7 pagi check in , berkumpul bersama peserta-peserta yang lain dan mutawif dan depart pukul 10 pagi .  Tiba di Jeddah King Abdul Aziz International Airport pukul 1 tengahari ( 5 jam lewat ke belakang , local time)  .  Selepas pemeriksaan imigresen , bagasi dan sebagainya , lebihkurang pukul 3petang kami menaiki bas ke Madinah . Kami sampai di hotel lebihkurang pukul 8 malam . Nak check in punya lah susah , very bad arrangement , dalam pukul 10 malam baru boleh masuk ke bilik . Sementara menunggu untuk check in , kami makan malam di hotel tersebut yang sudah lupa namanya . Kak Zie berkongsi bilik dengan lagi 3 orang , 2 orang makcik yang sudah 60 tahun ke atas.dan 1 orang lagi lebih muda dari Kak Zie. Bilik airnya dikongsi .  Lepas mandi terus je lelap .. tak boleh tahan dah , letih kemain. 

Day 2

Keesokan paginya pukul 4 pagi Kak Zie dan roomates dah bangun sebab nak solat subuh di Masjid Al-Nabawi .  Leceh jugak sebab nak kena tunggu giliran ke bilik air yang hanya satu sahaja .. huhu 

kami tunggu mutawif di lobby hotel sebab pertama kali tak tahu lagi jalan nak ke masjid . Mutawif bawa kami lah lebih senang .. hehe 

kami lalu ikut lorong-lorong rumah kedai akhirnya sampai juga lebihkurang 10 minit berjalan kaki .  Bila sampai di masjid aje terperanjat kami orang sudah penuh , ingatkan kami orang yang paling awal ( perasan) ,  jadi kami terpaksa solat di bahagian luar masjid aje tapi tak mengapalah sebab first time kannnn 

Beginilah keadaannya pada waktu subuh di Masjid Al-Nabawi 👇

Selepas solat subuh , bergambar jap .. 

Betapa indahnya masjid nabi ini .. masya Allah ! 

Kepenatan semalam belum terbayar lagi rasanya … huhh  kami balik ke bilik sambung tidur … yeayyy 

Tapi sebelum itu sarapan dahulu di hotel . Kami makan sarapan makanan Mesia .. hurmmm sedapnyer ! 

Tengahari kami ke masjid semula untuk solat Zohor pula ..  life was so happy , hanya untuk beribadat sahaja , memang betul-betul lupakan yang lain . 

Kami solat di dalam masjid tetapi nak masuk ke dalam agak leceh sedikit kerana ditahan oleh perempuan  penjaga pintu , dia mulalah menyeluk bag kita untuk melihat samada kita bawa handphone atau kamera ke masjid . Sorrylah ya penjaga pintu , ko takkan jumpa punya ..  bahahaha   

Ini adalah salah satu pintu masuk ke Masjid Al Nabawi 👇

Selesai solat zohor kami terus pulang ke hotel untuk menjamah makanan tengahari kami yang sudah sedia terhidang .  Baring-baring sekejap sambil menunggu asar . Solat asar kat bilik aje dan solat maghrib kami ke masjid lebih awal untuk mendapat tempat di dalam masjid .  

Suasana di perkarangan masjid di waktu petang  nak hampir maghrib 👇

Kak Zie bergambar bersama roomates ..  tak boleh berenggang walaupun baru kenal . Cemana tu .. hehe  👇

Lepas isyak  baru kami pulang semula ke hotel dan makan malam di hotel . 

Day 3

Keesokan harinya seperti biasa kami ke masjid awal pagi , tak perlu tunggu mutawwif lagi sebab dah tahu jalan .. hihi 
Selepas solat subuh , kami merayau-rayau kejap di tepi-tepi masjid tu , ramai orang berniaga ala-ala pasar malam gitu . Bermacam-macam barang ada dijual seperti selendang , tudung , gelang  dan sebagainya .  Sempatlah jugak beli selendang selai dua . 

Balik ke hotel untuk sarapan pagi dan dalam pukul 10 pagi keluar semula pergi menyopping di sekitar area hotel aje sebab di situ banyak kedai-kedai menjual pelbagai barangan . Kak Zie menemani dua orang makcik pergi shopping .. hehe 

Kak Zie beli jubah selai dan makcik beli bag isi kain dan juga gelang mekah untuk cucu-cucu katanya . Pemilik kedai tu punyalah fasih berbahasa Malaysia dan suka memuji . Kita pun apa lagi amik peluang untuk tawar menawar .. hihi 

Sudah settle shopping dan bersiap sedia untuk pergi solat zohor pula ke masjid. 

Di bawah adalah gambar di dalam masjid Nabawi . 

Bertong-tong air zam-zam untuk diminum 

Tersangat ramai manusia di sini from different nations , different races , different countries , different colors tetapi kami semua datang ke sini dengan satu tujuan , satu sebab , satu agenda dan satu mission. 

Karpet merah tu sebenarnya kotor , sangat-sangat digalakkan bawa sejadah sendiri ditakuti nanti pelbagai penyakit pula hinggap semasa beribadat. 

Kak zie tak jemu-jemu amik gambar perkarangan masjid , bagi Kak Zie payung-payungnya sangat cantik . 

Selepas Zohor seperti biasa kami balik makan di hotel . Mesti nak makan lauk Mesia gakkkk 😅

Kali ini selepas Asar kami tak pulang ke hotel , kami stay je kat dalam masjid mengaji Al-quran dan berzikir . Masing-masing khusyuk , tiada yang duduk sahaja di dalam masjid Ini. Selepas isyak baru kami pulang untuk makan malam .

  

Day 4

Pada hari yang keempat di Madinah seperti biasa solat subuh di masjid. 
selepas solat terus aje pergi sarapan pagi di hotel .  Selepas sarapan suami ajak pergi shopping di kedai-kedai sekeliling hotel . Alhamdulillah Kak Zie dapat beli 2 helai lagi jubah . Jubah kat sini semuanya cantik-cantik dan harganya berpatutan . Tak perlu susah susah bawa jubah dari Mesia , buat berat  jer , beli je di sini . 

Selepas shopping kami bergegas pula ke masjid untuk solat zohor . 
Selepas solat , suami belanja makan kebab di kedai kecil tak jauh dari masjid . Sodap gils kebab di sini !  ( skip makanan Mesia .. hehe)  

kami dikejutkan dengan berita suami makcik yang jadi roomate Kak Zie tu .. hilang dan tak pulang ke hotel .  Kami smua berdoa je lah semoga dikembalikan semula pakcik tu kepada kami . 

Kami solat Asar di masjid dan bawa ke malam , mengaji Quran , berzikir dan sebagainya . Selepas Isyak Kak Zie and my roomates pergi ke Raudhah . Kami sangat bersyukur kerana dapat menjejakkan kaki ke sini dan dapat solat di sini walaupun berbagai-bagai rintangan yang kami hadapi . Pertama kami terpaksa beratur sangat panjang dan berlapis-lapis di bahagian wanita dan ada yang menolak sesama sendiri , berasak-asak , subhanallah kenapalah jadi begini dengan panasnya sebab orang terlalu ramai . Kalau nak diikutkan ni pukul 2 pagi pun belum tentu dapat solat di dalam kawasan tempat nabi selalu solat tu , sebab lepas sorang sorang masuk ke situ . Sudah beratur sekian lama akhirnya kami  tiba juga di karpet hijau dan dapat solat di situ , kami mengambil keputusan untuk solat di luar sahaja. Dengar orang Indonesia penjaga masjid tu berkata dengan suara yang kuat menyuruh kami solat di situ bermakna sudah sampai tempat yang dikatakan Raudhah itu.  Di sini ramai yang kena tendang kepala , kena langkah kepala lah bermacam-macam kelakuan yang tak sepatutnya berlaku tetapi berlaku. Mereka berebut-rebut semata-mata untuk mendapatkan tempat solat masing-masing. Amat tidak digalakkan pergi masa cuti sekolah , time tu orang tersangat ramai . Next time jika dizinkan  better pilih masa bukan cuti sekolah . January just nice.   Mereka semua ni sanggup menolak dan menendang orang lain semata-mata untuk mendapatkan tempat solat di sini . 

Pulang ke bilik  dengan kepenatan yang amat sangat . Penat fizikal dan mental selepas berasak-asak tadi . Hadoiiiii 
 

Day 5 

Hari baru dengan semangat baru . Pada hari ini mereka membawa kami ziarah . Hurmmm seronoknya dapat juga beribadah sambil berziarah . Di antara tempat yang dibawa ialah Masjid Quba’ .Jarak Masjid Quba’  kira-kira 3 km sahaja dari Masjid Nabawi . Nama Quba’ diambil dari sebuah telaga yang berada di tempat tersebut. Seeloknya ambil wuduk di hotel dahulu sebelum ke Masjid Quba’ .  Rasulullah SAW bersabda  : ‘ Sesiapa yang berwuduk dirumahnya kemudian pergi ke Masjid Quba’ untuk bersolat , akan diberi ganjatan pahala seperti pahala menunaikan umrah .’ – Ibn Majah dan At – Tirmizi 

Selepas ke Masjid Quba’ kami dibawa pula ke Pasar Kurma yang berada tidak jauh dari masjid Quba’. Pasar kurma ini dibina pada tahun 1982 oleh kerajaan Arab Saudi. Pasar ini mula beroperasi dari jam 8 pagi sehingga 11 malam. Ada berpuluh-puluh jenis kurma di sini . Menurut sumber kurma yang paling terkenal ialah kurma di Madinah kerana bentuknya lebih besar dan isinya yang  kenyal dan kering.  Madinah merupakan pengeluar kurma terbesar di Arab Saudi. Orang yang mengerjakan haji dan umrah biasanya tidak akan ketinggalan membawa balik buah-buah kurma ke negara masing-masing sebagai buah tangan kepada sanak saudara dan rakan terdekat. Kurma yang terkenal adalah kurma ajwa , kurma ambhar dan safawi. 

Kami juga berpeluang ke Masjid Qiblatain yang terletak tak jauh dari Madinah iaitu lebihkurang 7km . Dahulunya masjid ini bernama Masjid Bani Salamah kerana ia dibangunkan di atas tapak rumah Bani Salamah. Telah ditukarkan kepada nama Qiblatain yang bermakna dua kiblat. Pada permulaan islam orang solat dengan menghadap ke arah Baitul Maqdis ( Masjidil Aqsa )  di Palestin . Pada tahun kedua hijriyah pula turunlah wahyu memerintahkan untuk mengubah arah ke kiblat ke Masjidil Haram di Mekah . Pada masa itu Rasulullah sedang melakukan solat Zohor 2 rakaat pertama menghadap ke Masjidil Aqsa  dan setelah ayat itu turun, 2 rakaat lagi menghadap ke Masjidil Haram . Begitulah menurut ceritanya . 

Setelah habis ziarah kami pulang semula ke hotel .   Lunch di hotel dan seperti biasa sebelah petang ke masjid sampai ke malam. 

Day 6

Keesokan harinya adalah hari terakhir kami di Madinah . 

Pemandangan Masjid Al-Nabawi pada waktu pagi 

Selepas solat subuh kami semua bersarapan di hotel . Ini merupakan hari terakhir kami di Madinah  . 

Nasib baik pakcik yang hilang tu dah pulang semula ke hotel . Hadoiii berhari-hari dia hilang . Kalau dia tak balik , kami terpaksa menunggu dia juga sampai dapat barulah kami bertolak ke Mekah sebab kami datang bersama-sama dengan dia. 

Selepas sarapan , kaum lelaki dikenakan siap-siap memakai pakaian ihram dari hotel sebab selepas ni akan singgah di Bir Ali untuk miqat. 

… bersambung 

Advertisements
Posted in ✈ HOLIDAYS ABROAD, ~.Pesona Turki

PESONA TURKI 

Sebenarnya dah lama Kak Zie ke Turki sampai lupa lak tahun bila . Sangat seronok makan angin kat Turki kerana nak makan memang senang nak cari makanan halal , melawat masjid dan shopping pun best . 

Turki terbahagi kepada dua bahagian iaitu Turki di sebelah Eropah dan Turki di sebelah Asia . 

 Jika anda ingin ke Masjid biru atau Hagia Sofia maka ia terletak di sebelah Eropah . Jika anda ingin ke Ankara atau  Cappadocia maka ianya terletak di sebelah Asia . 

Hagia Sofia 

Gambar di bawah Kak Zie dan hubby bergambar di hadapan Aya Sofya .  Hagia Sofia asalnya adalah gereja ditukarkan ke masjid dan sekarang ditukarkan lagi ke muzium . Ini adalah salah satu tempat yang wajib dikunjungi oleh pelancong selain dari masjid biru. 


Masjid biru 


Di bawah pula kami bergambar di hadapan masjid biru .  Dikenali sebagai masjid biru kerana interiornya  berwarna biru .  Nama sebenarnya ialah Masjid Sultan Ahmed. Pada masa Kak Zie datang ke sini adalah pada musim luruh sebab tu daun-daunnya pun sudah kekuningan . 

Jatuh cinta dengan keindahan masjid biru 😍😍😍

ini ialah di bahagian dalam masjid 👇

Di bawah pula ialah gambar tour guide kami orang Istanbul .



Sulaimaniye Mosque 
Hari pertama ni kiranya kami melawat masjid aje lah .. seterusnya kami ke Masjid Sultan Suleiman , Istanbul atau Sulaimaniye Mosque yang dibina pada tahun 1558 , merupakan masjid ke dua terbesar di Istanbul selepas masjid biru. Ruang solat di Sulaimaniye Mosque ini sangat cantik dengan tulisan kaligrafi yang indah. 


My view .. a lot of buses (tourist ) infront of the Sulaimaniye mosque . 👇



Hippodrome ( Sultan Ahmed Square ) 

Sebenarnya Hippodrome ini ialah sebuah taman yang bersebelahan  dengan Masjid Biru dan Haghia Sofia.

 

Ramai pulak orang memancing kat atas jambatan tu .. 😁 nampaknya orang Turki memang sangat suka memancing . 

Lunch pula memang terbaik tetapi jangan tanyalah nama restoran ni .. dah lupa sesangat 😅😅😅

Masa ni Kak Zie dah rasa badan pun dah seram sejuk , dah demam rupanya . Nasib baik bawa ubat tapi still teruk sebab demam selsema dan batuk . Hidung tersumbat bagaiiii .. disebabkan cuaca pun sejuk dan berangin. Ini juga adalah satu-satunya pengalaman sakit ketika melancong . Hadoiii .. betul-betul dugaan . Nak senyum pun dah tak de hati .. huhu 

Kami check in di hotel apa ntah dah lupa juga namanya .. haha 

Nampak tilam yang empuk ni , rasa nak baring aje …  Ikutkan hati tak nak jalan mana-mana dah , rasa sakit satu badan tapi mana boleh kannn .. terpaksa gagahkan juga sebab banyak tempat lagi dalam itinerary mereka yang perlu kita explore , kalau tak pergi rugilah . 

Cruise di Selat Bosphorus 

Keesokan harinya kami menaiki cruise di Selat Bosphorus . Pengalaman menaiki cruise ini tidak harus dilepaskan kerana kita boleh melihat keindahan masjid , bangunan lama , jambatan bosphorus yang menghubungkan Turki di bhgn Eropah dengan Turki di bhgn Asia dan mengalami keunikan burung-burung camar di Selat bosphorus . Kami menaiki cruise ini selama 90 minit . 



Green Mosque 

Pada hari yang sama juga kami melawat Green Mosque atau Masjid Hijau di Bursa.  Green Mosque adalah tapak warisan sejarah dunia ( UNESCO ) dengan kaligrafi islam. 

Bertudung putih itu adalah Kak Zie sedang menaiki tangga Green Mosque. 

My view .. pemandangan di dalam Green Mosque 👇

Grand bazar 
Kami juga dibawa ke Grand Bazar di Istanbul iaitu salah satu pasar dan pusat ekonomi yang tertua dan terbesar di dunia. Grand bazar ini memiliki lebih dari 3 ribu buah kedai . Jadi apabila masuk ke dalam bazar ini eloklah mengingati  nombor pada pintu masuk pasar untuk elakkan dari tersesat. 

Banyak souvenir dijual di sini . Cuci mata dan cuci poket skali .. haha.. 

Kami beli beberapa souvenir di sini sebagai kenangan dari Istanbul. 



Gala dinner 
Ini pula ialah pada malam gala dinner di mana kami semua kena memakai costume , ala2 org Turki gitew  .. hehe

  

Topkapi Palace 

Tempat seterusnya yang wajib dikunjungi ialah Muzium Topkapi . Banyak peninggalan sejarah Rasulullah SAW dan sahabat di sini selain istana itu sendiri. 

Di Muzium Topkapi ini Kak Zie ada masalah skit. Sudah berpuluh-puluh negara Kak Zie melancong cuma di sini Kak Zie kantoi .. mungkin kerana kurang berhati-hati .  Di sini pencopet sangat ramai , mereka ni sebenarnya bukanlah rakyat Istanbul tetapi mereka dari Tunisia dan lain-lain negara yang menyamar datang ke sini kerana nak menyamun .. haihhhh menyampahhh!! Penyamun tu  beepura-pura seperti pelancong juga dan bersama-sama kita nak melihat sesuatu dan rapat dengan kita dan menyeluk beg kita tanpa kita sedari . Amik isi di dalam dompet kita iaitu duit lepas tu dia campak aje dompet kita tu di mana-mana lah contohnya seperti di bilik air.  Pada masa yang sama dompet Kak Zie dan ada lagi satu dompet pelancong dari Jepun dicuri .  Terpaksa pergi ke balai polis bersama tour guide untuk buat report. Leceh betul .  Pastu baru dapat balik wallet kita .  So berhati-hatilah anda semua jika ke Muzium Topkapi ini ya … 

Itulah alkisah beberapa hari kami di Istanbul . Tak sabar nak pulang ke rumah sebab badan tak sihat masa ni. Sehinggakan di dalam flight pun setiap masa bernafas melalui mulut ajr kerana hidung tersumbat habis . Selepas 2 minggu jugaklah baru reda. Syukur alhamdulillah . 

Posted in ✈ HOLIDAYS ABROAD, ~ Bercuti di Manila , Filipina

Bercuti di Manila , Filipina 

Filipina ni majoriti rakyatnya beragama kristian , Roman Katholik dan negara katholik ketiga terbesar di dunia . 

Berada di Jose Rizal National Monument .

Kami juga melawat American Military Cemetery . Tempat ini dijaga oleh Kedutaan Amerika di Manila. Seramai 16,636 orang tentera Amerika yang terbunuh di Filipina dalam Perang Dunia Kedua disemadikan di sini . 

Selain itu , 570 orang rakyat Filipina yang terbunuh ketika berkhidmat dengan pasukan tentera Amerika di Filipina pada Perang Dunia Kedua turut diberi penghormatan untuk dikebumikan di sini . 

Nama 32,520 orang tentera Amerika dan 3,762 orang rakyat Filipina yang bertugas dengan tentera Amerika yang juga disahkan terbunuh tetapi jasad mereka tidak ditemui turut diabadikan di tugu di pusara ini. 

Terdapat 24  buah American Military Cemetery di seluruh dunia dan pusara di Manila ini adalah yang terbesar di antara kesemua 24 pusara tersebut. 

Posted in ✈ HOLIDAYS ABROAD, ~ Bercuti di Medan , Danau Toba dan Berastagi

BERCUTI DI MEDAN , DANAU TOBA DAN BERASTAGI 

Jangan tanya bila kejadian peristiwa ini , kita dah tak ingat .  😅😅😅

Tulisan ini cuma untuk merakamkan kisah lalu yang merupakan kenangan manis kami di Medan . 

Masa itu berduyun-duyun rakyat Mesia melancong ke Medan tapi kami belum dapat pergi lagi .. so jealous hahaha 

Nasib baik pihak syarikat kami thrown satu challenge untuk kami semua ( perunding bumiputra)  dan nasib baik juga kami berjaya .  Suka sangat-sangat masa tu sebab dapat trip PERCUMA . Cuma bawa duit untuk shopping sahaja. 

Tibalah saat yang ditunggu-tunggu kami pun bersiap-siap ke LCCT untuk menaiki pesawat Air Asia ke Medan.  Syukur alhamdulillah kami sampai dengan selamatnya di Polonia International Airport Medan ( nama airport pada masa itu ) . Sekarang telah ditukar ke Kualanamu International Airport merupakan airport ke dua terbesar di Indonesia. Penerbangan hanya mengambil masa 50 minit sahaja. 

Sesampai di sini kami dijemput oleh pemandu pelancong yang menggelarkan dirinya Irwan . Gelagat dan budi bahasa Irwan amat disenangi oleh kami semua . Irwan mempunyai bakat melawak dan menyanyi yang sangat baik . Dia berjaya menghiburkan kami semua dengan lawak jenakanya yang luarbiasa hebat. Hahaha  Tips untuk anda di luar sana  kalau nak jadi Tour Gude yang bagus dan disukai ramai selain dari seorang yang bertanggungjawab , anda hendaklah seorang yang mesra alam , pandai melawak dan pandai menyanyi barulah semua pelancong akan terhibur . 

Kami menaiki bas dari Polonia International Airport ke Danau Toba. Perjalanannya sangat lama lebihkurang  6 jam kerana jalannya yang tak begitu elok pada masa itu . Tetapi oleh kerana kami ada pemandu pelancong seperti Irwan , kami rasa perjalanan ini sekejap saja . Di sepanjang jalan dia asyik buat lawak aje . Gelak memanjang sampai nak terkencing pun ada..  😂😂😂😂😂  sampai hari ni saya tak pernah jumpa lagi pemandu pelancong yang sangat pandai melawak seperti dia . Memang juara lah Irwan !!  Jalan antara Medan dan Danau Toba , Irwan panggil ‘jalan massage’ kerana beralun ,  belok sana belok sini dan berlubang  hahahahaha  

Dalam perjalanan kami singgah di satu restoran (sudah lupa nama ) untuk makan tengahari Nasi Ayam Penyet . Sedap juga lauknya 😋😋😋 Makan semeja dengan late Mr Goh and wife . 

Kami sampai di Danau Toba sudah waktu petang lebihkurang pukul 4pm . Kami check in di Hotel Danau Toba International Cottage Parapat . Inilah dia hotelnya .. 


Danau Toba view’s from my balcony .

Parapat adalah bandar kecil di pedalaman terletak di utara Sumatera. Ia terletak di pinggir Danau Toba . Pekan in berfungsi sebagai tempat persinggahan utama bagi feri yang membawa pelancong ke Pulau Samosir. 

Selepas asar kami jalan kaki beramai-ramai ke pekan ini yang merupakan perkampungan Batak yang terletak tidak jauh dari hotel kami. Saja nak melihat kehidupan orang di sini .  Perasaan takut tu tetap ada , pernah dengar tak cerita orang batak makan orang ?  

 Itu kisah dolu2 tapi kami semua merasa sangat takut .. huhu   Di situ juga terdapat beberapa kedai runcit . Bolehlah kami membeli sedikit barang keperluan seperti ubat gigi dan sebagainya . Aikkkk berjalan tak bawa ubat gigi ke ???  Ntahler .. tetiba nampak ubat gigi pun nk beli 😂😂😂😂😂

Kami makan malam di hotel aje .  Boleh tahan sejuk juga di waktu malam di sini . 

Keesokan harinya kami ke Pulau Samosir . Jom kita lihat peta Pulau Samosir . 

Pulau Samosir dan Danau Toba terbentuk dari letusan gunung berapi besar beribu-ribu tahun dahulu . Pulau Samosir adalah pulau besar di tengah-tengah Danau Toba. Pulau ini adalah pusat budaya suku batak dan banyak rumah tradisional (rumah adat ) toba batak kekal di pulau itu . Di Samosir terdapat 6 puak yang dikategorikan sebagai suku batak iaitu Batak Toba , Batak Karo , Batak Pakpak , Batak Simalungun , Batak Angkola dan Batak Mandailing. Pulau Samosir memiliki keluasan yang hampir sama dengan Negara Singapura. 

Untuk ke Pulau Samosir kami menaiki feri dari Pelabuhan Ajibata ke Pelabuhan Tomok . Di dalam perjalanan kami dihiburkan oleh dua orang kanak-kanak mempersembahkan lagu batak. 

Yang pakai baju putih itu adalah Tour Guide kami dari Malaysia ( dah lupa namanya ) 👇

Di Pulau Samosir terdapat dua desa yang ramai dikunjungi pelancong iaitu Tomok dan Tuktuk . Tomok merupakan tempat bersejarah di mana terdapatnya Makam Raja Sidabutar , Muzium Batak dan pertunjukan tarian boneka sigale-gale yang popular manakala Tuktuk pula adalah tempat di mana terletaknya tempat penginapan. 

 Di dalam gambar di bawah yang sebelah kiri sekali berbaju belang , itulah Tour guide kami si Irwan yang handsome dan kelakar tu ..  😁

Makam Raja Butar sangat unik kerana diperbuat dari batu besar tanpa sambungan dan ada ukiran wajah raja di batu makamnya . Raja Sidabutar merupakan orang yang pertama yang mendiami Tomok . Di sini juga terdapat dua lagi makam raja yang seterusnya dan makam beberapa anggota keluarga mereka. Untuk masuk ke tempat ini , anda haruslah memakai ‘ulos’ yang telah disediakan oleh petugas di pintu masuk. 

Kami juga mengunjungi Desa Ambarita di mana di sini terdapat Batu Hampar .  Batu yang berbentuk meja ini dahulu digunakan menghukum orang salah seperti membunuh, mencuri , memperkosa akan dihukum pancung di atas meja ini . ( no pic – tak tahu mana pergi) . 

Selain dari batu hampar ini , kami juga ke rumah siallagan iaitu rumah adat batak. 

Di Pulau Samosir juga banyak terdapat kedai menjual cenderahati seperti keychain , kain ulos , gitar batak dan beraneka cenderahati yang lain. Bawalah wang yang mencukupi dan asahlah bakat tawar menawar anda 😅😅😅

Seterusnya kami juga berpeluang ke Air Terjun Sipiso-piso yang mengalir dari perut bumi yang terletak  hanya di tepi Danau Toba sebelah utara . Air terjun Sipiso-piso ini merupakan salah satu air terjun yang tertinggi di Indonesia. 

Dari Air Terjun Sipiso-piso juga kita boleh melihat keindahan Danau Toba . Pemandangan Danau Toba dari ketinggian amatlah cantik dan menakjubkan . 

Selepas ini kami pulang ke hotel semula. Keesokannya sebelum check-out kami bergambar beramai-ramai di Hotel Danau Toba International Cottage Parapat. 

Pada waktu malam pula kami ke Berastagi .  Memang betul kata orang cuaca di sini sangat sejuk lebihkurang cuaca di Cameron Highland . Kami pergi mandi belerang di Gunung Sibayak sekejap sahaja kerana bau belerang memang sangat kuat menusuk hidung.  Ramai yang percaya mandi air panas kat sini banyak kebaikannya . So masa kami nak balik kami beli aje belerang tu . Hehe 

Kami bermalam di Berastagi satu malam kalau tak silap di Hotel Grand Mutiara Berastagi. Gambar sudah tak tahu ke mana pergi . Di sebelah siangnya pula kami ke Pasar Buah Berastagi. Pelbagai jenis buah-buahan seperti Avocado , Salak , Markisa  dan sayur-sayuran dijual di sini . Selain dari itu , pakaian dan cenderahati pun ada dijual di sini. Berastagi merupakan kawasan utama penanaman dan penghasilan buah-buahan , sayur-sayuran dan bunga untuk Sumatera Utara. Di Berastagi majoriti penduduknya adalah Batak Karo yang beragama Kristian. Tidak hairanlah banyak gereja di sepanjang perjalanan ke sini . 

Seterusnya kami ke Medan . Dalam perjalanan ke Medan , dengan jalan yang bengkang bengkok dan berlubang , kami sekali lagi dihiburkan oleh Irwan dengan lawak jenakanya dan menyanyikan lagu kegemarannya iaitu Biarlah bulan bicara yang dipopularkan oleh Broery Marantika. Wowww suaranya dah jadi sebijik Broery ..   terhibur sungguh kami semua .. 

Di Medan kami tinggal di hotel apa entah dah lupa nama .. huhu  

Kami dibawa ke tempat shopping yang dinamakan ‘Pajak Ikan’ tapi bukanlah tempat jual ikan 😂😂😂😂😂 Di sini adalah tempat jual kain telekung , kain batik , kain pelekat , kain pasang , T Shirt , cenderahati seperti key chain , buah salak dan sebagainya . Kalau nak membeli di sini kena pandai tawar menawar . Bawa kalkulator kalau datang ke sini . Harganya sangat murah jika anda pandai menawar.  

Kami juga dibawa melawat Istana Maimoon. Istana yang dibina oleh arkitek dari Itali . Siap dibina pada tahun 1888 semasa pemerintahan Sultan Makmun Al Rasyid Perkasa Alamsyah iaitu sultan Deli ke 9. Semasa asyik bergambar kat dalam istana ini saya terjumpa gambar ini yang tergantung di dinding ,iaitu gambar Sultan Sulaiman (gambar di bawah ) moyang kepada DYMM Sultan Mizan Sultan Terengganu . Gambar Sultan Sulaiman jug ada tergantung di rumah saya di Terengganu kerana Sultan Sulaiman juga adalah saudara kepada arwah ayah saya ( YM Tengku Ngah) . 

Istana Maimoon 

Seterusnya kami ke Sun Plaza Medan . Saja cuci mata dan makan-makan kat sini .  Makan bakso sampai kenyang .. hahaha dan banyak lagi makanan baru yang belum pernah rasa tu bolehla cuba di sini . 

Okay selesai lah kembara kami ke bumi sumatera ini . Masa balik flight Air Asia kami delay sampai lebihkurang pukul 11 malam baru berlepas ke KL . Sepatutnya berlepas jam 8pm jadi terpaksa lah order nasi bungkus aje makan kat airport sementara nak tunggu boarding. Huhuhu 

Posted in ✈ HOLIDAYS ABROAD, ~ Bercuti di Bandung

BERCUTI DI BANDUNG 

Pagi Rabu ni redup aje , matahari belum muncul lagi , baru aje lepas hantar anak yang bongsu pergi sekolah . Sambil-sambil nak menunggu yang lain sarapan nasi kerabu bersama , bolehla mulakan mukadimah trip bercuti ke Bandung yang lama dah nak stori mori tapi tak de masa. 😎

Trip ini kami pergi dengan syarikat Sutra Travel and tours . Sebenarnya ini adalah first time saya pergi holiday dengan syarikat travel melayu . Seperti biasalah kalau kita pergi bercuti dengan syarikat travel kita tak perlu risau nak memikirkan hal itu dan ini . Kita cuma follow schedule dia aje lah . Senang bangat !   Trip ni kalau tak silap saya 4 days 3 nights .  Cerita tentang persediaan , kalau ke negara ASEAN ni persediaan senang aje berbanding kalau nak ke negara sejuk especially pakaian.  Persediaan yang saya buat termasuklah ; 

1. Pakaian

Biasanya saya bawa pakaian sedikit aje . Bila sampai sana nanti beli ajelah baju baru . Pakaian tidur bawa lah dari rumah .  

2. Ubatan 

Bagi saya ubat-ubatan sangat penting untuk dibawa kerana saya tak mahu nanti bila sakit di sana susah plak nak mencari klinik . Kalau kita pergi ramai-ramai ni lagi kita nanti banyak tertinggal schedule nak jalan dengan mereka ,rugi sebab buang masa di klinik . Bawalah ubat-ubatan yang simple seperti Uphamol ,  ubat sakit perut dan cirit birit , ubat selsema dan ubat lain-lain yang tuan pun amik secara rutin jangan tinggal , mesti bawa bersama . 

3. Duit

Whoah.. kaya sekejap , apa taknya berjuta-juta duit dalam tangan haha..  kalau anda nak ke sana , bawa duit banyak skit senang nak berbelanjaaaa .. kami ke sana bawa duit sikit , shopping ala kadar aje  .duit makan tak perlu bawa sebab makan tanggung , tq3 penaja.  Di bawah adalah contoh penukaran duit RM ke rupiah .   Saya tukar duit di Sungei Wang atau Mid Valley but most of the time adalah di Sungei Wang , kedainya berhampiran dengan pintu utama berhadapan Jln Sultan Ismail.  . Dia boleh bagi harga lebih baik . 

Contoh Sumber dari Abg Goo 

4. Passport antarabangsa 

Hang jangan buat hai , passport hang jangan tinggai .. naiya kangggg !! Kes berat ar kalau hang tinggai passport . Make sure seminggu sebelum berlepas , letak dalam bag siap-siap . Hadoiiii penat hakuuu bab pesan memesan ingat mengingat ni ..  dan yang paling penting check tarikh luput passport hang tu .. kalau hang bawak passport tapi yang dah  luput tarikh .. tak laku seduit ! Pastikan tarikh luput 6 bulan selepas tarikh kita nak berlepas  . 😅

Ok lah semua dah get ready barulah bersiap-siap untuk pergi ke airport ( masa ni masih LCCT) .

Perjalanan dari Kuala Lumpur Ke Bandung dalam 2 jam 10 minit sahaja dengan penerbangan Air Asia. Maka sampailah kami di Lapangan Terbang Bandara Husein Sastranegara Bandung . Airportnya kecil sahaja . Senang tak payahlah kita nak berjalan kaki jauh jauh. 

Waktu di Bandung awal 1 jam dari Malaysia . Gelapnya lebih awal . Pukul 6pm sudah gelap . 

Kami check in di Hotel Grand Royal Panghegar yang terletak di Sumur Bandung .  Cantik biliknya . 

Gala Dinner kami juga diadakan di Hotel Grand Royal Panghegar  . 

Hari ke dua kami dibawa ke Tangkuban Perahu iaitu salah satu tempat pelancongan yang popular di Bandung Jawa Barat . Tangkuban Perahu bermaksud perahu yang terbalik . Tiket masuk ke sini ialah IDR50000 per pax. Setibanya kami di sini , kami diserbu oleh penjual-penjual cenderahati . Terasa terganggu lah plak nak amik gambar pun tak senang .. hehe.. Mereka ni mengikut kita ke mana saja kita pergi selagi kita tak beli jualan mereka . Untuk puaskan hati mereka , saya beli 2 pek key chain . Harganya memang lebih mahal .  Selepas dah dapat apa yang mereka hajati , mereka tak kacau saya lagi dah ..   susahnya mereka mencari rezeki kannn , bersyukurlah kita diberikan rezeki yang lebih baik. 

Kawah Ratu 

Selepas ke Tangkuban Perahu kami bertolak pula ke Kampung Daun . Dalam perjalanan ke Tangkuban Perahu anda akan nampak simpang ke Kampung Daun . Di sepanjang perjalanan ke Kampung Daun anda akan nampak banyak nursery yang menjual pokok-pokok bunga , semuanya cantik-cantik belaka . Kampung Daun merupakan tempat makan yang agak eksklusif . Ianya bercirikan pondok-pondok dikelilingi oleh hutan . Pada waktu malam terdapat persembahan di sini . 

Di sini juga terdapat kedai souvenir dan pakaian . Kalau yang berminat boleh singgah dan pastinya akan terbang duit u . 😜

Kakak2 ni tak habis2 try skirt labuh di Kampung Daun ni .. hehe

The next day kami pergi shopping pula di Factory Outlet , semua orang pergi shopping kita pun ikutler takkan nk duduk dalam bilik sorang-sorang plak kannn ..  Bandung ni memang syurga membeli belah . Ada beberapa kawasan utama factory outlet di sini iaitu di sekitar Jalan Setiabudhi , Jalan Riau , Jalan Dago , Jalan Cibaduyut dan Jalan Cihampelas . Di antara tempat yang kami pergi ialah di Jalan Riau . 

Di bawah ini ialah di antara kedai yang kami singgah di Jalan Riau . Bermacam-macam barang ada di sini seperti baju branded , beg tangan dan sebagainya . 

Sambil shopping sambil makan ice cream .. lapar dan haus hehehe 

Kami juga sempat ke Jalan Setiabudhi . Di sini terdapat Rumah Mode . Sangat ramai pengunjung yang datang ke sini .  Di sini best ada landscape dan ada cafe juga untuk lepak sambil minum-minum .  Nyaman sekali  waduhhhhhh! 

  Di Jalan Setiabudhi banyak terdapat restoran dan kedai makan selain dari factory outlet. 

Kami juga ke Pasar Baru iaitu tempat shopping paling popular yang saya rasakan di Bandung ini.  Rata-rata orang Malaysia yang pernah ke Bandung , mereka tahu tentang Pasar Baru ini . Antara jenis pakaian yang banyak terdapat di Pasar Baru ialah kain sulam, baju sulam, kain ela , kain batik , jubah , telekung dan bermacam-macam lagi. Harga lebih murah berbanding di Malaysia. Kalau beli dalam kuantiti yang banyak anda boleh dapat dengan harga yang murah lagi.  Ramai dari kalangan peniaga membeli-belah di sini dan menjual semula di kg halaman mereka. Apa tunggu lagi , jom kita meniaga .. huhu  Kesimpulannya Bandung memang boleh digelar sebagai ‘syurga membeli-belah’. 

The last day hari nak check out kami bergambar di hadapan Hotel kami menginap iaitu Hotel Royal Panghegar . 

Bye bye Bandung ! Ada rezeki ketemu lagi .. 

Pengalaman Bercuti di Bandung ni tak banyak sangat so hakakk henjut semua dalam satu page aje .. hahahahaha

Posted in ✈ HOLIDAYS ABROAD, ~ Bercuti di Madrid , Spain

Bercuti di Madrid , Spain 

Sudah lama tak menulis tentang percutian ke luar negara.  Kebetulan sekarang ada kelapangan sedikit , bolehler menulis tentang Pengalaman  Percutian ke Madrid suatu masa dahulu. Heeeeee best sangat ! 

Kebanyakan percutian saya adalah kali pertama kerana saya tak suka repeat bercuti di tempat yang sama beberapa kali kecuali kalau ada permintaan dari hubby .  

Kebanyakan masa saya travel ke Europe adalah pada musim autumn so tak ler terlampau sejuk dan tak ler panas , sedang-sedang aje .  Kami travel ke Madrid menaiki pesawat Emirates dan transit di Dubai.   Berbelas-belas jam travel nak sampai ke Madrid ini .. tidur bangun tidur bangun pun tak sampai-sampai lagi .. hehe  

Dubai

Akhirnya kami tiba di Madrid Airport dengan selamatnya . 

Madrid Airport 

Banyak tempat yang saya pergi tapi dah tak berapa ingat sangat ..  pic di bawah adalah semasa saya singgah di salah satu tempat kalau di Malaysia di panggil rnr atau tempat rehat. 

Di antara tempat terkenal yang saya lawati ialah Plaza Mayor , tak lengkap ke Madrid jika tidak mengunjungi Plaza Mayor.  Di sini bangunannya 4 tingkat , disebelah bawah adalah kedai dan tingkat 2,3 dan 4 adalah rumah dan hotel .  Kebanyakan event diadakan di sini .  Sebagai pengunjung saya ke sini rehat-rehat sambil amik gambar . 

Plaza Mayor 

Ke dua yang paling hampir dengan Plaza Mayor iaitu Puerta Del Sol . Di sini terdapat monument the Bear and the strawberry tree. Di sini merupakan tempat orang-orang tempatan dan pelancong santai sambil makan-makan di restoran. 

Selain Plaza Mayor dan Puerta Del Sol , saya juga ke Buen Retiro Park yang merupakan taman paling indah dan paling terkenal di Madrid dengan keluasan lebihkurang 130 hektar . Di sini berbagai aktiviti dilakukan seperti pameran buku , naik kuda keliling taman dan banyak lagi. 

Buen Retiro Park 

Group photo di hadapan kolam yang luas di Retiro Park . 

Tidak jauh dari Retiro Park terletaknya Museum Del Prado iaitu Muzium Seni Kebangsaan Utama Sepanyol . Ia dibina pada tahun 1819 untuk menyimpan pelbagai lukisan dan ukiran. Kini muzium ini merupakan salah satu muzium yang mempunyai koleksi seni Eropah yang terbaik di dunia. Muzium ini dibuka dari hari Isnin hingga Sabtu bermula dari pukul 10 pagi hingga 8 malam. Pada hari cuti beroperasi dari pukul 10 pagi hingga 7 petang. Yuran kemasukan setiap orang ialah lebihkurang  €15 . 

Museo Del Prado 

Tentang penginapan pula , kami menginap di sini 👇  sowyyy dah lupa nama hotel ini .  Besar juga biliknya . 

Ini pula adalah restoran di mana kami sarapan pagi . 

Di Madrid ni saya ada satu pengalaman di mana saya bersama Kak Lela jalan sendiri menaiki train Metro… mula-mula takut juga hehe.. tapi sebenarnya kat Madrid ni senang aje kerana kebanyakan tempat berdekatan dengan metro subway , sekali bayar aje 1.50 euro untuk seorang  pastu boleh pusing aje mana-mana pun tak pe ..  saja jalan-jalan konon nak shopping di Gran Via . Kami menaiki Metro dari hotel dan turun di stesen apa dah lupa nama tapi betul-betul berhampiran dengan Zara outlet sebab tujuan nak beli pakaian . Gran  Via adalah antara jalan yang paling sibuk di Madrid kerana di sini terletaknya butik-butik pakaian seperti Zara , H&M , Mango, Blanco , Bershka dan lain-lain . Gran Via adalah tempat shopping yang popular di Madrid. So apa yang kami berjaya shopping?  Kami dapat beli seluar, baju dan bracelet sorang satu …  kihkih puashati jugakla…. dan yang penting tak sesat ! Kira pandai jugakla kami berdua jalan kat sini .. cewah siapa lagi nak puji kalau bukan diri sendiri 😜😅

Kalau nak beli handbag  pula boleh ke Jln Calle Serrano dan naik metro turun di Stesen Serrano tak jauh dari Gran Via . Di sana ada banyak butik , Prada , LV , Gucci dan sebagainya . 

Me and Kak Lela 

Kami ke Restoran Sobrino De Botin untuk makan tengahari iaitu salah satu restoran yang tertua di dunia . Restoran ini bukan sekadar tempat makan sahaja , di dalamnya ada koleksi seperti muzium . So orang ramai datang ke sini kerana untuk melihat koleksinya juga . 

Berjalan berdua bersama hubby sudah semestinya..  cuci mata di Madrid ni ..   hehe

Just pass by and snap photo kat sini .. 

Tempat wajib yang mesti kami berdua kunjungi iaitu Hard Rock Cafe Madrid . Dapat ler dua helai sorang baju Hard Rock cukuplah .  Tak boleh lambat , kalau tak habis semua size baju akibat diserang oleh group kami yang datang beratus-ratus orang ni . Semuanya nak shopping baju Hard Rock .. huhu 

Jika ke Madrid, satu lagi jangan lupa pergi ke Flea Market ataupun Pasar Terbuka yang dinamakan El Rastro yang telah berusia ratusan tahun. Pasar ini dibuka hanya pada Hari Ahad dari jam 9 pagi hingga 2 petang . Pasar ini sangat besar dan terletak di lorong-lorong bangunan dan berbukit pula. Terdapat lebih 3500 gerai di sini . Pelbagai barangan ada dijual di sini terutamanya seperti barangan antik kraftangan , pakaian  dan harganya memang murah dan boleh ditawar. Banyak juga gerai menjual binatang di sini seperti burung dan sebagainya . 

Anda pernah dengar Flamenco Dance ? Di Spain ini sangat terkenal dengan Flamenco Dance iaitu tarian lincah berirama. Tarian khas Sepanyol ini termasuk hentakan kaki dan tepukan tangan yang berirama. Diiringi oleh alunan muzik  gitar dan percussion khas . Mereka menari by group dan biasanya memakai costume formal . Kami pergi makan malam sebenarnya dan di restoran itu mereka menghiburkan kami semua dengan tarian ini . 

Dah macam kembar lak dua orang ni dan baju mereka lebihkurang baju penari kat atas tu … haha 

Selepas makan , kami jalan-jalan dan amik gambar di luar. 

Gambar beramai-ramai bersama team dari coach A 

Dan yang last kami ke Segovia ,salah satu tempat yang best di Spain . Apa yang ada di Al Cazar Segovia ? Let’s check it out ! 

Boleh tahan jugakla kami menapak ke atas bukit nak masuk ke dalam castle ni . Kedudukannya yang tinggi terletak di atas bukit dan dikelilingi oleh sungai  . Dahulukala adalah seperti sebuah kubu . Disebabkan ianya tersangat cantik so kami gagahi juga naik ke atas . Ramai juga yang kantoi dan tak sanggup kerana sakit kaki dan yang sewaktu dengannya 😆  

Sangat cantik kan castle ni , tu la kalau dah sampai di sini tapi tak masuk sangat rugi.. 

Perjalanan dari Madrid ke Segovia mengambil masa hampir 2 jam. Kami berpindah hotel dan bermalam di hotel ini (lupa nama lagi ) huhu 

Di bawah ni adalah pic gala dinner kami . Rasanya gala dinner di Spain ini best dari yang lain kerana dengan kehadiran duta Malaysia di sana ke majlis kami menjadikan majlis luar biasa meriah .  Tentang makanan kami tiada masalah , memang mereka mengasingkan muslim table untuk kami.  Nak sedap lagi , kalau ke mana-mana kami tidak pernah ketinggalan bawa bekal serunding , sambal ikan bilis kering atau Brahim bersama kami ..  ini namanya tekak Asean .. hihi 

Kak Zie yang berbaju merah dan bertudung putih , di belakang Kak Zie itu lah duta kita di Madrid . 


Lagi satu nak cerita tentang kami pergi melawat satu lagi castle ni namanya Al Hambra .  Ianya terletak di Granada. Merupakan sebuah istana yang besar dan juga sebuah kubu. Alhambra bukanlah hanya satu bangunan tetapi ia seperti kompleks yang sangat luas . Kalau ke sini kena pakai kasut yang selesa kerana di sini banyak berjalan kaki. 

Cuaca pada masa ini boleh tahan sejuk jugak . Jangan main-main 5 Celcius tu babe .. sejuk ketaq !  Ini masih Autumn belum masuk winter lagi .  

Ok dah habis kisah Zie jalan-jalan di Spain . In syaa allah next time kita cerita len plak may be Bandung or Europe country lagi .  🙂

Posted in ✈ HOLIDAYS ABROAD, ~ Bercuti di Norway

 Bercuti di Norway 

Bercuti di Norway ni masih di dalam wish list ku ! In syaa Allah mungkin akan tercapai satu hari nanti . Mari kita berangan-angan dahulu … kihkih 

jom lihat peta negara Norway 

Lapangan terbang untuk kita mendarat di sana ialah Lapangan terbang Oslo .

 Di antara tempat-tempat menarik yang saya ingin lawati di sana ialah ; 

1) Tromso 

Dari Oslo kita hendakkah menaiki kapalterbang yang lain untuk ke sana kerana Tromso terletak jauh ke utara Norway manakala Oslo pula terletak di selatan .  Lihat peta di atas jaraknya mak aiiiii jauhnyaaaa …. tapi tempatnya sangat cantik !  Terletak lebihkurang 350km dari garisan utara artik. Tromso merupakan antara bandar yang termasuk dalam Arctic Circle dan yang paling ramai penduduknya iaitu sekitar 50,000 orang . Merupakan bandar terbesar di utara Norway .  Tujuan ramai orang datang ke sini ialah untuk melihat sendiri keajaiban cahaya utara atau dikenali dengan nama Aurora Borealis . Tromso adalah salah satu tempat terbaik di dunia untuk anda melihat Northern Lights .Fenomena ini hanya dapat dilihat di negara-negara yang berada di dalam lingkungan bulatan artik , antara bulan Oktober hingga Mac setiap tahun. 

Sumber foto dari google 

Cahaya Aurora Borealis yang  sangat indah dan mengasyikkan 
Bandar Tromso 

Photos are from google 

2) Bergen 

Bergen adalah bandar ke dua terbesar di Norway. Dikenali sebagai destinasi pelancongan yang penuh dengan restoran tepi laut yang sedap. 

Bergen terletak di kawasan barat Norway yang mempunyai fjord dan glacier yang indah termasuklah Hardangerfjord dan Sognefjord. Bergen merupakan salah satu bandar yang paling indah di Eropah . Bandar Bergen merupakan salah satu warisan dunia UNESCO. 

3) Pulpit Rock , Preikestolen 

Di Pulpit Rock kita dapat melihat seluruh pemandangan dari tebing fjord Norway . Tapi jangan sampai terjatuh kerana  di tebing tiada pagar . Jarak perjalanan menuju Pulpit Rock mengambil masa 2 jam dari Stavanger . 

Photo from google 

Photo from google 

Photo from google 

4) Oslo 

Oslo ialah sebuah bandar moden yang terkenal dengan suasana tenang dan aman. Oslo merupakan bandar terbesar dan ibu negara Norway .  Antara tempat menarik di Oslo ialah : 

Holmenkollen 

Tempat luncur ais atau ski yang sangat terkenal di sini .

Vigeland Park 

Di sini banyak terdapatstatue manusia . Menurut sejarah taman awam ini dibina oleh Gustav Vigeland dan ia mempunyai lebih dari 200 statue yang diperbuat dari gangsa , granite dan besi logam. Vigeland Park dikenali sebagai the world’s largest sculpture Park made by a single artist.

Karl Johans Gate 

Di sini banyak terdapat kedai-kedai baju , souvenir dan sebagainya . Harga souvenir seperti fridge magnet dalam 30NOK ke atas. Kat Norway terkenal dengan patung troll atau viking  jadi bolehler beli di sini .
Aker brygge District

Dipenuhi oleh restoran , butik dan cafe . Boleh jalan-jalan di sini dan enjoy the ambiences.
Flogner Park 

Oslo’s largest Park where people come to enjoy nice weather , have picnics after work and relax in the natural surroundings. 
Norway adalah salah satu daripada negara Scandinavian yang tidak memakai duit Euro sebagai matawang , di sini mereka pakai Norway Kron (NOK ). Norway terkenal dengan pemandangan yang cantik , selain itu juga Norway termasuk dalam senarai negara paling selamat untuk pelancong dan merupakan salah satu bandar yang termoden di dunia. 

Posted in ✈ HOLIDAYS ABROAD, ~ Shopping di Milan

Shopping di Milan , Italy 

Milan atau Milano ialah antara bandar di Itali yang paling terkenal di mata dunia . Mungkin salah satu sebabnya ialah statusnya sebagai salah satu pusat fesyen dunia yang membuatkan Milan terkenal di seluruh dunia atau disebabkan oleh kelab bolasepaknya yang hebat iaitu ‘Inter Milan ‘ dan ‘AC Milan’. 

Dan disebabkan itu jugalah saya dan suami hendak sangat melawat kota Milan ni . Hendak juga melihat dengan mata sendiri apa istimewa dan hebatnya Milan sehingga namanya begitu gah di seluruh dunia.

Perjalanan dari Fox Town , Lugano kami teruskan ke Milan . Sampai di Milan dah senja . Terus cari tempat makan .. perut dah kriot kriot nih .. 
Dibawa kami ke restoran ni … ermmmm 
Nama restoran ni dah lupa.. sowyy

Just ignore jer time kat photo tu ya sbb tu time M’sia .. tak tukar huhu 

Kenyang perut suka hati .. hehe 

tapi tak sabar nak mandi .. keletihan sangat. 

Lepas makan terus naik bas ..  akhirnya sampai jugak dan check in di Holiday Inn Assago Milano. Fuhhhhh legaaaa 

 

Room nya kecik .. tak pa lah  

Malam tu kena tidur awal sebab esoknya nak jalan banyak . 

Keesokan harinya selepas sarapan kami meneruskan misi .. haaa

Datang ke Milan ni sebenarnya tujuan utamanya ialah untuk shopping so lets shoppinggggg

Lantaran itu kami terus ke Piazza Del Duomo. 

Antara landmark yang terkenal adalah Duomo dan Glass Dome Galleria . Di dalam Galleria tersebut tersergam megah Butik Prada dan LV dan juga beberapa kedai ternama yang lain. 

Sehari di sini , geng2 kami tak cukup tangan shopping . Gilosss banyak betul barang mereka beli Prada , LV , Gucci, Burberry , Salvatore Ferragamore dll … Chanel mereka beli kat Monte Carlo iaitu our next destination . Tak dinafikanlah harga murah dan latest design . Tak beli mmg rugi .. dah datang mesti mau beli . Tangkap aje mana yg berkenan .. bkn senang nak kemari lagi .  Papepun Milan mmg tempat shopping yang best. Gambar tak banyak yang saya amik sebab mkn masa tu saya pun terlupa kerana sibuk memilih barang2 untuk dibeli .. haha  

Sesiapa yang datang ke Milan tapi tak datang ke Galleria ini kira tak sah la kunjungan anda ke Milan . Piazza Del Duomo is a must place to visit. Di sinilah juga Milan punya center of attraction . Begitu ramai sekali pelancong dari pelbagai negara yang berpusu-pusu dtg ke sini , masing2 nak bergambar berlatarbelakangkan Duomo atau cathedral yang sangat unik binaannya dan begitu cantik. Kagum dengan architectural nya. 


Dah lama saya kat Europe ni tak pulang2 M’sia lagi .. Bermula dari Prague ,Vienna , Venice , Lugano dan di Milan ni … dah 10 hari . Selepas ni kami akan melanjutkan perjalanan kami lagi ke Monte Carlo  iaitu tempat yang kami tunggu2 .. yeyyy

Pic kenangan my hubby bersama Nasrul di Duomo 

Begitulah angan-angan menjadi kenyataan . Kali pertama kami sampai ke Milan ni..  iaitu merupakan kota bagi pemuja seni taraf elit. 

Seterusnya kami ke Monaco . 💅

Posted in ✈ HOLIDAYS ABROAD, ~ Pengalaman Transit Di Dubai

Pengalaman transit di Dubai 

Sebenarnya i dah banyak kali transit di Dubai but kali ni adalah yang paling lama more than 4 hrs dan merupakan transit yang pertama kali  .  Perjalanan adalah dari Kuala Lumpur ke Istanbul dengan menaiki Emirates .  Sampai Di Dubai International Airport dalam lebihkurang pukul 5 pagi . Lama juga melepak sini sementara nak tunggu bas datang ambil kami untuk jalan-jalan maklumler transit sangat lama . Cuaca pada masa ni adalah melebihi 40C . Panasnyer! 

 Dalam lebihkurang pukul 6.30 pagi bas datang .. yeayyy barulah seronok skit …  nak pergi makan perut dah lapar ni .  Mereka( tour guide)  bawa kami ke Hotel Riviera , kami sarapan di sini . Nama restorannya ialah Majlis Al Khor Cafe  . Kebetulan nama leader kami pun Khor .. haha 😂😂😂

Hotel Riviera 

Selepas sarapan kami dibawa melawat ke Masjid Jumeirah iaitu salah satu landmark terindah di Dubai . Masjid Jumeirah yang mampu menampung sehingga 1,200 jemaah didirikan sepenuhnya dari batu putih . Masjid Jumeirah juga satu-satunya masjid di Dubai yang menerima pengunjung non-muslim .  

Seterusnya kami ke Burj Al Arab Jumeirah tapi hanya singgah di luar sahaja untuk bergambar .  Masa dahulu hotel ni paling mewah .  


Lihat pasirnya tu .. putih melepak ! It’s padang pasir k ! 

Selepas bergambar kami pun beredar ke Muzium Dubai plak . Remember kami hanya transit sahaja , tak boleh lelama kat satu-satu tempat .. huuuuuu 

Dan yang terakhir kami ke Naif Market . Di sini ada pelbagai barangan esp pakaian tapi sayangnya kami kesuntukan masa .  In sya allah next time datang lagi .   

Kami terpaksa ke Dubai International Airport (DXB)  semula untuk meneruskan perjalanan ke Istanbul.  Kbai ! 

                            ~~~~~~~~~~~

Posted in ~ Bercuti di Hawaii

Pengalaman Indah Zie ke Hawaii

`•.¸.¸¸.•*❤❤..ASSALAMUALAIKUM..❤❤*`•.¸.¸¸.•`

Salam 1 Malaysia y’all

Nah nak bagi gambar dulu sebelum meneruskan coretan ..

image

Masha Allah ! Indah sungguh ciptaanmu ya Allah .

Panjang tau entri ni .. kalau belum solat p solat dulu .
Lepas tu bawak kacang or jajan sekali .. hehehe

Inilah dia entri tentang percutian kami ke Pulau Oahu , Hawaii yang akan dikenang sampai bila-bila.
Percutian ini sangat istimewa dan ianya adalah trip PERCUMA . Cuma bawa duit utk shopping saja .

Jom kita lihat peta Pulau Oahu ini

image

Tak ramai di kalangan masyarakat kita M’sia yang ke Hawaii ni mungkin disebabkan tempatnya yang sangat jauh dan juga kosnya yang sangat mahal .
Saya merasa sangat-sangat bersyukur dapat menjejakkan kaki di bumi Hawaii ini dan dapat melihat sendiri keindahannya … pulau nya sungguh cantik tak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Kami menaiki pesawat China Airlines dan transit di Taipei .

image

At Taipei International Airport

image

Lapar … makan di sini dulu
At Taipei International Airport

image

Bermalam di sini , just a small room .. at City Suites Hotel Taipei, about 5km from Taoyuan International Airport Taipei.

image

From Taoyuan Airport terus ke Narita Airport and transit kat sini plak for a few hrs .. jauhnya nak sampai ke Hawaii 😅😅

image

Jalan2 di Narita Airport .. cuci mata .. 😆

image

Akhirnya dah sampai di Honolulu Airport dengan selamatnya . Inilah bas pink yg membawa kami ronda2 .. cantik kan 😍😍😍

image

.. with my frens at Honolulu International Airport , Hawaii

image

Daya tarikan pelancongan Hawaii tak hanya pada pantai sahaja , di tempat ini berdiri sebuah istana kerajaan yang menjadi kediaman resmi Raja Kalakaua dan Ratu Liliuokalani yg juga merupakan kediaman resmi terakhir yg terletak Pusat Bandar Honolulu. Kami dibawa melawat ke Iolani Palace , Istana peninggalan kerajaan Hawaii.
Kami bergambar di hadapan Raja Kamehameha 1 statue .

image

Di hadapan Hawaii State Art Museum .. lebihkurang pukul 11.30am waktu tempatan . Lepas ni nak pergi makan .. hehe

image

Kami lunch di sini .. Buca Restaurant

image

Jelajah sampai ke dapur .. hehe
At Buca Restaurant

image

Yum yum ! Celup2 tepung juga .. hihi

image

Cont makan .. at Buca Restaurant 😍😍

image

Cantik dalam restoran ni ! 😍😍😍

image

Selepas makan seperti biasa la amik group photo ..😅😅😅

image

Jalan2 time .. wowww ni la time nak tengok pantai di Hawaii .. 😍😍😍

image

Cantiknya pantai di sini ..

image

#hanaumabay #Oahu

image

image

image

Skodeng haha .. seronoknya mereka mandi manda . Teruja sgt tengok tempat ni , sangat cantik . Kalau ke Hawaii mesti dtg tempat ni .. #hanaumabay

image

image

Pantai di Hawaii yg sangat cantik .. tempat tumpuan pelancong . #Oahu

image

#Waikikibeach #Hawaii 💙💚💛💜😍😍😍😍😍😍

image

Sangat indah alam ciptaan tuhan . Bestnyer kat sini ..

image

Group photo is a must for us . Apatah lagi di tempat yg sgt cantik spt ini .. Hawaii !!

image

My view masa i dlm perjalanan ke hotel .

image

Kami mengunjungi tempat bersejarah yg dinamakan Nu’uanu Pali Lookout . Dulunya di sini pernah terjadi perang antara dua suku. Sungguh indah melihat Hawaii dari ketinggian .

image

Segar dan nyaman di sini .. 😍😍😍 #Nuuanupalilookout

image

Nu’anu Pali Lookout . Keindahan Hawaii boleh dilihat dari pergunungan ini .. 😍😍😍

image

Menginap di sini .. hotel #hiltonhawaiianvillage

image

Puashati menginap di sini , biliknya luas dan sangat selesa. #hiltonhawaiianvillage

image

Aktiviti malam di hotel Hilton Hawaiian Village … berhibur dgn live band..

image

Malam jalan2 n lepak kat luar .. hehe #rayban

image

Depan hotel kami #hiltonhawaiianvillage bas #waikikitrolley

image

My view selepas subuh .. awal pagi dari balcony bilik saya .. very nice view! Kat ground flr banyak shop … i loikeeee #hiltonhawaiianvillage

image

Joging time .. ada masa plak gi joging .. hehe.. fresh! love the view so much ! #hiltonhawaiianvillage

image

Luv the place very much ! #hiltonhawaiianvillage

image

Breakfast .. the best pancake at local restaurant ! #Hawaii 👍👍👍👍👍

image

Lepas breakfast terus pergi shopping ke Waikele Premium Outlets . Shopping time !!! Best !!!

image

Penat dah kaki berjalan .. berhenti rehat jap at #waikelepremiumoutlets

image

#waikelepremiumoutlets #Hawaii #Shopping #happy #murah

image

#hardrockcafehonolulu Shopping di sini ..

image

kalau dah dtg ke Hawaii , mestilah dtg ke sini kannn ..

image

Apa nak buat lagi .. amik gambar je la utk kenangan .. hihi

image

Bergambar lagi ! bkn senang nak datang sini ..

image

Makan time .. #lunch #vege

image

Luv the deco .. at Hard Rock Cafe Honolulu

image

Dah habis pusing .. ini la yg dpt di beli .

image

Di kawasan Hotel kami menginap . #hiltonhawaiianvillage 😍😍😍

image

Luv dis place very much . #hiltonhawaiianvillage #Waikikibeach

image

Ni bas kami … kami nak jalan ke Pearl Harbour plak .

image

Melawat ke tempat sejarah Pearl Harbour. Di sinilah tempat Jepun menyerang kapal perang USS Arizona pada tahun 1941. Di Pearl Harbour kita dapat melihat interior kapal perang USS Bowfin.

image

At Pearl Harbour

image

image

image

image

image

#ussarizona

image

Lunch !! selepas Pearl Habour ..

image

Setelah penat berjalan melawat tempat sejarah , pulang ke bilik hotel . Terperanjat kami lihat bermacam2 gift telah tersedia di atas katil dan di dalam bilik kami . Tq di atas penghargaan . ♡ it too much !

image

#luauparty at gala dinner

image

image

image

#chef di sini #masak #special #nasilemak only for us yg seramai lebihkurang 700 orang . 😍😍😍😍😍 #galadinner #luauparty #Hawaii

image

The best #galadinner ever .. firework pun ada ! #happyhour #luauparty at #hiltonhawaiianvillage #Oahu #Hawaii

image

It’s hla Luau Party at #hiltonhawaiianvillage

image

image

image

.. hubby on stage amik hadiah . Tq hla . #galadinner #party

image

😅😅😍😍 .. dah habis dinner . Great exp in Hawaii

image

Pelangi di #Waikikibeach depan hotel kami menginap #hiltonhawaiianvillage 😍😍😍

image

Beautiful ! Keindahan #Waikikibeach frm #hiltonhawaiianvillage . The best santai place ..

image

Jalan2 di perkarangan hotel .. kat bawah hotel pun macam2 ada .. tak payah pergi jauh .Sangat selesa .. #hiltonhawaiianvillage

image

Butik LV pun ada kat hotel kami .. 😍

image

Jalan2 santai.. cucimata at Kamehameha Place . Jugak macam2 souvenir ada di sini ..

image

Di Farmer’s Market at Kamehameha Place . Puas ronda .. best!! Just opposite Waikiki Beach . image

Tibalah masanya untuk ke Polynesian Cultural Center pula … 👍👍👍

image

Moh masuk tengok apa yg ada di dlm Polynesian Cultural Center ini … 😄

image

Acara bercanoe pun ada di Polynesian Cultural Village ni .. First time bercanoe di sini . Best !!!

image

.. besides me di sebelah kanan i adalah hawaiian girl. She’s nice and very friendly .

image

Luas tempat ni .. #polynesianculturalcenter
Bermacam2 program ada kat dalam ni .. program pertama naik canoe , kami nak ke program ke 2 lak iaitu melihat mereka memanjat pokok kelapa . Banyak jugak pokok kelapa kat sini .. rasa macam kat Ganu plak . He.. he

image

Suku Polynesia #tonga sangat tinggi dan besar badannya .. orang asli Hawaii #polynesianculturalcenter

image

Orang asli Hawaii panjat kelapa .. suku Polynesia

image

Demo kupas kelapa ..

image

Dinner at Polynesian Cultural Center .. tak tahu nak makan apa kat sini , last makan buah saja . Lepas ni pergi tengok show ttg cerita org2 polynesian dulu2. No pic . Tak leh amik photo. Balik hotel dah lewat malam .

image

Luau Party for us ! #hiltonhawaiianvillage

image

Hawaii Group photo ! Yesss we’re the best !!!

image

Tak sangka terjumpa dia di Hawaii .. Last 12 years jumpa di Tokyo semasa dia jadi our tour manager di sana. 😘😘😘

image

Bye bye Hilton Hawaiian Village ! Kami bukan nak balik tapi nak tukar hotel plak .. belum puas lagi berada di Hawaii ni .. he..he..

image

Pindah ke sini .. Hotel Ohana East, sgt dekat dengan Waikiki Beach . Senang skit nak gi lepak kat pantai .. hihi

image

Kualoa Ranch
Nak mencuba benda baru di sini.. hehe
Nampak macam best! Adakah ianya best ?

image

i luv dis place ! 😍😍😍

image

Naik puncak bukit dengan menggunakan truck ni .. massage everywhere .. 😅😅😅 very interesting , new experience to us.

image

Cantiknya pemandangan kat atas bukit ni …

image

Susah2 naik bukit ni .. tak bergambar di sini rugi ler . Di sini ler tempat org buat filem ! 😅😅😅

image

#filmlocation
Kuat sangat angin kat sini .. 😄

image

Kami dibawa masuk ke dalam tempat buat filem .. macam2 ada di dalam .. lebih dari 50 movie telah dibuat di sini such as Jurassic Park , Hawaii five O , Lost , Godzilla , Pearl Harbor dan banyak lagi . #telurdinasaur 😉

image

Dah sampai puncak bukit . Snap pic banyak2 .

image

My view .. sangat2 cantik ! M happy n very2 happy dpt dtg ke sini . Mokoli’i Island also known as Chinaman’s Hat as seen frm the ranch.

image

Pasni acara ocean plak .. nak naik boat .. bestnyer !

image

Ronda2 to secret island .. its a breathtaking . Very nice view !

image

Ocean view ..

image

…. with captain

image

Nak mencuba horse ride plak kat sini .. #ranch #kualoaranch

image

Bestnyer !! Sangat nyaman tak terkata .. very nice view ! saya seronok di sini . sesiapa yg ke Hawaii mmg dialu2kan ke sini ..

image

Banyaknyer kuda .. berdebar gak rasa , takut kuda buat hal .. Sib baik i dapat kuda yg baik, yg mendengar kata .. Alhamdulillah selamat dan enjoy sangat ! 😅😍

image

image

Kuda Hitam aduh Kuda Hitam
Tak dihitung namun berbahaya
Lari tenang aduh pelan-pelan
Tau-tau bisa nyampai keluan

Hehehe

Nampak muka i betul2 risau .. betul-betul dapat Kuda Hitam ko… ekekek

image

#horseride my new experience at Kualoa Ranch .

image

Bye Kuola Ranch ! Pengalaman baru kami di sini dan mmg best ! Sehari suntuk di sini .. dah tiba masanya nak balik ke hotel dan banyak lagi aktiviti2 seterusnya ..

image

The next day , we breakfast at local restaurant just kat sebelah hotel .

image

Jalan2 di sekitar bandar … cucimata, santai , lepak ,best !!

image

At Moanasurfrider Hotel , #waikikibeach

image

#moanasurfrider luv the #architecture .. 😍😍😍

image

image

Datang ke sini kalau berkurung dalam bilik hotel aje .. rugi !
Kuar jalan2 lihat cultures, food , shopping etc. Enjoyyyy!

image

#coach satu .. org sebelah ni mmg peminat hijau forever! Hijau pun hijau la.. hehe .. pun cantik juga .. Janji happy ! #shoppingdihawaii

image

#food #thecheesecakefactory in Hawaii .

image

Skodeng jek .. sendiri tak mandi pun.. ekeke
Waikiki beach mmg cantik dan mendamaikan !

image

Jinaknya burung2 #merpati ni .. #colorful #waikikibeach

image

Lepak2 time .. makan time tepi pantai Waikiki . Waikiki beach adalah salah satu tempat yg paling indah di dunia . Waikiki terletak di pantai selatan pulau Oahu .

image

Waikiki Beach memiliki pantai yang bersih dan berair biru yang dipagari bangunan hotel dan resort mewah dan sebagai tempat berjemur di bawah terik matahari dan tempat bermain papan selancar .. pantai yang sangat digemari oleh para pelancong termasuk kami. Di sepanjang Kalakaua terdapat banyak tempat shopping dan restoran . Di sini juga terdapat Waikiki beach walk dan Royal Hawaiian Center. 😍😍😍😍😍

image

image

Masa jalan2 di Kalakaua … terjumpa kedai ni 😄😅

image

Lepak kat Pantai Waikiki sambil tengok persembahan Luau Dance . Happening kat sini ..! 😄

image

Setiap hari i mengunjungi ABC store selama i di Hawaii ni .. macam2 ada jual di sini , dari brg keperluan hinggalah ke souvenir . ABC store ada di merata2 tempat di Hawaii ni..

image

Group photo trip to Hawaii !
One of the best trip ! 💖

image

10 days in Hawaii .. tiba masa nak pulang ke tanah air .Tak sabar nak pulang ke Malaysia . Jalan nak ke Honolulu International Airport ..

image

Bye Oahu ! Bye Hawaii !
Time to go home ..

image

Fuhhhhh akhirnya berjaya juga menamatkan cerita Zie ke Hawaii ni dengan jayanya .. begitu panjang sekali ceritanya ya … maklumler hampir 2 minggu saya di sana .

Ada kah pembaca2 di sini yang udah lama bercita-cita nak melancong ke luarnegara secara PERCUMA ?? Kalau ada tinggalkan no telefon anda di bawah ya .. atau whatsapp di 0192629425. Maklumler nak melancong guna duit sendiri tak tahu lah bila nak cukup kannn .. sebenarnya ada cara utk anda melancong PERCUMA cuma anda saja yg belum tahu . Whatsapp laju2 ya .. 

My instagram is PRINCESSRIZZHANIS 

please feel free to follow me !