Posted in 🍜 RESIPI, ~ Roti Jala

ROTI JALA – sumber @resipi sedap 

Setiap kali Kak Zie buat open house Kak Zie selalu order je Roti Jala ni . Kak Zie dan tetamu memang sangat suka Roti Jala tapi nak buat almaklumlah nak layan menjala ni tak cukup kaki tangan . Pembantu tak de 😆  

Bila terjumpa resipi memang teringin sangat nak buat tapi belum kesampaian lagi . Just copy je lah dulu kat blog .. 

Roti Jala 
Bahan-bahan : 
1 kg tepung gandum 

2 biji telur 

1/2 tin susu cair 

150 ml minyak masak 

1500 ml air 

Sedikit garam 

Pewarna kuning telur 

Cara : 
Satukan semua bahan , kisar hingga sebati. Guna kuali tak melekat ( non stick pan) . Jika guna kuali leper untuk masak daging burger , leser sedikit minyak pada kiraian yang pertama … kiraian yang seterusnya tak perlu leser minyak. 

*1kg tepung boleh dapat 85 pcs. 

Posted in 🍜 RESIPI, ~ Kuih Cara Berlauk

KUIH CARA BERLAUK MALAYA ~ sumber fb 

Kak Zie sangat gemar makan kuih cara berlauk tetapi tak reti buat … hihi So Kak Zie amik je resipi yang Kak Zie baca di facebook dan letak kat my blog , senang nak cari di masa akan datang bila teringin nak buat . 

Kuih Cara Berlauk 
Bahan tepung 

200ml santan pekat (santan kotak) 

200ml air 

4 biji telur 

150gm tepung gandum 

1/2 sudu teh pewarna kuning 

Garam secukup rasa

Bahan inti 
200gm daging ayam/daging 

2 sudu besar rempah kari daging 

1 ulas bawang merah *

2 ulas bawang putih *

1 cm halia *

Finely chop bahan*

Sedikit lada sulah 

Garam secukup rasa 

Hiasan 
Daun sup dihiris 

Cili merah dihiris 

Bawang goreng 

Cara 
1) Campur kesemua bahan tepung dan kisar dengan blender . Tapis adunan 

2) Inti : Tumiskan bawang merah , bawang putih dan halia hingga wangi . Maaukkan rempah dan kacau hingga naik bau sebelum masukkan ayam , lada sulah dan garam .masak hingga matang . 

3) panaskan acuan dan sapukan sedikit minyak pada acuan. Tuang bahan tepung sehingga 3/4 acuan dan masukkan inti. Hiaskan dengan bahan hiasan. Tutup acuan dan tungga hingga masak. Gunakan api kecil sahaja . Setelah masak keluarkan . 

* Adunan ini boleh dapat dalam 60 biji lebih.