Posted in 🍝MAJLIS IFTAR, ~ Majlis Iftar 2016 di JW Marriott

Majlis Iftar di JW Marriott 

Salam Sejahtera !

Majlis Iftar kali ni adalah diuruskan oleh pihak HLA.  Tempat yang dipilih adalah JW Marriott Kuala Lumpur.  Katanya kerana JW Marriott adalah di antara Top 10 Majlis Iftar yg terbaik di Lembah Klang.  

Majlis kami berlangsung pada hari Rabu 29hb Jun, 2016 dihadiri oleh ramai peserta lebihkurang 50 orang .  Kami bergerak dari ofis dalam pukul 6.15pm , naik lrt saja dari ofis senang tak payah nak menempuh jam bagai. Sampai di stesen monorel Bkt Bintang dalam pukul 6.45pm . Sempatler melilau di Sg Wang jap . Tak sangka di Sg Wang terjumpa Noraini di sana .  Dah berpuluh tahun tak jumpa , anaknya pun dah besar2. 

Pastu tanpa berlengah masa teruslah kami ke JW Marriott .  Buffet kami bertempat di Tingkat 6 di kawasan Kolam Renang .   Pelbagai juadah disediakan , terbahagi kpd 2 section iaitu di sebelah kiri adalah menu utama seperti nasi , lauk pauk , Kambing Panggang yang istimewa , kueh mueh , air panas dan sejuk dan sebagainya manakala di sebelah kanan pula adalah Kiosk Style yg terdapat makanan seperti Nasi Ayam , Mee , Laksa, Roti , Sate dan sebagainya . Makan sampai kenyang … hihi 

Kami ni tak suka pergi awal2 sangat . Ambil makanan terus aje sampai masa berbuka terus makan tak payah nak tunggu lama . Tapi satu je la tak sempat nak snap gambar makanan sbb dah ramai orang . Huhu 

Jom layan gambar2 kami di sekitar Majlis Iftar ini .. 

Meja kami terletak di dalam bilik tepi pintu kaca yg tertutup . 

Di antara ahli Millionaire Partners Group 

Tu diaaa Kambing Panggang dah habis sepinggan .. dtg ke sini mesti hadap Kambing Panggang sodap katanya rugi tak jamah .. 

 Myself bersama Kak Intan 

Happy hour 

Us with Mr Lee 

Nak selfie jugak .. hihi 

With Hubby 

With Ms Carol 

Ibu2 tak puas lagi bergambar kat swimming pool ni .. hehe 

Geng Millionaire Partners 

Sebelum balik mesti amik group photo dulu bersama kesayangan kami CEO Ms Loh dan top mgmnt yg lain . 

Di lobby JW Marriott KL 

Bersama abg2 sado ..  kat depan Pavi .Nak bersurai sudaaaa 

 

Tamat sudah Majlis Berbuka Puasa kami  di JW Marriott bersama Hla Top Management . Selamat Berpuasa utk pembaca muslim semua dan Selamat Berhari Raya yg bakal menjelma tak lama lagi .  

Jumpa lagi di entri yg akan datang . 

Advertisements