Posted in ~ Air Terjun Jeram Toi , Negeri Sembilan

Air Terjun Jeram Toi , NS 

Petang Ahad yang terang benderang , selalunya hujan sebelah petang tapi hari ini terang pulak . Dean ajak pergi mandi air terjun .. macam nak gelak pun ada sebab tetiba je nak mandi air terjun ,selalunya pantang ada masa lapang nak ke kebun aje .. haha 

Dalam pukul 3 petang selepas makan tengahari , kami pun bertolak dari rumah . Kami melalui Pekan Broga , Ulu Beranang dan Pantai . Akhirnya sampai , perjalanan mengambil masa 1 jam aje dari rumah . Tempat ni sangat senang cari sebab ianya hanya terletak di tepi jalan besar nak ke Pekan Kuala Klawang . Nak park kereta pun senang sebab orang tak ramai sangat .Tetapi Kak Zie tak berani nak mandi sebab kebetulan masa datang tu macam ramai orang asing je . Dean pun tak mandi sebab katanya air keruh. Anak-anak pun apa lagi semuanya tak nak mandi.  Datang macam bos besar , melawat pastu blah  .. datang amik gambar je , pastu selfie .. bahahahaha

Tempat ini cantik terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu pertama puncak , di sini agak licin . 

Tempat kedua ada beberapa orang mandi . The best part bagi Kak Zie kalau nak mandi ialah di bahagian ini . Tempat ni tak tinggi sangat pun dan yang penting air nya laju .. dapatkan aura air terjun tu yang penting . Best!!! 

Di bahagian ketiga ada kolam untuk orang dewasa mandi , dalam lebihkurang 5 kaki setengah . 

Di bahagian ketiga ni ada tempat duduk .. di sinilah kami duduk dan berwefie hehe

Di bahagian paling bawah pula cetek  ialah untuk kanak-kanak . Wah best kanak-kanak berenang dan ibu mereka pula syok berendam kaki di sini . 

Best juga kan tempat ni . Keselamatan sangatlah  diutamakan untuk pengunjung yang datang beriadah di sini . 

Advertisements

Author:

Living in KL . Wife and mom of 3 kids. Co-founder of Millionaire Partners. Contact : princessrizzhanis@gmail.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s