Posted in ~ A WEEKEND IN PORT DICKSON

A WEEKEND IN PORT DICKSON

pada 18 Mac 2017 kami ke PD . Sebenarnya ia dirancang oleh my husband lagipun pada hari itu ada reunion batch dia kat sana so bawa anak-anak bercuti sekali lah  😜

Kami bertolak dari rumah lebihkurang pukul 4pm dan sampai di PD hampir pukul 5pm di Seri Ratu hotel & spa . My husband just singgah di sini dahulu untuk berjumpa kawan-kawannya . Lamanya tak pergi ke pantai . Seri Ratu hotel ni not bad dekat sangat dengan pantai , budak-budak pun enjoy kena angin laut . 😍 

Dalam pukul 6pm kami ke bandar PD untuk check in di Hotel Merlin ( Faiz yang booked ) .  Just a small hotel but neat and tidy .  Parking lot pun ada . 

Pada sebelah malamnya dalam pukul 8.30pm ada makan malam BBQ dan ada karaoke . Dan yang istimewa saya pun dapat hadiah , tak sangka plak . Saya dapat hadiah harijadi . Happy Birthday to me .. hehe 

 Kebetulanla sebab acara ni dalam bulan Mac dan birthday saya pun dalam bulan Mac . Ha..ha .. tq kepada penganjur .

 

Acara tamat dalam pukul 1 pagi . Huhu 

Keesokannya kami sarapan pagi nasi lemak dan roti canai di kedai mamak di Bandar PD aje . 

Selepas sarapan back to hotel . Sebelum check out amik gambar dulu .. hihi 

Salah tunjuk ni , kami dari Selangor ya .. hehe 

Selepas check out kami ke Pd Waterfront sekejap bergambar. Lama tak datang ke sini , dah banyak berubah .

Pasni kami ke  Seri Ratu semula untuk my husband nak bergambar dengan sahabat-sahabatnya . 

Sambil tu kami melilau ke pantai kot2 la ada yang boleh dibeli .. haha 

cuaca sangat cantik ramai orang mandi manda di pantai ini . Mulanya kami pun nak mandi juga tapi mengenangkan tahap kepanasan , hurmmm tak jadi , lain kali aje lah .. 😅😅😅 

kalau nak mandi kena ke pantai awal pagi barulah tak panas . 

Bai bai uols . Jumpa lagi di lain entri . 

Advertisements
Posted in ~ HIBAH / HADIAH RM500K KEPADA KELUARGA

HIBAH / HADIAH RM500K  UNTUK KELUARGA 

HIBAH hadiah RM500,000 untuk keluarga anda yang tersayang . 

Jaminan dana kewangan kepada keluarga anda yang tersayang dengan membuka akaun HIBAH RM200 sebulan. Tuan / Puan boleh menghadiahkan sejumlah wang sebanyak RM500,000 sekiranya Tuan/Puan meninggalkan mereka selama-lamanya. 

Syarat-syarat HIBAH 
1) Umur 18 tahun ke atas

2) waras ( tidak gila ) 

3) Mempunyai pendapatan untuk membuat simpanan sekurang-kurangnya RM100 sebulan .

Syarat-syarat permohonan : 
1) Umur mulai 18 tahun – 65 tahun 

2) Simpanan dijamin oleh PIDM 

3) Patuh syariah – Syariah compliance 

Anda akan dapat SPECIAL GIFT buka akaun HIBAH sebelum 20 Jun 2017. 
Untuk maklumat lanjut sila hubungi 

Pn Radziah 019 262 9425 , 019 353 9425

Posted in ~ Langkawi again .. 2017 Wohoo

Langkawi again .. 2017 woohooo 

Kali ni bertolak dari rumah pukul 4.30 pagi . Tidur pun tidur ayam aje sebab takut tak terjaga , kang parah dibuatnya sebab semua tiket dah beli melalui internet. Nasib baiklah terjaga dari tidur pukul 4pagi , mandi-mandi , pakai baju , 4.30pagi terus gerak . Hanya berhenti rehat di rnr Agro Mall Ipoh dan breakfast di rnr Sg Perak .

Day 1

 Sampai di Kuala Perlis dalam pukul 10.30am . Terus pergi register di kaunter Langkawi Auto Express.   

 

Selepas register , makan tengahari terus di kedai laksa Kuala Perlis kerana suami nak makan laksa , kedai yang pernah saya ceritakan di entri yang sebelum ini.

Banyak sangat laksanya .. sepinggan penuh  , nak habiskannya pun sesak nafas!! Perut ni dah biasa makan nasi tengahari .. hadoiiii hihi.. 

Pulut Udang pun ada ..  suami saya suka. Tapi saya tak suka makan pulut ni , tak reti makan sebab dah biasa makan pulut panggang Terengganu yang mabeles tu ..  belum cuba belum tahu , anda kena cuba sekali . Sekali cuba terus lupakan yang lain … haha… jangan sentap .. bergurau aje .. 

memang lumayan rasanya pulut panggang dari Terengganu . 😋😋😋

Selepas makan laksa , kami ke jeti dan naik feri dalam pukul 12 tengahari . Pukul 1pm feri mula bergerak . 

Bye Kuala Perlis !! 

Di dalam feri Langkawi Auto Express lebih selesa kerana ada meja so bag atau makanan bolehlah letak atas meja . 

Yang kurangnya adalah plug untuk caj handphone .. huhu 

Dalam pukul 3.30pm kami sampai di Jeti Tg Lembong . 

Terus ke tapak projek .. dah ada perubahan skit berbanding dengan site visit pada bulan Januari yang lalu . 

Seterusnya kami pergi check in hotel , kali ni kami menginap di Geopark Inn di Pekan Kuah . 

Inilah dia lobby hotel .

Biliknya pun ada wardrobe dan kemas . 

Saya juga boleh nampak pemandangan yang cantik melalui tingkap bilik saya 😍

Hotel ni juga bersebelahan dengan masjid . 

Tentang makan malam pula kami pergi makan di tempat biasa hehe .. rasanya sedap bolehla rekemen kepada anda semua . 

Sate di sini pun sedap . 

Day 2 

Hari ke dua pula seperti biasa ler kami sarapan pagi di warung makcik tepi jalan tu ,nasi lemak sotong dia mabeles dan murah . 

Pastu ajak Abg Mat pergi kedai hardware lagi beli barang-barang yang diperlukan lagi. 

Tengahari pula singgah makan cendol bersama Abg Mat  . Hihi 

Sebelah petang pula menebas pokok yang semak di kawasan tapak projek ini . Hadoiiiii sakit pinggang habissss 

Tentang makan malam pula , hari ke dua ni kami makan malam di tepi jeti Teluk Baru berhampiran Awana Porto Malai . 

Boleh la .. makan kat sini . RM90 makan berlima bersama keluarga kawan suamiku. Ada ikan masak stim , sotong goreng , sepahat masak pedas , sayur dll. 

Day 3

Selepas sarapan di warung makcik tepi jalan tu , kami ke Pejabat Tanah Langkawi untuk bayar cukai tanah dan selepas itu kami ronda-ronda pulau .. hihi 

Kami singgah di Pantai Pasir Hitam yang gorgeous . 

Rasa nak tidur je kat pantai ni seperti masa kecik dulu suka tidur kat pantai , amik angin pantai ..   bestnyer !!  Di pantai ini tak ramai orang , it’s like a private beach tapi sebenarnya di tepi jalan aje .  Cantik tempat ni kerana kerajaan negeri sudah bina tempat untuk berehat seperti ini.   

Kami makan tengahari di restoran di Jalan Pdg Gaong ,dah lupa lak nama restoran ni . Kat sini self service . Lauknya sedap cuma cashiernya tak berapa mahir kira duit , dia main hentam je harga . Hadoyaiiii..  

Selepas makan kami gi melawat Aci ( tukang rumah) kat tapak projek .. hehe  pastu menyiram pokok doyan sekali .  Kalau tak siram mampus plak kangggg pokok2 ni maklumlah cuaca di Langkawi ni len macam skit panasnya . 

Cepat2 ler matahari terbenam nak balik hotel plak nak berehat …  hadoi penatnya memanjat bukit siram pokok .  Makan malam di tempat biasa jer lahhh di sebelah kedai Che Yah di Pekan Kuah tu.  

Selepas makan malam , pergi ngopi di kedai mamak di tepi hotel kami je . Nak ngeteh tapi perutku jadi kembong tak boleh terima air teh di Langkawi ni  .  Entah teh apa yang digunakan pun tak tau cam teh kaler aje .  Nak murah dan jimat  agaknya .. customer yang perutnya sensitif seperti saya ni yang jadi mangsa ..  huhu 

 

Day 4 
Malasnya nak bangun pagi .. haha  

Sebelum pergi sarapan kami jalan-jalan dahulu di hadapan hotel kami . Di hadapan hotel kami menginap ini adalah pantai berupa seperti lagoon . Sangat dekat dengan Dataran Helang , jalan kaki pun boleh sampai tetapi berpeluh jugakla .. hihi 

Day 4 ni kami a bit free just jalan-jalan dan pi tengok Aci buat kerja. 

Sebelah malamnya pula kami lepak di rumah Abang Mat sambil sembang-sembang . Sebelah siang he was very busy meet up his friend in Alor Star.  Pukul 12 malam juga kami pulang ke hotel . 

Day 5 

Kami sibuk berkemas barang kerana this is the last day for us in Langkawi. Feri check in dalam pukul 12 tengahari . Kami sarapan di Kedai mamak berhampiran dengan Maybank Kuah . 

Selepas tu sempatlah kami melawat Dataran Helang .. hehe  

Banyaknya gambar helang .. hihuhi 

duduk lah plak , penatnya lagi plak matahari dah tegak ni walaupun baru pukul 10.30am . 

Kami ke Jalan Pantai Tengah plak .. hehe 

Saja .. minum-minum di sini  .  Di hadapan The Villa . 

Feri kami bertolak pukul 1pm tiba di Kuala Perlis 3.30pm .  

Selesa juga tempat penumpang berehat dan ada cafetaria juga . Langkawi Auto Express 👍 .  

Sekian .. bai Langkawi !!