Posted in ~ Bercuti di Langkawi Jan 2017

5 DAYS IN LANGKAWI 2017

Wowww 5 days in Langkawi ??  Yassss , my first time !  Tetiba banyak urusan plak kat sini .  Hadoyaiiii  tapi tak mengapa bersusah-susah dahulu , bersenang-senang kemudian .. In syaa Allah ! 

Day 1

Kami bertolak dari rumah pada pukul 9.30 pm hari Ahad so tak banyak kereta sebab hari cuti . Kami melalui jalan Rawang dan masuk tol Kuala Kubu Baru , dah jimatlah skit . Lepas tu terus saja , 1st stop kat RNR Ladang Bikam dan 2nd stop di RNR Sg Perak .  Kami sambung lagi perjalanan dan keluar tol Alor Star (s) , terus lagi 3rd stop di salah satu stesen minyak di jalan Alor Star – Kuala Perlis. 

Day 2

Kami sampai di Kuala Perlis pada pukul 4 pagi hari Isnin . Fuhhhh legaaaaa . Kami parked kereta di kawasan Masjid terapung Kuala Perlis . Tertidur di dalam kereta , tersedar azan subuh . Lepas subuh dah tak boleh tidur , mencari-cari tempat nak bersarapan . Kami sarapan nasi lemak di warung yang berhampiran dengan jeti Kuala Perlis tu aje .  

Masjid terapung Kuala Perlis 

Selepas sarapan suami ajak berjalan-jalan ke Kangar sebab masa nak naik feri lambat lagi , check in pukul 1pm . Kuala Perlis ke Kangar tak jauh hanya 20 minit sahaja . 

Ini merupakan kali pertama kami singgah di Kangar .  Some pics in Kangar. 

Masjid Alwi 

I just snap photo randomly 😍😍😍

I ternampak satu hotel besar di sini iaitu Hotel Putra Regency Kangar ☝

Semasa ronda-ronda , kami singgah di kedai Hardware ini sebab ada benda nak dibeli ..  murah harga barang di sini berbanding KL 

Selepas dapat barang yang dicari , kami terus balik semula ke Kuala Perlis . Masih terlalu awal lagi nak naik feri so pusing-pusing cari kedai laksa rupanya masih belum buka lagi. 

Terlena sekejap sementara nak tunggu Kedai Laksa buka pukul 11.30am . 

Inilah dia Laksa Kak Su Kuala Perlis . Anda boleh cuba jika anda ke sini . Kedainya opposite SJKC je . 

Ada jual pulut inti juga .

Tepat pukul 12 pm saya ke pejabat feri Ro Ro untuk mendaftar. Tiketnya saya dah booking online 2 days earlier.  Dia perlukan photocopy ic , photocopy Geran Kereta dan kertas booking online yang anda telah buat.   Sila photocopy dahulu sebelum ke ofisnya. 

Ofis Feri Ro Ro di Kuala Perlis 

Katanya saya kena tunggu pukul 1pm baru beratur untuk bawa kereta naik atas feri. Nampak tak gate yang berwarna merah tu ? Kita akan masuk melalui gate itu untuk  ke feri . Ianya terletak sebelah masjid Al Hussain Kuala Perlis aje . 

Setelah pukul 1pm kami pun naik feri . 

Kereta beratur di atas feri 

Kami fikir tepat pukul 2pm feri jalan sebagaimana yang dijadualkan tetapi anda tahu tak pukul 4pm baru feri bergerak . Dari pukul 1pm kat atas feri ni iaitu 3jam naik lemau badan sampai nak muntah rasa + lagi 2 jam , pukul 6pm baru feri sampai di Tg Lembong . Nasibbbbbbb nak wat camne .. sabor je lah !  Mai layan pics kat atas feri tersayang ni .. huhu 

Posing habis-habisan jangan tak posing ,bukan senang nak naik feri ni .. 😂😂😂

Pukul 6pm barulah kami sampai dengan selamatnya di jeti Tg Lembong , Langkawi.

Kami terus ke Kg Teluk kerana nak punggah barang dari Ranger ke rumah Abg Mat (jiran kami di Langkawi) .  Selepas dah habis punggah terus ke hotel untuk check in dalam pukul 7.30pm.  Kali ni kami sewa Hotel Citin di Pekan Kuah atas permintaan suami yang suka nak menginap di Kuah. Hotelnya bagus bersih dan kemas . Bilik airnya pun ok . Bilik dan cadar dikemas setiap hari . Ada wifi di setiap bilik . Memang selesa. Saya pun balik ke hotel sebelah malam sahaja untuk tidur , siang banyak aktiviti lain jadi tak perlulah saya nak menyewa hotel besar dan mewah .  

Pukul 8pm kami makan malam di Pekan Kuah tak jauh dari hotel kami . Kedai makan banyak di sini , makanan sedap dan harga lebih murah berbanding dengan Pantai Cenang .  Kami makan di kedai ini 👇

Day 3

Kami selalunya bersarapan di warung tepi jalan Kuah-Padang Maksirat , tak jauh dari hotel kami . Kalau dari Pekan Kuah , warung ini terletak di sebelah kiri selepas Adya Hotel . Nasi lemaknya sedap dan sangat murah . Anda boleh cuba . Selepas sarapan kami terus ke tapak projek kami di Kg Teluk . Sembang dengan Abg Mat lebihkurang pastu mulalah suami saya  ni tak reti duduk diam , kerat pokok yang tumbang lah dan macam-macamlah .

Sebelum tu saya ada temujanji dengan satu tokeh ni , dia kata nak tengok batu hitam untuk projek tambak laut. Bila dia datang , dia kata tak sesuai plak batu ni nak tambak laut. Katanya batu hitam ni sesuai untuk tambak tanah bendang . 

Batu hitam ini telah sedia dikumpulkan lebihkurang 300 lori ☝

So sesiapa yang tinggal di Langkawi dan terbaca blog saya ni , jika anda nak beli batu hitam boleh tinggalkan msg di bawah ya . 

 Hari ke 3 ni jugak kami bincang nak  bawa Abg Mat ronda-ronda pulau .. hahaha   

sebenarnya suruh Abg Mat tunjuk kedai-kedai hardware di sini yang menjual barang-barang seperti simen , pasir , batu-bata yang harganya lebih murah .  Kami makan tengahari di Padang Matsirat . Saya dan Abg Mat makan nasi campur . Suami saya seperti biasa ler dia ‘Nasi Ayam fans ‘ 😜😂😂😂 

Ini ialah di antara kedai yang kami survey dan beli barang . 

Selepas sudah habis beli barang kami pun pulang ke tapak projek untuk memunggah simen yang dibeli . Dan setelah selesai baru kami pulang ke Hotel Citin . 

Hari ke 3 ni kami makan malam di Kedai Cik Yah plak , according to Hotel’s receptionist dia kata kedai Cik Yah ni makanannya sedap . Kedai Cik Yah bersebelahan aje dengan Kedai Saujana Indah .  Sebenarnya rasa lebihkurang sama aje. Kami order nasi putih + sup ekor + tomyam campur + telur dadar + kailan ikan masin . 

Muka moyok dah letih , rasa nak tidur aje 😴

Day 4

Seperti biasaler selepas sarapan nasi lemak di warong makcik tepi jalan tu , kami terus ler ke tapak projek kami . Hari ke 4 ni acara kami menanam pokok hehe ..  Bermacam-macam pokok kat rumah di Kajang tu telah diangkut oleh suamiku ke dalam Ranger untuk dibawa ke Langkawi ni . Di antara pokok-pokok tu ialah pokok kelapa ,pokok Musang King , pokok Harumanis ,pokok Ciku , pokok Mata Kucing dan lain-lain .  Tetapi tempat yang nak ditanam pokok-pokok ni telah naik semak samun so terpaksaler kami menebas dahulu . Nak pengsan rasa aku dengan cuaca yang panas kat pulau ni len macam betul! Terjumpa plak ular kecil dan lipan yang panjangnya 1 kaki tu . Hadoiiiii memang betul-betul semak kawasan ni . Nampak tanah orang sebelah macam ada tanam buah-buahan , pelik juga kenapalah tak dibersihkan sampai binatang-binatang bisa ni pun hadoooo ..  grrrrrr

Tapi nak bagitau view dari tapak projek ni memang curlassss gitew ..  jom enjoy my pics 

Nampak laut nun jauh di sana .. suamiku cakap Rebak Island pun boleh nampak . 

Sudaaaaaa takat ni aje … nak lebih-lebih bila dah siap Menara Tinjau ( Look out point) ku nanti mari ramai-ramai datang ke sini ya …  🙂  my lovely blog  reader from Malaysia , Indonesia , Thailand , Brunei , Singapore , Europe , and other countries are welcome .  Teringat pula  saya tentang cerita Uncle Lim yang pernah saya baca di dalam bukunya tentang penat lelahnya masa mula-mula dia nak buat jalan nak buka Genting Highland suatu ketika dahulu . Bezanya dia projek besar , saya ni cuma projek kecil sahaja  . Huhu 

Okayyy back to my project , sebelah tengaharinya pula lori yang menghantar batu-bata datang . 

Kerja-kerja memunggah batu-bata sedang dijalankan . 

Selepas dah habis kerja-kerja memunggah , kami menyambung semula kerja menanam pokok .. huhu 

Sebelah petang datang pula lori menghantar besi dan sebagainya . 

Lewat petang baru kami pulang ke hotel. 

Selepas maghrib seperti biasa makan malam di tempat biasa juga .. cuma suamiku cakap malam ni boleh order special sikit sebab siang tadi kerja kuat menanam pokok .. tambah satu lauk ‘ayam goreng kunyit ‘ 😂😂😂😂😂

selepas makan malam mengeteh di kedai mamak sebelah hotel Citin.. 

Panorama Pekan Kuah di waktu malam ..

Day 5

Sarapan tiada beza , kami makan di tempat yang sama aje . Nasi lemak sotong. Selepas sarapan kami ke Pejabat TNB Kuah untuk memohon bekalan elektrik ke cottage kami yang dalam pembinaan ni . Hihi 

Selepas dah settle saya pergi menyopping jap di IDAMAN SURI . Kebetulan TNB dan IDAMAN SURI berada di jalan yang sama aje . Sebenarnya nak beli bedsheet single untuk anak bujang . Pastu ternampak plak mangkuk ala-ala pyrex sangat murah so apa lagi bedal je la lagipun datang ke Langkawi ni dengan kereta sendiri kannnn .. amik peluang ler .  

Selepas tu terus ke tapak projek kami . 

Dari Pekan Kuah kami lalu ikut Jalan Makam Mahsuri . Mesti ramai di kalangan pembaca yang biasa datang ke Makam Mahsuri kannnn . Haaaa nak ke tapak projek kami lalu ikut jalan tu lah … 

Di sebelah kiri akan nampak tapak projek kami dari jauh,  bukit yang dipotong seperti di dalam gambar di bawah . 

Hari ke 5 ni driver backhoe ada datang . Dia tolong angkut batu bata dari bawah naik ke atas di tapak cottage kami tu ..

Mereka bertiga aje yang angkut batu tu , cheq jadi photographer jah . Semua sendiku dah longgar akibat panjat bukit dan tanam pokok semalam yang sudah .. huhu 

Selepas angkut bata backhoe ni melakukan kerja-kerja dia angkut tanah , meratakan jalan , buat longkang dsb . Kami plak angkut kayu pelapik batu bata ni untuk dipulangkan semula kpd orang yang menjualnya . Rupanya jika dipulangkan kayu ini kepadanya semula dapat balik duit RM10 satu . Mahainya kayu ni kannnn 

Kami makan tengahari di Jalan Padang Gaong tak jauh dari Kg Teluk ni . Hujan pun dah mula turun , kami terus aje pulang ke hotel . Rehat sekejap sementara nak tunggu maghrib . Selepas maghrib pergi makan malam di tempat biasa . Tukaq lauk sket … lauk sama jah jemu haihhh 😂😂😂😂😂

Day 6

Hari terakhir kami di Langkawi . Kami check out dalam pukul 9 pagi . Selepas sarapan kami terus ke Tg Lembong untuk register . 

Dalam pukul 10 pagi kami dah kena masuk untuk pemeriksaan kastam di sini 👇  Habis satu kereta digagaunya , asyik tanya ada beli rokok ?? Suamiku kata ‘saya tak hisap rokok , parang adalah … ‘ huhu  Bawa parang sebab menebas semak kat Langkawi tu ..  Bukan apa takut tangannya terkena parang sebab dia asyik menggagau aje . 

Parked kereta Ranger leklok kat ataih feri ni , pastu naik ke atas di tempat penumpang duduk amik angin dan view sangat menarik . 

Pukul 11am feri mula bergerak .. legaaaa Nasib baik ler tak buat hal lagi kannnn .. 

apa lagi nak buat kat atas feri ni , amik gambaq la .. 

Bye bye Kuah , bye bye Langkawi !!! Sob sob 

Jeti Kuah 

Cantik sungguh pemandangan di Pulau Langkawi ini yang dipagari oleh berpuluh-puluh pulau . Jom enjoy my pics. 

Inilah untungnya naik feri Ro-Ro ni , dapat lihat pemandangan yang sangat indah kurniaan ilahi . 

Sambil-sambil lepak di atas feri ni ,  2 jam setengah you kat atas feri niii … sempat juga saya mengarang pantun . Dah lama tak memgarang pantun , akhir sekali mengarang semasa saya masih bujang dulu dalam usia 23 tahun . Semasa tu saya berjaya menghantar pantun saya ke radio Malaysia dan disiarkan .  

Inilah pantun yang berjaya dikarang di atas feri ni … hihi 

1)    Naik kereta ke Pulau Langkawi ,

Cantik Mahsuri dian purnama , 

      Hajat besar di dalam hati , 

Ingin terkenal seantero dunia.

  2)   Bersiap-siap ke Pulau Rebak,

Sampan dipandu suami isteri ,

    Saya tahu orang pun sibuk , 

Saja berpantun menghibur hati .

3)       Dataran Helang megah berdiri , 

Beras terbakar Padang Matsirat , 

       Dalam gembira Rizzhanis bercuti , 

Masih tak lupa keluarga dan sahabat.

  4)       Anak beruk duduk bersanding , 

Cari makan di hutan Datai , 

       Tujuh teluk sudah dibanding , 

Mana kan sama Pulau Langkawi . 



 

Nak pantun lagi??? Sudahhhh next time plak . Hehe 

 Dah nampak berbalam biru , itu adalah tanah semenanjung . Kami dah dekat nak sampai ..  yeayyyyy 

Kami sampai di Kuala Perlis dalam pukul 1.30pm .suami terus pergi solat Jumaat di Masjid terapung Kuala Perlis . 

Selepas solat kami singgah ke kedai serbaaneka jap borong apa yang patut . Harga barang-barang di sini sangat murah berbanding di KL . Penyapu baru RM2 . Mana nak dapat di KL? Selipar pun RM2 . Di KL mahal macam bedil. Selepas barang penuh kereta kami pun pergi makan tengahari . Pekena laksa puas-puas sebelum balik . 

Kami balik ikut jalan tepi laut ( nama jalan saya sudah lupa ) .

 Kami singgah sekejap di tepi jalan membeli kupang dan kepah . Pantang tengok makanan laut semuanya nak beli . Hihi

Kami masuk di tol Sungai Petani , hujan selebat-lebatnya sepanjang perjalanan . Kami singgah sekejap di Juru dan RNR Sg Perak . 

Sampai rumah hampir 12 malam .  Fuhhhhh penatnya , ummmp   walaupun tak drive tapi penat semacam . Hehe  

Posted in ~ Sarang burung walit untuk dijual

SARANG BURUNG LAYANG-LAYANG (WALIT) UNTUK DIJUAL 

​Sarang Burung Walet gred A telah diproses
1) asli 100%

2) tidak guna bahan kimia

3) stok baru

4) proses guna air bersih (air minum)
Cara menyediakan minuman Sarang burung walit

1) Ambil sebahagian sarang burung walit, masukan sedikit gula batu dan rebus sehingga air mendidih

2) Sedia untuk diminum panas atau sejuk
Khasiat Sarang Burung Walit

1. Sebagai Ubat Batuk Kering

2. Mengekalkan Kecantikan Kulit

3. Mengatasi Paru-Paru berbunyi

4. Mengubati Kerosakan Pembuluh Darah

5. Meningkatkan Selera Makan

6. Sumber Antioksidan

7. Sumber Mineral untuk Sistem Pertahanan Tubuh

8. Membuat Kulit Menjadi Cantik

9. Minuman sangat baik untuk ibu mengandung dan anak yang bakal lahir (imunisasi)

10. Minuman Mencerdaskan Minda
Gred A telah diproses 

a) 50gram RM250 

b) 100 gram RM500

c) 500gram RM2400

c) 1kg RM4800

Harga di atas adalah termasuk kos pos. 
Sila WHATSAPP  019-3539425, 0192629425

Posted in ✈ HOLIDAYS ABROAD, ~ Bercuti di Bandung

BERCUTI DI BANDUNG 

Pagi Rabu ni redup aje , matahari belum muncul lagi , baru aje lepas hantar anak yang bongsu pergi sekolah . Sambil-sambil nak menunggu yang lain sarapan nasi kerabu bersama , bolehla mulakan mukadimah trip bercuti ke Bandung yang lama dah nak stori mori tapi tak de masa. 😎

Trip ini kami pergi dengan syarikat Sutra Travel and tours . Sebenarnya ini adalah first time saya pergi holiday dengan syarikat travel melayu . Seperti biasalah kalau kita pergi bercuti dengan syarikat travel kita tak perlu risau nak memikirkan hal itu dan ini . Kita cuma follow schedule dia aje lah . Senang bangat !   Trip ni kalau tak silap saya 4 days 3 nights .  Cerita tentang persediaan , kalau ke negara ASEAN ni persediaan senang aje berbanding kalau nak ke negara sejuk especially pakaian.  Persediaan yang saya buat termasuklah ; 

1. Pakaian

Biasanya saya bawa pakaian sedikit aje . Bila sampai sana nanti beli ajelah baju baru . Pakaian tidur bawa lah dari rumah .  

2. Ubatan 

Bagi saya ubat-ubatan sangat penting untuk dibawa kerana saya tak mahu nanti bila sakit di sana susah plak nak mencari klinik . Kalau kita pergi ramai-ramai ni lagi kita nanti banyak tertinggal schedule nak jalan dengan mereka ,rugi sebab buang masa di klinik . Bawalah ubat-ubatan yang simple seperti Uphamol ,  ubat sakit perut dan cirit birit , ubat selsema dan ubat lain-lain yang tuan pun amik secara rutin jangan tinggal , mesti bawa bersama . 

3. Duit

Whoah.. kaya sekejap , apa taknya berjuta-juta duit dalam tangan haha..  kalau anda nak ke sana , bawa duit banyak skit senang nak berbelanjaaaa .. kami ke sana bawa duit sikit , shopping ala kadar aje  .duit makan tak perlu bawa sebab makan tanggung , tq3 penaja.  Di bawah adalah contoh penukaran duit RM ke rupiah .   Saya tukar duit di Sungei Wang atau Mid Valley but most of the time adalah di Sungei Wang , kedainya berhampiran dengan pintu utama berhadapan Jln Sultan Ismail.  . Dia boleh bagi harga lebih baik . 

Contoh Sumber dari Abg Goo 

4. Passport antarabangsa 

Hang jangan buat hai , passport hang jangan tinggai .. naiya kangggg !! Kes berat ar kalau hang tinggai passport . Make sure seminggu sebelum berlepas , letak dalam bag siap-siap . Hadoiiii penat hakuuu bab pesan memesan ingat mengingat ni ..  dan yang paling penting check tarikh luput passport hang tu .. kalau hang bawak passport tapi yang dah  luput tarikh .. tak laku seduit ! Pastikan tarikh luput 6 bulan selepas tarikh kita nak berlepas  . 😅

Ok lah semua dah get ready barulah bersiap-siap untuk pergi ke airport ( masa ni masih LCCT) .

Perjalanan dari Kuala Lumpur Ke Bandung dalam 2 jam 10 minit sahaja dengan penerbangan Air Asia. Maka sampailah kami di Lapangan Terbang Bandara Husein Sastranegara Bandung . Airportnya kecil sahaja . Senang tak payahlah kita nak berjalan kaki jauh jauh. 

Waktu di Bandung awal 1 jam dari Malaysia . Gelapnya lebih awal . Pukul 6pm sudah gelap . 

Kami check in di Hotel Grand Royal Panghegar yang terletak di Sumur Bandung .  Cantik biliknya . 

Gala Dinner kami juga diadakan di Hotel Grand Royal Panghegar  . 

Hari ke dua kami dibawa ke Tangkuban Perahu iaitu salah satu tempat pelancongan yang popular di Bandung Jawa Barat . Tangkuban Perahu bermaksud perahu yang terbalik . Tiket masuk ke sini ialah IDR50000 per pax. Setibanya kami di sini , kami diserbu oleh penjual-penjual cenderahati . Terasa terganggu lah plak nak amik gambar pun tak senang .. hehe.. Mereka ni mengikut kita ke mana saja kita pergi selagi kita tak beli jualan mereka . Untuk puaskan hati mereka , saya beli 2 pek key chain . Harganya memang lebih mahal .  Selepas dah dapat apa yang mereka hajati , mereka tak kacau saya lagi dah ..   susahnya mereka mencari rezeki kannn , bersyukurlah kita diberikan rezeki yang lebih baik. 

Kawah Ratu 

Selepas ke Tangkuban Perahu kami bertolak pula ke Kampung Daun . Dalam perjalanan ke Tangkuban Perahu anda akan nampak simpang ke Kampung Daun . Di sepanjang perjalanan ke Kampung Daun anda akan nampak banyak nursery yang menjual pokok-pokok bunga , semuanya cantik-cantik belaka . Kampung Daun merupakan tempat makan yang agak eksklusif . Ianya bercirikan pondok-pondok dikelilingi oleh hutan . Pada waktu malam terdapat persembahan di sini . 

Di sini juga terdapat kedai souvenir dan pakaian . Kalau yang berminat boleh singgah dan pastinya akan terbang duit u . 😜

Kakak2 ni tak habis2 try skirt labuh di Kampung Daun ni .. hehe

The next day kami pergi shopping pula di Factory Outlet , semua orang pergi shopping kita pun ikutler takkan nk duduk dalam bilik sorang-sorang plak kannn ..  Bandung ni memang syurga membeli belah . Ada beberapa kawasan utama factory outlet di sini iaitu di sekitar Jalan Setiabudhi , Jalan Riau , Jalan Dago , Jalan Cibaduyut dan Jalan Cihampelas . Di antara tempat yang kami pergi ialah di Jalan Riau . 

Di bawah ini ialah di antara kedai yang kami singgah di Jalan Riau . Bermacam-macam barang ada di sini seperti baju branded , beg tangan dan sebagainya . 

Sambil shopping sambil makan ice cream .. lapar dan haus hehehe 

Kami juga sempat ke Jalan Setiabudhi . Di sini terdapat Rumah Mode . Sangat ramai pengunjung yang datang ke sini .  Di sini best ada landscape dan ada cafe juga untuk lepak sambil minum-minum .  Nyaman sekali  waduhhhhhh! 

  Di Jalan Setiabudhi banyak terdapat restoran dan kedai makan selain dari factory outlet. 

Kami juga ke Pasar Baru iaitu tempat shopping paling popular yang saya rasakan di Bandung ini.  Rata-rata orang Malaysia yang pernah ke Bandung , mereka tahu tentang Pasar Baru ini . Antara jenis pakaian yang banyak terdapat di Pasar Baru ialah kain sulam, baju sulam, kain ela , kain batik , jubah , telekung dan bermacam-macam lagi. Harga lebih murah berbanding di Malaysia. Kalau beli dalam kuantiti yang banyak anda boleh dapat dengan harga yang murah lagi.  Ramai dari kalangan peniaga membeli-belah di sini dan menjual semula di kg halaman mereka. Apa tunggu lagi , jom kita meniaga .. huhu  Kesimpulannya Bandung memang boleh digelar sebagai ‘syurga membeli-belah’. 

The last day hari nak check out kami bergambar di hadapan Hotel kami menginap iaitu Hotel Royal Panghegar . 

Bye bye Bandung ! Ada rezeki ketemu lagi .. 

Pengalaman Bercuti di Bandung ni tak banyak sangat so hakakk henjut semua dalam satu page aje .. hahahahaha

Posted in ~ Tanah di Langkawi Untuk Dijual Segera

TANAH UNTUK DIJUAL DI LANGKAWI   2017 

Tanah bukit 3.2 ekar di Mukim Ulu Melaka  untuk dijual telah diratakan , lokasinya sangat dekat dengan jalan besar Makam Mahsuri.  Tanah milik 1 nama sahaja. Senang berurusan. 

Resort berdekatan seperti Sunset Valley dan Sunset Hill. 

Di atas tanah telah dibina rangka rumah (1 buah) , bekalan air telah di supply oleh SADA dan bekalan elektrik dekat sahaja.

It’s a good location , quite , private dengan pemandangan yang hebat dan sangat cantik dari atas tanah ini , boleh nampak sawah padi , laut dan matahari terbenam (sunset).  It’s a breathtaking. 

Tanah ini sangat sesuai untuk dibuat hotel , resorts , chalet dan sebagainya . Can build 60 to 80 houses easily. 

Harga 1.3M Sahaja dan boleh runding . 

Cepat-cepat booking , call/whatsapp  019 262 9425  OR 019 353 9425  taip LANGKAWI . 

Posted in ~ How we celebrated the new year

HOW WE CELEBRATED THE NEW YEAR 

HELLOOOOOO 2017 !!!

Pada malam tahun baru kali ini kami menghadiri kenduri kahwin di Kuang , Selangor . Kebetulannya kawan kami mengadakan majlis kenduri kahwin anaknya yang pertama so kalau tak pergi tak boleh lah kannnnnn sebab kawan baik kebunnnnnnn .  Balik dari kenduri lebihkurang pukul 10.45pm sampai rumah . Lepas tu ingat nak keluar semula tengok bunga api tapi anak-anak kesemuanya tak nak keluar dah so saya pun decided duduk rumah aje lah ..  hampir jam 12 malam kedengaran bunyi bunga api dari kawasan taman tempat kami tinggal , tengok dari rumah aje lah sudah memadai dari bersesak-sesak di KLCC tu ..  Sambil-sambil tu talked about what we want for 2017 , in personal life , in business and for our teams too.  And  “Happy New Year Dean , Happy New Year sons” .  Lepas tu terus tidur . So this is how we celebrated. Haha  I guess it’s just another year .. another day in my life. 2016 has been a terrible year . Too much sufferings out there and just  too much shit that is happening for some reason . I just don’t feel like celebrating. 

Ok , resolutions time :

1. To care about myself more. Always follow other people’s schedule sehinggakan tak ada masa untuk diri sendiri. Kena buat jadual sendiri especially bagi masa untuk personal shopping , hehe 

2. To cook more . Nothing better than home-cooked food for my family (even sometimes it’s not sedap) .  Biasanya i cooked for breakfast and dinner . 

3. To not waste time . It’s hard enough for me to do cold calling as early as 8am . Every morning i need to send my son to school , to prepare breakfast and so many things , by the time dah  9am .  The key is time management.  Do things fast and efficiently so i can get more things done. Yesssss i can do thisssss !!!

4. To blog more. This blog right here is my happy place , my escape from everything else.  I rasa sangat seronok bila i dapat menulis . ❤

5. To be more spiritual engage this year. Honestly 2016 was a bad year for me . To read the Quran more often or go to any talks etc not just for us but for our kids too. 

Ok those are a lot already . 

Here’s my small prayer to 2017 , may this year be a muchhhhh better one for all of us . Aamiin !