Posted in ⏰ WORKING GIRL, ~ Bermulanya Alam Pekerjaan Sebagai Misi Di Hospital

BERMULANYA ALAM PEKERJAAN SEBAGAI MISI DI HOSPITAL 

 …. saya seperti tak percaya yang saya sudah mula bekerja . Hari pertama dan ke dua saya pergi kerja tapi hari ke tiga saya dah mula home sick . Kepala saya berat , badan saya sangat panas kerana akibat terlalu kuat menangis . Hari-hari menangis tanpa henti sedih sangat . Saya tak tahan lalu saya pergi ke JPL ( Jabatan Pesakit Luar ) untuk ambil ubat. Doktor bagi saya MC 3 hari . Fuhhhhh lega seleganya . Duduk asrama aje berehat dan menangis lagi mengenangkan nasib .. huhuhu 

Dah habis MC saya dengan berat hati terpaksa juga melangkahkan kaki ke wad . Masuk aje wad , pesakit penuh .. memang wad ni ternyata wad yang sangat sibuk . Habislaaaaaa  

Masa ni shift petang , masuk aje dengar staff passing report . Kedengaran juga suara sister yang bising dengan staff itu tak kena , ini tak kena .. hadoiiiii macamana nak kerja ni ,  lagi bertambah tension lah jawabnya dapat sister macam ni  .. 😜😜😜

Keesokannya adalah OT day so maknanya hari ni adalah kena buat preparation pesakit utk ke OT . Pesakit yang beratur menunggu untuk buat ‘skin prep’ tu jangan cerita lah punya ramainya . Tambah plak jenis yang bulu banyak .. siksa misiiiii  sampai misi tak sempat nak dinner sibuk dengan cukur mencukur .. hihi  

Penat jangan ceritalah memang betul-betul tak berbaloi dengan gaji pada masa itu . Kalau masa wad sibuk dari mula masuk kerja sehingga balik langsung tak dpt duduk . Makan pun tak sempat . Balik kerja singgah kedai mamak kantin hospital beli nasi goreng , makan separuh aje sebab tak ada selera . Balik asrama , mandi , solat pastu terus bum tidur fengsan terussss . Beginilah kehidupan seorang misi . 

Walaubagaimanapun kehidupan perlu diteruskan . Begitulah kerja kadang-kadang shift petang kadang-kadang pula shift pagi dan yang paling teruk masa saya mula-mula kerja shift malam di sini ialah 5 or 6 malam .  Haiyaaaaa nampak bulan bintang aje . Matahari langsung tak jumpa kerana tidur sepanjang hari . Aduh siksanya rasa tapi lama kelamaan dapat juga saya menyesuaikan diri , dah terpaksa kannn demi pesakit-pesakit yang tercinta kalau misi tak jaga siapalah plak nak jaga pakcik dan makcik ni kannn . Kasihan sangat sebab ada juga anak-anak mereka yang hantar mak mereka ke hospital lepas tu balik rumah tak jengah-jengah lagi sehinggalah nak discaj baru datang semula ke hospital . Kalau tak de misi ni tak tahulah macamana kannn 

Uols must say thank you banyak-banyak to misi tau 

okay len kali saya sambung cerita saya lagi … baiiiii 

Advertisements
Posted in ⏰ WORKING GIRL, ~ Hari Pertama Saya Menjejakkan Kaki Ke Selangor

 Hari Pertama saya Menjejakkan Kaki Ke Selangor 

31 January 1990 jam 8.30pm saya menaiki bas dari Kuala Terengganu menuju ke KL . Nasib baik abang ipar saya sudi menemani saya bersama , sekarang abang ipar saya ini sudah arwah . He is the only brother in-law that i have . * cry already . 

Kami sampai di Hentian Putra di KL lebihkurang pukul 5.30 pagi . Adik abang ipar saya yang tinggal di KL sudah sampai di Hentian dan menemani kami ke Klang .  Disebabkan kami semua  tidak pernah sampai di Klang so nak senang kami naik cab aje dari sini . Kalau tak silap satu kereta dia caj RM25 . 

Tiba aje di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang lebihkurang pukul 7 pagi so kami sarapan dahulu di kedai mamak di situ . Sempatlah kami rehat sementara nak tunggu ofis buka . 

Dalam pukul 8 pagi 1/2/1990 saya dengan pakaian Nurse yang lengkap telah berjalan perlahan-lahan ke ofis HTAR untuk mendaftarkan diri saya untuk bekerja di hospital ini .  Saya tak takut kerana ada 2 orang lagi kawan saya yang turut sama mendaftarkan diri pada hari yang sama iaitu Normahani dan Norhayati . Kami dari Kolej Kejururawatan yang sama. Kami sangat berharap semoga kami ditempatkan di wad yang sama .. kui kui kui 

Kami dibawa orientasi di hospital ini . Habis kawasan hospital ni sudah kami ronda termasuklah bilik mayat ..  hehehe 

Di sebelah petang pula pihak hospital telah memberitahu kami di wad mana kami akan ditempatkan . Saya di Wad Pembedahan Perempuan , manakala kawan saya pula di Wad Orthopedik lelaki dan yg sorang lagi di Wad Kanak-kanak . Sedihnya kerana kami tak dapat kerja satu wad. Huhuhu 

Di sebelah petang juga kami dibawa ke asrama . Di sinilah kami akan menginap selama kami kerja di sini . Uzurnya asrama ini mungkin kerana telah lama dibina . Cermin tingkapnya ada yg tercabut tidak diganti dan perabutnya pula sangat kusam tapi apakan daya .. pejam mata ajelah …  jauh bezanya dengan asrama yang saya diami semasa di Terengganu dahulu . Setelah dah tahu saya ditempatkan di bilik yang mana , abang ipar saya telah meminta diri untuk pulang . Pada malam itu juga abang ipar saya pulang semula ke Terengganu dengan bas . Sedihnya saya ditinggalkan di sini , Allah saja yang tahu . Saya tiada relative di sini kecuali kawan saya yang  2 orang tu    * cry lagi 

Bersambung lagi di lain entri .