Posted in Buku Mewarna Kanak-kanak, LOVED ONES

Buku Mewarna Kanak-kanak 

Pepagi buta dalam pukul 6 pagi sambil tunggu nasi masak , cuba intai skit bilik kecil sebelah dapur yang Kak Zie buat simpan buku-buku lama dan jadikan stor . Sambil membelek buku-buku di situ terjumpa lak buku baby Zharif yang Kak zie beli semasa dia tadika dahulu … Dah banyak buku Zharif yang lama-lama Kak Zie sedekahkan kepada orang . Maklumlah dahulu Kak Zie seorang ibu yang sangat suka membeli buku mewarna kerana Kak Zie sendiri pun suka mewarna . Hakhakhak

Inilah dia di antara buku mewarna Zharif yang masih tinggal , buat kenangan . 

Advertisements
Posted in ~ Air Terjun Jeram Toi , Negeri Sembilan

Air Terjun Jeram Toi , NS 

Petang Ahad yang terang benderang , selalunya hujan sebelah petang tapi hari ini terang pulak . Dean ajak pergi mandi air terjun .. macam nak gelak pun ada sebab tetiba je nak mandi air terjun ,selalunya pantang ada masa lapang nak ke kebun aje .. haha 

Dalam pukul 3 petang selepas makan tengahari , kami pun bertolak dari rumah . Kami melalui Pekan Broga , Ulu Beranang dan Pantai . Akhirnya sampai , perjalanan mengambil masa 1 jam aje dari rumah . Tempat ni sangat senang cari sebab ianya hanya terletak di tepi jalan besar nak ke Pekan Kuala Klawang . Nak park kereta pun senang sebab orang tak ramai sangat .Tetapi Kak Zie tak berani nak mandi sebab kebetulan masa datang tu macam ramai orang asing je . Dean pun tak mandi sebab katanya air keruh. Anak-anak pun apa lagi semuanya tak nak mandi.  Datang macam bos besar , melawat pastu blah  .. datang amik gambar je , pastu selfie .. bahahahaha

Tempat ini cantik terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu pertama puncak , di sini agak licin . 

Tempat kedua ada beberapa orang mandi . The best part bagi Kak Zie kalau nak mandi ialah di bahagian ini . Tempat ni tak tinggi sangat pun dan yang penting air nya laju .. dapatkan aura air terjun tu yang penting . Best!!! 

Di bahagian ketiga ada kolam untuk orang dewasa mandi , dalam lebihkurang 5 kaki setengah . 

Di bahagian ketiga ni ada tempat duduk .. di sinilah kami duduk dan berwefie hehe

Di bahagian paling bawah pula cetek  ialah untuk kanak-kanak . Wah best kanak-kanak berenang dan ibu mereka pula syok berendam kaki di sini . 

Best juga kan tempat ni . Keselamatan sangatlah  diutamakan untuk pengunjung yang datang beriadah di sini . 

Posted in Hari Raya Aidil Adha, ~ Hari Raya Haji 2017

HARI RAYA HAJI 2017

Hari Raya Haji dah lepas tetapi Kak zie baru berkesempatan untuk menulis , dah tak boleh wish kepada pembaca semua  .. huhu   tapi tak mengapa Kak zie  menulis ini just untuk ingatan  je . 

Raya Haji tahun ini kami sekeluarga tak balik kampung cuma dekat rumah aje .  Bangun awal pagi masak nasi minyak untuk famili … favourite dish bagi mereka . sangat sedap katanya  hehe .. Pukul 7.30am makan dan pukul 8am kami semua ke surau untuk solat sunat Aidil Adha .  tiba di surau orang dah penuh di dalam , kena solat di luar lah nampaknya . 

Selepas solat ada sedikit jamuan makan-makan di surau ini . Kak Zie tak sempat makan cuma tapau seketul ayam rendang yang sedap , tak tahu siapa yang masak .. mereka potluk bawa ke surau. Sempat juga bergambar dengan anak-anak bujang kami ni Hanis dan Zharif . Dah besar anak mak , dah tinggi pada mak dah pun .. 😄

Selepas pulang dari surau just lepak-lepak kat rumah aje . Semua orang balik kampung sebab cuti panjang . Kami plak amik masa untuk berehat di rumah aje .  Tak boleh berjalan sebab anak nak exam SPM tahun ni , kalau mak berjalan , anak enjoy katakkkk  lupa buku lupa segala  haha