Posted in ~ Percutian di PD

Percutian di Port Dickson 

Tak ingat dah tarikh bila ni but sajeeee nak cerita semula kat anak-anak .. hihi 

Masa ni kami ajak bibik sekali bagi dia rasa happy jalan-jalan , asyik terperap kat rumah aje setiap hari . Bibik kami ni baik tak sibuk nak jalan-jalan hujung minggu . Setahun sekali aje balik kampung dia.  Kali ni kami menginap di Corus Paradise jugak .. bukan apa kat sini senang dapat bilik , kalau kat tempat lain tu asyik penuh aje . Kami plak jenis yang berkonsepkan redah bukannya nak book dulu pun .. hehe 

Kami sampai hotel dah petang , biasalah tuuuu tak pernahnya sampai awal .. huhu 

 Sampai je tu terus pergi ke kolam renang . Tak sabar lagi dah Zharif , Faiz dan Hanis nak berendam . Berenang tak pandai sangat . Kihkihkih 

Yeayyyy  semua dah masuk ke dalam air …

Seronok berendam … haha 

Asyik mintak mak  snap photo jer , bila pula mak nak berendam ni?  Huhu maghrib sudaaaaa 

Jom naik semuaaaaa !!! 

I need to post this photo sebab i suka backgroundnya.. senja di PD 

Mereka dengan bibik 

Kami pergi dinner di bandar PD as usual . Order seafood package . Dia ada menawarkan beberapa package , lebih menjimatkan sebab kami tak makan banyak sangat pun .   Selepas makan terus pulang ke apartment di Corus Paradise. 

Nak tidur tak dapat nak tidur asyik terjaga aje . Selalu tak macam ni . Keras betul bilik ni . Sorry i terlupa dah no bilik .  Penatnya rasa sebab tak dapat tidur .  Nasib ler .. len kali tobat tak sewa dah bilik ni . Huhu 

Next day sebelum check out posing dulu kat balcony .hehe 

Kami selalunya check out awal sebab malas nak datang lagi ke bilik selepas sarapan di luar.  

Byeeeeee 

Advertisements
Posted in ✈ HOLIDAYS ABROAD, ~ Shopping di Milan

Shopping di Milan , Italy 

Milan atau Milano ialah antara bandar di Itali yang paling terkenal di mata dunia . Mungkin salah satu sebabnya ialah statusnya sebagai salah satu pusat fesyen dunia yang membuatkan Milan terkenal di seluruh dunia atau disebabkan oleh kelab bolasepaknya yang hebat iaitu ‘Inter Milan ‘ dan ‘AC Milan’. 

Dan disebabkan itu jugalah saya dan suami hendak sangat melawat kota Milan ni . Hendak juga melihat dengan mata sendiri apa istimewa dan hebatnya Milan sehingga namanya begitu gah di seluruh dunia.

Perjalanan dari Fox Town , Lugano kami teruskan ke Milan . Sampai di Milan dah senja . Terus cari tempat makan .. perut dah kriot kriot nih .. 
Dibawa kami ke restoran ni … ermmmm 
Nama restoran ni dah lupa.. sowyy

Just ignore jer time kat photo tu ya sbb tu time M’sia .. tak tukar huhu 

Kenyang perut suka hati .. hehe 

tapi tak sabar nak mandi .. keletihan sangat. 

Lepas makan terus naik bas ..  akhirnya sampai jugak dan check in di Holiday Inn Assago Milano. Fuhhhhh legaaaa 

 

Room nya kecik .. tak pa lah  

Malam tu kena tidur awal sebab esoknya nak jalan banyak . 

Keesokan harinya selepas sarapan kami meneruskan misi .. haaa

Datang ke Milan ni sebenarnya tujuan utamanya ialah untuk shopping so lets shoppinggggg

Lantaran itu kami terus ke Piazza Del Duomo. 

Antara landmark yang terkenal adalah Duomo dan Glass Dome Galleria . Di dalam Galleria tersebut tersergam megah Butik Prada dan LV dan juga beberapa kedai ternama yang lain. 

Sehari di sini , geng2 kami tak cukup tangan shopping . Gilosss banyak betul barang mereka beli Prada , LV , Gucci, Burberry , Salvatore Ferragamore dll … Chanel mereka beli kat Monte Carlo iaitu our next destination . Tak dinafikanlah harga murah dan latest design . Tak beli mmg rugi .. dah datang mesti mau beli . Tangkap aje mana yg berkenan .. bkn senang nak kemari lagi .  Papepun Milan mmg tempat shopping yang best. Gambar tak banyak yang saya amik sebab mkn masa tu saya pun terlupa kerana sibuk memilih barang2 untuk dibeli .. haha  

Sesiapa yang datang ke Milan tapi tak datang ke Galleria ini kira tak sah la kunjungan anda ke Milan . Piazza Del Duomo is a must place to visit. Di sinilah juga Milan punya center of attraction . Begitu ramai sekali pelancong dari pelbagai negara yang berpusu-pusu dtg ke sini , masing2 nak bergambar berlatarbelakangkan Duomo atau cathedral yang sangat unik binaannya dan begitu cantik. Kagum dengan architectural nya. 


Dah lama saya kat Europe ni tak pulang2 M’sia lagi .. Bermula dari Prague ,Vienna , Venice , Lugano dan di Milan ni … dah 10 hari . Selepas ni kami akan melanjutkan perjalanan kami lagi ke Monte Carlo  iaitu tempat yang kami tunggu2 .. yeyyy

Pic kenangan my hubby bersama Nasrul di Duomo 

Begitulah angan-angan menjadi kenyataan . Kali pertama kami sampai ke Milan ni..  iaitu merupakan kota bagi pemuja seni taraf elit. 

Seterusnya kami ke Monaco . 💅

Posted in ~ Nostalgia di BTHO

Nostalgia di BTHO 

Syukur alhamdulillah pada bulan Mac 2004 kami telah berjaya membeli sebuah rumah semi-d di Bandar Tun Hussein Onn , Cheras , Selangor .  Rumah ni adalah sub sale dan harganya sangat berpatutan dalam RM315k . Rumah ini telah lama ditinggalkan oleh tuannya kerana beliau lebih suka tinggal di kondominium di Puchong. Setelah selesai urusan jual beli kami buat sedikit renovation bahagian belakang dan hadapan rumah termasuk car porch yang sudah senget benget.  Kos renovation dalam RM70k juga . Inilah rumahnya setelah siap diubahsuai. Completed with wrought iron gate and autogate as well. 

Sebab-sebab kenapa saya beli rumah ini ; 

1. Rumah ini sangat dekat dengan sekolah just walking distance only ,  kebetulannya pada masa itu anak-anak saya masih bersekolah di sekolah rendah . Jika saya outstation ke senanglah mereka nak jalan kaki ke sekolah . 

2. Interior design rumah ini cantik ala-ala cottage house merupakan pilihan saya yang pada masa itu sangat sukakan english style. 

3. Harga rumah tidaklah terlalu mahal dan sangat berpatutan cuma keadaan rumah yang pada masa itu rosak perlu dibaiki almost keseluruhan .. huhu 

4. Jiran-jiran 99% adalah berbangsa melayu di mana ini merupakan  keutamaan suami tatkala membeli rumah baru. 

5. Fengshui rumah bagus . Dalam rumah tak panas walaupun tak pasang aircond.  Angin kuat spt berada di tepi pantai .  

6. Near amenities dan pusat tuisyen pun dekat aje . 

7. Lokasi rumah ini tak jauh dari KL . Kedudukannya ditepi jalan ala-ala rumah di Damansara Height gitew .. kihkih 

 
Pada masa saya berpindah masuk ke rumah ini saya ada pembantu rumah yang membantu saya utk kemas rumah ,jaga anak ,masak dsb .  After 2 or 3 days  dah settle urusan pindah rumah . 

Saya mula nak mengenali siapakah jiran-jiran di sebelah menyebelah rumah saya . Ada yang kerja sebagai guru, manager , doktor ,pesara dan jurutera.   Berbagai-bagai kerenah mereka ada yang bagus dan ada juga yang sangat bengis dengan jiran . Hahaha ..  

Selama tinggal di rumah ini saya selalu mengadakan rumah terbuka hari raya almost setiap tahun dan saya menjemput semua jiran-jiran di lorong saya dan juga di lorong yang lain tujuannya untuk berkenalan dan merapatkan silatulrahim nanti orang kata tak kenal jiran plak kannnn ..  saya juga menjemput rakan-rakan sekerja dan saudara mara . saya dan suami  masak sendiri semua lauk pauk ,sedap tak sedap tu belakang kira lah … tapi mereka kata sedap .. alhamdulillah ! 

After a few years saya tinggal di sini , they start to think about guarded community sebab banyak berlaku kes kecurian di taman sebelah . Di BTHO so far so good .  Kos bulanan tidak tinggi pada awalnya RM30 sebulan dan selepas itu dinaikkan ke RM40 sebulan .  Pak gad datang ke rumah tekan loceng every month tak perlu nak bank in ke akaun. Biasanya dia akan datang hari Ahad senang skit sebab biasanya penghuni akan ada di rumah pada hari cuti. 

Keluasan tanah ok .. bolehlah bercucuk tanam kebetulan suami suka menanam pokok buah-buahan so di antara pokok yang dia berjaya tanam ialah pokok kelapa , pokok pulasan , pokok rambutan , pokok mangga , pokok limau purut , pokok durian , pokok durian belanda dan pokok limau .  Banyak pokok kannnn .. ada lagi pokok pisang ditanam oleh bibik dan pokok belimbing buluh ditanam oleh tuan rumah yang terdahulu .  Pokok pisang tak putus berbuah begitu juga dengan rambutan dan belimbing . Itulah untungnya berbudi kpd tanah . Dapatler kawan-kawan merasa buah FREE , dapat menjamu kawan-kawan makan buah-buahan hasil tanaman sendiri .. syukur alhamdulillah ! 

Ini adalah rumah yang paling lama kami menginap iaitu 10 tahun .  Sayang juga nak jual tetapi kena jual untuk upgrade rumah dan juga cari rumah yang kawasannya lebih sunyi dari hiruk pikuk kenderaan yang lalu lalang seperti highway lak di belakang rumah  ..  pukul 2 pagi baru sunyi .. hadoiiii 😆😆😆 

Lama jugak tak dapat nak jual rumah ni , pakai khidmat property negotiator ramai jugak tapi tak ada rezeki mereka ..  last my husband jugak yang berjaya jual dengan harga RM800k pada tahun 2015.  

Bye btho! 💝

Posted in ✈ HOLIDAYS ABROAD, ~ Pengalaman Transit Di Dubai

Pengalaman transit di Dubai 

Sebenarnya i dah banyak kali transit di Dubai but kali ni adalah yang paling lama more than 4 hrs dan merupakan transit yang pertama kali  .  Perjalanan adalah dari Kuala Lumpur ke Istanbul dengan menaiki Emirates .  Sampai Di Dubai International Airport dalam lebihkurang pukul 5 pagi . Lama juga melepak sini sementara nak tunggu bas datang ambil kami untuk jalan-jalan maklumler transit sangat lama . Cuaca pada masa ni adalah melebihi 40C . Panasnyer! 

 Dalam lebihkurang pukul 6.30 pagi bas datang .. yeayyy barulah seronok skit …  nak pergi makan perut dah lapar ni .  Mereka( tour guide)  bawa kami ke Hotel Riviera , kami sarapan di sini . Nama restorannya ialah Majlis Al Khor Cafe  . Kebetulan nama leader kami pun Khor .. haha 😂😂😂

Hotel Riviera 

Selepas sarapan kami dibawa melawat ke Masjid Jumeirah iaitu salah satu landmark terindah di Dubai . Masjid Jumeirah yang mampu menampung sehingga 1,200 jemaah didirikan sepenuhnya dari batu putih . Masjid Jumeirah juga satu-satunya masjid di Dubai yang menerima pengunjung non-muslim .  

Seterusnya kami ke Burj Al Arab Jumeirah tapi hanya singgah di luar sahaja untuk bergambar .  Masa dahulu hotel ni paling mewah .  


Lihat pasirnya tu .. putih melepak ! It’s padang pasir k ! 

Selepas bergambar kami pun beredar ke Muzium Dubai plak . Remember kami hanya transit sahaja , tak boleh lelama kat satu-satu tempat .. huuuuuu 

Dan yang terakhir kami ke Naif Market . Di sini ada pelbagai barangan esp pakaian tapi sayangnya kami kesuntukan masa .  In sya allah next time datang lagi .   

Kami terpaksa ke Dubai International Airport (DXB)  semula untuk meneruskan perjalanan ke Istanbul.  Kbai ! 

                            ~~~~~~~~~~~

Posted in 👒CUTI-CUTI MALAYSIA, ~ Sepetang di Pantai Teluk Batik yang indah

Sepetang di Pantai Teluk Batik yang indah 

Teringin sangat nak ke Teluk Batik .. pantai lain boleh kata semuanya dah pergi cuma Pantai Teluk Batik je belum pergi lagi .. hehe 

Jadi plan seminggu awal nak ke sini , just a day trip .  Jauh juga dari KL rasanya lebihkurang 3 jam juga .  Kebetulannya rumah kawanku pun di area Lumut jadi dah dekatler dengan Pantai Teluk Batik , boleh singgah rumah dia sekali sebab dah 30 tahun tak jumpa. Kira plan jadilah nak ke sana . 

Anda semua tahu tak Pantai Teluk Batik ni kat mana ?   Haaaa .. moh lihat peta dulu .. 

Ia terletak tak jauh dari Pekan Lumut . Dah hampir dengan jeti ke Pulau Pangkor . 

Pantainya cantik  kalau sekali pandang lebihkurang Pantai Tg Biru Port Dickson .. ala2 gitu ler .  

Cantikkannnnn 😍😍😍

Anak2 i suka lepak kat sini.. ambil angin petang 

Pantainya bersih , kelihatan ramai orang mandi-manda di sini . 

Kami tak mandi pun, cuaca sangat panas tak sanggup den .. huhu 

Dekat sini ada beberapa gerai yg menjual makanan tetapi tidak seramai di Pantai Morib .   Sementara nak menunggu ke rumah kawanku yg kebetulannya ada hal di luar dan dia tiada di rumah kami pun singgah di gerai yg namanya dah lupa utk makan tengahari yg tertangguh kerana leka di pantai tadi . Sedap juga makanan di sini , terlentok kekenyangan .  

Selepas selesai makan tengahari kawanku pun datang bersama suaminya dengan kereta untuk ambil kami ke rumahnya .  Rupanya rumahnya di taman yg tak jauh dari Pantai Teluk Batik .   Bersembang macam-macam sebab dah 30 tahun tak jumpa!!!  Masha Allah bersyukur .. tak sangka dapat berjumpa kembali  ! 

Dihidangkan untuk kami ketupat sotong masakan Terengganu yg menjadi peberet kami .  Yum yum !!! 

Thanks Pauziah and family semuga diberkati dan di dlm rahmat Allah selalu . Panjang umur kita berjumpa lagi . In syaa Allah ! 

Posted in 👛EVENTS, ~ AAP 2014

Awards Recognition 2014 

AAP (Annual Award Presentation ) 2014 kali ni anak nak ikut sebab kebetulan mereka cuti . Ajak aje lah .. seronoknyer  mereka dapat ikut mak dan ayah .. hehe


AAP ni adalah merupakan acara kemuncak tahunan yg dianjurkan oleh HLA untuk meraikan hari kemenangan perunding2nya. Mostly setiap tahun diadakan di GICC Genting Highland . Biasanya acara ini adalah 3 days 2 nights .

Berikut adalah gambar2 semasa di sana . 

Gambar dari bawah ni .. u akan jumpa tugu ni lah kannnn 😜😆

Hanis follow me .. seronoknya dia .. 

gaya2 ala gi oversea gitewww 

Zharif pun ikut ke Genting juga .. 

Sessi belajar .. hehe 

Bila dtg Annual Award ni jangan bersiar-siar lebih , masuk dewannya idok  .. 😂😂😂

Masya allah ramai yang hadir .. penuh dewan 👍👍👍

Rules of investing ! This one for you ,readers .  Jangan invest di tempat yg saloh nooo such as skim cepat kaya .. saloh tuuuuu  😅😅

Myself 

Hubby with his business partner 

Che Na , Hafiz n myself 

Young entrepreneurs

Hanis dan Zharif sedang menikmati makan malam. 

Yummy !!! 

Posted in 👛EVENTS, ~ Kick-Off 2015 di Nexus Bangsar South

Kick-Off 2015 di Nexus Bangsar South 

… Berlangsung di Nexus Bangsar South if i’m not mistaken . As usual me and hubby tak pernah ketinggalan utk hadir .. so excited to know a new challenge ..   Thats all ?? 😆😆

Speaker jemputan Harith Iskander  . Lawaksss 😂😂😂

Partcipants jemputan ramai .. semuanya yang above FYP50k (previous year ) . 

Basically this event is about updates the past , new goals to achieve , new challenges , upgrade the learning system , agency portal and new products .  

Want to know more ???  Join us !!! 

Posted in 👒CUTI-CUTI MALAYSIA, ~ Short Trip To Langkawi

Short Trip To Langkawi 

Pergi pagi dan pulang petang .. beshhhh

Naik Air Asia aje mudah dan cepat ! Cuma 1 jam.. Tak perlulah naik kereta .. lama perjalanan dan penatnyerrr lagi tol subhanallah mahalnyer … Sewa aje kereta kat airport Langkawi ni murah aje . 

Alhamdulillah kejap aje sudah sampai .Hari gelap dan hujan renyai-renyai . Amik kereta sewa di airport dan terus pergi breakfast di kedai tepi jalan Pdg Maksirat.  Pastu menuju ke Pejabat Tanah untuk jumpa tuan tanah dan urusan tukar nama . 

 

 

Kejap aje urusan dah settle sebab orang tak ramai .  Kemudian pergi cuci mata di Pasaraya Hj Ismail Group hihi ..

Hasil tangkapan di sini ialah chocolate and jug .. hehe 

Pastu singgah pula di kedai Idaman Suri . Alang-alang datang ke sini kannnn .. 

Kat sini hanya beli bed sheet .. 🙂

Kami lunch Ikan Bakar di Jalan Bukit Malut kedai tepi jalan tuuu..  Ikan Bakar sedap tapi banyaknya lalat kat tempat ni . Saya rasa kawasan persekitarannya tu kena bersihkan supaya lalat tak de.  Kawasan bersih , masakan sedap lagi ramai orang datang makan kannnnn 
Tak sabar nak pergi tengok tanah di Bukit Keriang  Ulu Melaka .. hehe 

Jomssss 

Pic di atas adalah di kaki bukit .. 
Seterusnya naik ke atas bukit..  sebelah tu adalah kebun pisang orang lain .

Kerja membuat jalan dan merata tanah sedang dijalankan . 

Tak boleh lelama kat sini sebab flight nak balik KL pukul 4pm .  Nak pergi rasa laksa Langkawi lak tapi sayangnya kedainya tutup .. huhu 

Bergambar aje lah kat tepi laut tepi airport ni .. 

Pastu pulangkan kereta sewa di airport dan boarding .. 

Byeeeee Langkawi !!!  Next jumpa lagiiiiii

Posted in 👒CUTI-CUTI MALAYSIA, ~ Day Trip To Langkawi

DAY TRIP TO LANGKAWI 

Trip kali ni len skit sebab bukan berjalan makan angin tapi sebaliknya pergi tengok aset baru .. hehe 

Di kLIA 2
sambil-sambil tunggu nak boarding tu , wefie dulu bersama Faiz.. hihi 

My view .. 

Cuaca cerah .. alhamdulillah!

Landed safely di bumi Langkawi yang aman damai ini . Sampai jer terus amik kereta sewa di airport . Sewanya RM40 aje for day time only . Dalam pukul 4pm dah hantar kereta.  Dapat kereta Viva .. hehe 

Mula-mula pergi sarapan dahulu di Pekan Kuah . Sedap giler nasi lemak dia ..  sangat murah dan sedap !!! Warongnya di tepi jalan besar aje .  

Selepas sarapan kami terus ke Pejabat Tanah untuk urusan mengambil geran tanah . Alhamdulillah urusan berjalan dengan lancar . 

Syukur alhamdulillah dapat juga dua bidang tanah di Langkawi Permata Negeri Kedah ini . 
Masa kami ke Langkawi kebetulannya masih bulan Syawal so Faiz pun terpandang ler  open house PDRM yang di tepi jalan tu.. just opposite Pejabat Tanah je .  Kalau betul time dia , bolehler tumpang makan tapi apakan daya masih pagi baru pukul 10am 😜😜😜

Dah selesai urusan Pejabat Tanah , kami terus ke Jalan Makam Mahsuri .  

Tak singgah pun just snap pic dari dalam kereta jer .. 
futher up akan jumpa  Sunset Valley 

Selepas tu jumpa pula Fox Hill ..

Inilah tanah yang botak  tu dari kejauhan 

View at the top 😍😍😍

Kami naik atas bukit sekejap aje sebab mendung dan nak hujan .  Pastu lepak lama2 rumah jiran kat bawah bukit tu .. 

After about 2 hrs ,bila hujan dah reda , kami nak pergi lunch pula .. singgah kedai kawan suami di Jalan Kedawang . 

After that singgah sekejap di Pantai Cenang , beli apa yang patut . 😉

Tak boleh lelama, kena pergi airport , kang terlepas lak flight .. 

Kali ni delay setengah jam .. cam tak biasa lak kannn  huhu  Bai Langkawi ! 

Alhamdulillah akhirnya selamat sampai  dan dapat dinner di rumah .