Posted in ⏰ WORKING GIRL, ~ Sejarah Diri Bagaimana Boleh Menetap Di Selangor .. hehe

Sejarah diri bagaimana boleh menetap di Selangor .. hehe 

Semasa di dlm last semester saya di School Of Nursing kami disuruh isi borang untuk membuat pilihan di negeri manakah kami suka nak ditempatkan bekerja so saya memilih pertama nak berkhidmat di Selangor dan yang ke dua di Kuantan , yang ke tiga di Pulau Pinang . Saja aje sebab rasa nak keluar dari Terengganu .. haha (jemu haihh dok setempat aje) ,  tetapi  di dalam hati tu sebenarnya masih ada perasaan takut kalau-kalau betul ditempatkan di negeri-negeri yang dipilih tu ,cemana ya .. ( tahu pun takut ) hihi

Seronok bila berkursus Nurse dengan Kementerian ni ialah bila habis kursus , kerja sudah sedia menanti,  tak payah susah2.nak usung resume ke sana sini . 

Haaa amik kau , sekali keputusan keluar memang betul ditempatkan di Selangor tetapi nasib masih menyebelahiku sekurang-kurangnya.saya dapat di bandar bukan di ceruk atau di hulu .. huhu 

surat untuk melaporkan diri sudah dapat , saya diminta melaporkan diri di Hospital Tengku Ampuan Rahimah , Klang , Selangor.  

Cerita bersambung kemudin ya … rasa tak larat plak nak menaip. Huhuhu 

Advertisements