Walimatul Urus di Bandar Sri Damansara Nov 2017

Majlis resepsi persandingan ini adalah anak kepada kawan sekolah Dean . Ia berlangsung di Dewan Serbaguna ,Persiaran Perdana , Bandar Sri Damansara pada hari Ahad 5 Nov 2017 . Kebanyakan orang sekarang dah buat kenduri-kendara di dewan , senang kannn berbumbung hujan pun tak pe . Parking kereta pun banyak berbanding dengan buat di rumah .  

Kali ni Faiz pun nak ikut juga so kami berempat cuma Zharif je tak ikut. Lauk kendurinya mabeles , nak bertambah nasi rasanya .. 😆  dengan acar buahnya .. perghh complete .  Kalau Kak Zie kata sedap  ia memang sedap ! Sebab Kak Zie ni cerewet skit tentang makanan . Ada yang buat kenduri tu lauknya hampehh!!  investlah skit .. cari tukang masak / caterer yang masak sedap sebab nak hidang kat beratus orang ni or beribu orang , biarlah ikhlas. Kadang-kadang yang tak sedap tu cajnya lagi melampau .. setuju ?  

Waktu kami pergi kenduri ni pun hujan renyai-renyai almaklumlah sudah masuk musim tengkujuh , hujan setiap hari .  Jangan ribut sudahlah , orang kata kalau masa kenduri ada berlaku ribut yang kuat mungkin itu petanda yang tak baik yang akan berlaku kepada pasangan pengantin  .. wallahuwa’lam. 

Kepada tuan rumah , thanks for having us join you for your daughter’s big day . 

Leave a comment