Posted in ⏰ WORKING GIRL, ~ Bermulanya Alam Pekerjaan Sebagai Misi Di Hospital

BERMULANYA ALAM PEKERJAAN SEBAGAI MISI DI HOSPITAL 

 …. saya seperti tak percaya yang saya sudah mula bekerja . Hari pertama dan ke dua saya pergi kerja tapi hari ke tiga saya dah mula home sick . Kepala saya berat , badan saya sangat panas kerana akibat terlalu kuat menangis . Hari-hari menangis tanpa henti sedih sangat . Saya tak tahan lalu saya pergi ke JPL ( Jabatan Pesakit Luar ) untuk ambil ubat. Doktor bagi saya MC 3 hari . Fuhhhhh lega seleganya . Duduk asrama aje berehat dan menangis lagi mengenangkan nasib .. huhuhu 

Dah habis MC saya dengan berat hati terpaksa juga melangkahkan kaki ke wad . Masuk aje wad , pesakit penuh .. memang wad ni ternyata wad yang sangat sibuk . Habislaaaaaa  

Masa ni shift petang , masuk aje dengar staff passing report . Kedengaran juga suara sister yang bising dengan staff itu tak kena , ini tak kena .. hadoiiiii macamana nak kerja ni ,  lagi bertambah tension lah jawabnya dapat sister macam ni  .. 😜😜😜

Keesokannya adalah OT day so maknanya hari ni adalah kena buat preparation pesakit utk ke OT . Pesakit yang beratur menunggu untuk buat ‘skin prep’ tu jangan cerita lah punya ramainya . Tambah plak jenis yang bulu banyak .. siksa misiiiii  sampai misi tak sempat nak dinner sibuk dengan cukur mencukur .. hihi  

Penat jangan ceritalah memang betul-betul tak berbaloi dengan gaji pada masa itu . Kalau masa wad sibuk dari mula masuk kerja sehingga balik langsung tak dpt duduk . Makan pun tak sempat . Balik kerja singgah kedai mamak kantin hospital beli nasi goreng , makan separuh aje sebab tak ada selera . Balik asrama , mandi , solat pastu terus bum tidur fengsan terussss . Beginilah kehidupan seorang misi . 

Walaubagaimanapun kehidupan perlu diteruskan . Begitulah kerja kadang-kadang shift petang kadang-kadang pula shift pagi dan yang paling teruk masa saya mula-mula kerja shift malam di sini ialah 5 or 6 malam .  Haiyaaaaa nampak bulan bintang aje . Matahari langsung tak jumpa kerana tidur sepanjang hari . Aduh siksanya rasa tapi lama kelamaan dapat juga saya menyesuaikan diri , dah terpaksa kannn demi pesakit-pesakit yang tercinta kalau misi tak jaga siapalah plak nak jaga pakcik dan makcik ni kannn . Kasihan sangat sebab ada juga anak-anak mereka yang hantar mak mereka ke hospital lepas tu balik rumah tak jengah-jengah lagi sehinggalah nak discaj baru datang semula ke hospital . Kalau tak de misi ni tak tahulah macamana kannn 

Uols must say thank you banyak-banyak to misi tau 

okay len kali saya sambung cerita saya lagi … baiiiii 

Advertisements