Posted in ✈ HOLIDAYS ABROAD, ~ Bercuti di Korea Part 4

PENGALAMAN BERCUTI DI KOREA 2015 PART 4

Assalam semua para pembaca yang budiman ! πŸ™‚
Sudah masuk hari ke 4 saya di Busan.  Tersangatlah lebatnya hujan berserta angin pada pagi ini .   Pada pagi ini juga 4 buah bas akan mula berlepas ke airport .Dah tiba masanya untuk mereka pulang ke Malaysia kerana mereka sampai awal sehari dari kami .

Selepas sarapan pagi kami semua terpaksa berkumpul di lobby sementara menunggu hujan berhenti .

image

image

image

image

image

Sepatutnya schedule kami pagi ni ialah ke bangunan APEC Nurimaru untuk ambil group photo tetapi disebabkan hujan yang tersangat lebat so kami terpaksa ambil gambar di tempat lain aje lah .

image

Inilah dia bangunan APEC Nurimaru yang kami tak jadi bergambar tu . Ianya dibina pada tahun 2005 ketika persidangan APEC . Bangunan yang menjadi pesona senibina dan menjadi simbol Busan. Dari sini anda dapat melihat pemandangan yang memukau . Anda akan dapat melihat Pantai Haeundae dan Jambatan Gwangandaegyo dari jauh melengkapi persekitaran yang amat menarik dan menakjubkan.
Ianya terletak di Pulau Dongbaekseom yang amat indah .

Dalam lebihkurang pukul 11 pagi bila hujan dah reda sedikit barulah kami semua bertolak ke satu restoran di mana kami pernah makan sebelum ni utk bergambar beramai2 disana .

Lepas group photo kami terus naik van ke halal restaurant untuk makan tengahari di sana . Restoran Namaste terletak berdekatan dgn Hotel kami sahaja.

image

image

Di sini kami berjumpa dengan rakan dari Johor , Dora dan kawannya .

Selepas makan Sandra terus menghantar kami pulang semula ke hotel . More free and easy time for us. Kami jalan-jalan dulu di area Seacloud Hotel . Kami terjumpa pasar di belakang Hotel rupa-rupanya inilah Haeundae Market . Ramai orang berniaga ikan , belut dsb nya di sini .

image

image

Kami juga jalan2 ke Pasaraya Save Zone . Ramai2 shopping kat sini tapi kami window shopping saja haha..

image

Dah boring lagi plak hujan renyai2, lebih baik kami pulang ke hotel aje .. tidurrrrr! Sampai aje di bilik ada mystery gift ! Wowwwwww ada beberapa hadiah termasuk cutlery dari Korea , chopstick ,sudu n garfu!!! Anak ai Faiz sangat suka ni !!! He used chopstick most of the time .
Again Terbaikkkkkk hla !!

image

image

Selepas ni apa nak buat lagi .. membuta la haha ..
Tiba2 pukul 6pm terjaga kerana deringan telefon . Rupa-rupanya Alvin tour guide kami yang call ajak pergi makan.
Bahagianya rasa makan tidur makan tidur . Alvin tunggu kami kat lobby dan kami jalan bersama ke restoran berdekatan dgn hotel saja . Once we reach at the restaurant , dinner is all set and ready for us. It is so nice to have everything prepared for us . Easy life .. 😍😍😍

image

image

image

image

image

image

Lepaking at the lobby hotel with my tour guide Jennifer Lim . This is our last day in Busan . Keesokannya kami dah tak jumpa dia lagi. Missed her so much!! Jennifer sangat baik , very helpful and soft spoken .

image

Day 5 ~ Busan
Suasana dah agak sunyi di restoran . Kebiasaannya riuh rendah bila sarapan pagi . 8 buses dah pulang ke Malaysia . Early morning mereka dah check out. Tinggal lah kami berdua dan ada 4 orang lagi, 1 orang extend ke Jeju Island , 1 orang stay di Busan dan 2 lagi bersama kami extend ke Seoul.

Dalam pukul 9.30am kami berdua check out hotel dan mengambil taxi untuk ke Busan Station. Perjalanan dari Hotel Seacloud ke Busan Stn lebihkurang 30 minit.

image

Inilah driver kami .. hehe

Bila berjalan sendiri tanpa tour guide kenalah pandai berbahasa Korea sedikit kerana mereka kurang pandai inggeris dan ada juga yg tak tahu langsung berbahasa inggeris.

image

image

Disebabkan kami tiba di Busan Stn lebih awal jadi kami lepak2 kat sini dulu .

image

image

Tiket KTX kami beli online aje .
Lebih mudah . Busan ke Seoul KRW59,800 seorang.

image

Perjalanan memakan masa 2jam 42minit.
Tepat jam 11 pagi train terus bergerak dan makin laju. Pada waktu ini kami melihat masih ada beberapa seat yang kosong .. rupa-rupanya seat tersebut telah ditempah kerana KTX turut berhenti di beberapa station kalau tak silap 5 station . Sampai di Seoul penuhla semua seat tersebut. Di dalam tempoh perjalanan, di dalam KTX ada juga orang yang menjual minuman dan makanan ringan.. kami tak beli apa2 pun .
Tiba di Seoul Station , kami terus ke Book Store untuk membeli Kad T Money . Ianya seperti kad Touch n Go . Kami beli untuk memudahkan kami menaiki subway nanti. 1 keping kad kosong berharga 2,500won . Kena reload , untuk permulaan kami masukkan 10,000won . Subway adalah keretapi bawah tanah dan ianya menjadi pengankutan utama di bandar Seoul . Dengan menggunakan subway kita boleh ke mana-mana dengan mudah , selamat dan menjimatkan masa.
Kita juga dapat melihat kehidupan masyarakat Korea dengan lebih dekat. Dalam station subway juga terdapat banyak kedai untuk membeli belah dengan harga yang berpatutan.
Risiko menaiki subway anda mungkin sesat di dalam station kerana dunia bawah tanah di Korea sangatlah luas . Terdapat lebih dari 9 line subway di Seoul.

image

image

image

image

image

image

Tanpa melengahkan masa kami terus aje menaiki subway line 1 ke Dongdaemon Station iaitu di mana kami telah menempah hostel di situ .
Dongdaemon tak jauh dari Seoul Station iaitu dalam 4 stop aje dah sampai. Dongdaemon adalah sebuah kawasan membeli-belah.

image

image

Dongdaemon Station betul2 terletak di hadapan bangunan ini .
Keluar aje dari station kami kena melintas jalan dan mencari Dongdaemon Wellbeing Hostel.
Nasib baik senang cari .. sekali round aje dah jumpa .

image

Bilik kecil tapi bersih dan kemas. Harga dalam RM200/day. Kami tak duduk kat bilik pun . Pagi keluar malam baru balik bilik. So tak perlu lah bilik besar. Mesin basuh ada dan boleh memasak . Roti, telur , beras , maggie semuanya ada disediakan dan
syukur jugak dapat Owner sangat baik dan peramah.

…. jumpa lagi di Part yang akan datang !

Bersambung …

Advertisements
Posted in ✈ HOLIDAYS ABROAD, ~ Bercuti di Korea Part 3

PENGALAMAN BERCUTI DI KOREA 2015 PART 3

Posted from WordPress for Android

Salam sejahtera semua !
Saya sambung semula nota percutian saya yang terbengkalai ini … hihi

Day 3 ~ Busan
Pagi yang mendamaikan .. kat Busan pukul 6 pagi dah terang benderang . Jenguk di tingkap , nampak laut .. bestnyer ! Ni la Haeundae Beach ! 😍😍😍😍😍

image

View dari bilik kami

image

Inilah tempat kami lepak2 kat bilik .. rasa macam kat rumah lah plak .

image

Kebiasaannya setiap pagi selama di sini , kami akan pergi sarapan pagi di tingkat 4 Hotel Seacloud.
Sentuh telur , roti dan buah-buahan aje . Huhu
Pada hari ke 3 ni kami naik bas lambat skit iaitu dalam pukul 9am.
Tak banyak tempat melawat dlm itinerary untuk hari ke 3 ni disebabkan pada sebelah malamnya kami ada Get Together Dinner .

Jom lihat keindahan bandar Busan di sepanjang jalan menuju ke Kedai Ginseng. 😍😍😍😍😍

image

image

image

image

image

image

image

image

image

Ginseng Outlet

image

Saya berada di hadapan Kedai Ginseng . Kat belakang tu adalah bas yg kami naiki. Masuk dalam sekejap aje mendengar penerangan tentang ginseng dari Sales rep mereka yg boleh berbahasa Malaysia sedikit. Penerangannya memang sangat bagus tapi kami tidak minat sangat dgn ginseng.

Kedai Kosmetik
Selepas kedai ginseng kami dibawa pula ke kedai kosmetik. Selain dari internet yang laju, Korea juga terkenal dengan barisan jenama produk kosmetik yang awesome. Skin Food , Brand Face Shop , Nature Republic , Laneige tu semua originally from South Korea. Cosmetic brand in Korea terbahagi kpd 2, upper brand and street brand . Upper brand jarang ada kat Malaysia dan kurang dikenali di negara kita tapi kualitinya amat bagus. Kedai yang kita org pergi ni adalah dalam kategori upper brand. Macam2 ada di sini sebab org perempuan Korea suka pakai kosmetik especially BB cream. Our tour guide suggested macam2. Berjaya juga beli beberapa skin care. lol !

image

My view .. simpang di hadapan kedai kosmetik!! Boring dan penat menunggu kawan2 tak habis2 shopping. Beginilah kalau datang dgn rombongan .. 😆😆😆😅😅😅

Lunch ! Kami dibawa ke tempat yang agak special utk hari ke 3 ni iaitu traditional restaurant. Kena duduk bersila makan . Best gak duduk makan bersila di dalam pondok beramai2 . Satu pondok satu group . Hehe

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

Kimchi – Makanan traditional Korea

Setiap hari kami makan kimchi .. hehe
Kimchi adalah makanan tradisional Korea , perapan sayur kobis yang digaul dengan cili. Semakin lama kimchi itu diperap, semakin mahal harga dan semakin sedap rasanya .

image

image

Kimchi digunakan dalam masakan . Masakan ini namanya Kimchi Jigae .

Kebanyakan restoran Korea akan memberi Kimchi secara percuma. Kimchi juga merupakan makanan utama masyarakat Korea. Ia mempunyai banyak zat dan mampu mencegah masalah obesiti.

image

image

image

image

image

Busan Shinsegae Department Store
Seterusnya ke Busan Shinsegae Department Store .

image

Dah penat melawat tempat2 sejarah kan , tibalah masa nak melawat tempat shopping pulak .. ekekeke..
Shinsegae centum city adalah tersenarai dalam Guiness Book of Records sebagai department store yang terbesar di dunia.

image

Kami sekejap aje kat sini lepas tu kami gi lepak2 kat Haeundae Beach !

Haeundae Beach

image

Pantai Haeundae merupakan pantai yang paling popular di Busan dan mungkin juga Korea terutamanya pada musim panas sekitar Jun hingga Ogos . Ia diisi dengan pelbagai festival serta pesta kebudayaan sepanjang tahun untuk menarik pelancong berkunjung ke sini. Maksud Haeundae adalah ‘laut dan awan’ yang dinamakan oleh Choi Chi Won dari Dinasti Silla.

image

image

image

image

Selepas dah lama lepak kat Haeundae Beach ni kami pun pulang ke Hotel Seacloud dengan berjalan kaki sahaja tak sampai pun 5 minit kerana ianya sangat dekat. Sempatler merehatkan badan kejap .

Get Together Dinner
Dalam pukul 6pm kami kena naik bas pula untuk ke Get Together Dinner di satu tempat yang bernama ‘The View ‘.

image

Kelihatan dari jauh ‘The View ‘ bangunan yang berwarna hijau
Dinner akan diadakan di sini bermula jam 7pm . Kesemua yang hadir 8 bas lebihkurang 300 orang . image

Dalam perjalanan ke ‘The View’ ~
Gwangan Bridge

Sebelum dinner bermula kami sempat berposing dulu .. 😍😍😍

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

Selepas makan kami naik ke tingkat 2 untuk acara seterusnya iaitu opening gambit dan penyampaian hadiah .

image

image

Table kami di sini

image

image

image

image

image

image

image

Menerima hadiah 4th Mini Convention Qualifier dari CEO .

image

image

Acara tamat lebihkurang dalam pukul 11pm . Pukul 10.30pm kami dah balik ke hotel . Bas pertama yg membawa kami pulang ke hotel. Ngeeeeee
Nak tahu ? Ada surprise lagi dari hla utk kami ! Best sungguh !!! Ada jek hadiah setiap hari .

image

image

Itulah bestnyer pergi trip dengan hla . Next year 2016 jom beramai2 join kami pergi oversea trip bersama hla . Nak join kenalah register dari sekarang ! Whatsapp ke 0192629425/0193539425

Saya masih ada baki 4 hari lagi di Korea. Ikutilah Part yang seterusnya pula nanti. Bai πŸ™‚

Posted in Uncategorized

PENGALAMAN BERCUTI DI KOREA 2015 PART 2

Assalam semua ! Jom kita sambung semula cerita percutian ni .. hehe
Masih lagi di hari pertama di Busan ..

Posted from WordPress for Android

Igidae Park

Destinasi seterusnya ialah di Igidae Seaside Walking Road and Haeparang sky walk . Nak masuk ke dalam boleh tahan jauh tapi nasib baik bas kami dapat masuk dan dpt parking di bawah dah hampir dgn sky walk so tak payahla nak jalan jauh sangat .
Igidae Park ni sangat cantik boleh nampak sekitar Busan . Tak caya tengok ler gambar2 di bawah , pasti terpukau dgn kecantikannya .
image

image

image

image

image

Untuk lalu kot atas cermin tu , ko org kena pakai lapik kasut yang telah dsediakan untuk jaga cermin tu .
image

image

image

image
image

image

image

image

image

image

Hari dah pun senja , penat tak terkira sebab lum check in hotel lagi ni .. huhu
Lepas ni mereka nak bawa kita org gi dinner lak … yeayyy janji makan jek ,kenyang sangat idak ler ..
Mari tengok apakah makanan yg dihidangkan oleh mereka utk kami semua ..
image

image

Amacam ok tak ? Boleh la kannnn
Nampak sambal tak ? Sambal tu ler yg saya bedal setiap hari yang tour guide kami bawa dari Malaysia .. 😋😋😋
tq3 sgt to Alvin n the gang

Now tibalah masanya nak check in hotel setelah sehari suntuk tak tidur dan tak mandi .. huhu

Ni lah rupa bilik kami , tersangat besar dan selesa . Busan Seacloud
Hotel sangat strategic terletak betul2 di hadapan Haeundae Beach dan small gift dah tersedia atas katil tu khas untuk kami . Tq3 hla 😍😍😍

image

image
image

image

Day 2 ~ Visit Yangdong Village
Kami sarapan pagi di hotel . Selepas sarapan dlm pukul 8am terus gerak ke Yangdong Village . Perjalanan memakan masa 2 jam . Ianya terletak di utara Busan. Di hari ke 2 ni banyak destinasi yang bakal dilawati . Apapun semua teruja . Maklumler memang datang untuk melancong.
Yangdong Village ini terletak berdekatan dengan Gyeongju .
Tiada dikenakan bayaran untuk masuk ke sini . It was just a peaceful and very quite village . So kami hanya walked around sambil2 tu dapat ler exercise buang lemak jugak naik bukit turun bukit . Hihi..
Di sini kami dapat melihat rumah-rumah tradisi Korea . Kawasan ini adalah salah satu dari World Heritage Site.
image

image

image

image

image
image

image

image

image

image

image

image
Kami di sini lebihkurang 1 jam dan kemudian kami beredar ke Cheonmachong .

Cheonmachong

Tiada bayaran yang dikenakan untuk masuk ke Cheonmachong . Kompleks kuburan ini bertinggian 50 meter . Sewaktu kubur ini digali sekitar tahun 1970an , mereka telah menjumpai lukisan ‘kuda terbang’ dan berbelas ribu artifak yang lainnya seperti tembikar , barang kemas , crown dan lukisan ‘kuda terbang ‘ itu sendiri. Semua ini dipamerkan kpd pengunjung di dalam Cheonmachong . Tidak dibenarkan ambil gambar di dalamnya.
image
Us with GM Mr Tan

image
Nakalnya orang kat belakang i tu
😂😂

image
Di hadapan Cheonmachong

Kedai Amethyst

Melawat kedai batu permata Amethyst di Busan ni ada termasuk di dlm itinerary kami . Korea juga berbangga kerana mempunyai batu amethyst berkualiti tinggi yang hanya terdapat di negaranya .
Mulanya layan mata aje semuanya cantik2 belaka maklumler kita ni peminat purple . Dah lama2 tu tersangkut ler πŸ™‚
image

image

Tibalah masa untuk makan tengahari pula , kami dihidangkan korean food pada hari ke 2 ini tapi terlupa nama restoran ini .. huhu
image
Selfie sementara menunggu hidangan .. hihuhi
image

image
Roti
image

image
Kari ayam dan daging (brahim) dari Malaysia yang dibawa oleh tour guide kami 😋😋😋😍

image
Tu dia banyaknya pinggan mangkuknyer .. lauknyer secotek sana secotek sini . Ni la style mereka . Syukur alhamdulillah banyaknyer makanan yg dihidangkan . Inilah bagusnya trip hla ni . Kalau jalan sendiri tak dapat macam ni . Satu main dish paling sikit pun dah 10,000 won . My husband buat lawak katanya rajin sungguh mencuci pinggan mangkuk yg begitu banyak ni 😂😂😂
image
Group photo di hadapan restoran

Gyeongju National Museum

Selepas lunch kami ke Gyeongju National Museum pula . Kami masuk ke dalam museum sekejap , selepas tu kami berehat aje di luar kerana dah kepenatan .

image

image

Bulguksa Temple

Perjalanan seterusnya adalah ke Bulguksa Temple.
Bulguksa Temple merupakan World national heritage presevation area. Bayaran yang dikenakan untuk setiap orang dewasa ialah 4000 won. Bulguksa Temple mempunyai 2 pintu besar, satu pintu masuk utama dan pintu ke dua adalah pintu keluar. Kedua-duanya adalah sebelah menyebelah .
image
Kaunter tiket Bulguksa Temple

image
Route map Bulguksa Temple
image

Selepas sampai di check point yang pertama anda akan dapat melihat kawasan permainan kanak-kanak di sebelah kiri, kuil di bahagian tengah dan kedai cenderamata di bahagian kanan . Kami tidak memasuki kuil memandangkan hanya datang untuk melihat keindahan semulajadi di kawasan kuil ini sahaja.
Terdapat beberapa kuil untuk penganut Buddha di sini. Setiap kuil ada patung buddha dan mempunyai fungsi yang berbeza.
image

image

image

image

image
image

image

image

image

image

image

image

image
image

Anapji ( Anap Pond )

Dari Bulguksa Temple kami dibawa oleh Tour Guide kami Jennifer ke Anapji pula . Sebenarnya tak de dalam itinerary pun . Jennifer sangat2 nak kami tengok keindahan dan kecantikan tempat ini pada waktu malam . Kebetulannya kami dari Bulguksa tu dah senja .
Tempat ini merupakan sebuah kolam buatan manusia yang dicipta 1,500 tahun dahulu pada zaman Dinasti Shilla . Ada 3 buah bangunan yang tersergam megah di sini . Walaupun kecil dan dah lama , ia tetap cantik dan kukuh.
Di samping kolam, ada 3 pulau di sini semuanya buatan manusia. Satu pulau ada satu bangunan , cantiknya!! Bunga-bunga lotus memagari pulau itu dan tambah mencantikkannya lagi.
Bila senja menjelang dia orang akan pasang pula lampu-lampu yang bergemerlapan dan cahayanya melimpahi tempat ini
Seakan syurga dunia . Syahdu gitu … jom lihat gambar di bawah .
image

image

image

image

image

image

image

image

Sudah selesai la lawatan2 kami untuk hari kedua ini.. haha.. hari pun dah malam . Kami pun dah bersiap untuk menjamu selera pula. Mereka membawa kami untuk makan malam di area yg sama juga .

image
Nasi beras Korea yang diletak di dalam bekas comel ini tidak ketinggalan 😋😋

image
Ada ikin bilis Jepun dan Ketam juga .. yummy !

image
Maggie pun ada .. he..he..

image
Kami table asing untuk halal food

Selepas dinner kami pulang semula ke Busan . Perjalanan memakan masa 2 jam . Sampai di Busan lebihkurang pukul 10 malam .
Seperti biasa masuk bilik mestilah ada something kat atas katil tew … kan betul tekaan kami ! Rupa-rupanya big boss bagi cap untuk dipakai di malam get together dinner iaitu pada hari ketiga .
image

image

image

image

Ok lah dah panjang sangat entri ini . Saya stop di sini dulu. Jumpa lagi di Part 3 ;)😎

Posted in ✈ HOLIDAYS ABROAD, ~ Bercuti di Korea Part 1

Pengalaman bercuti di Korea 2015 Part 1

Posted from WordPress for Android

Percutian menjadi satu agenda tahunan saya dan keluarga . Sekurang-kurangnya sekali atau dua kali setahun kami akan meluangkan masa bercuti ke luar negara .
Percutian adalah satu aktiviti yang sangat menyeronokkan . Lari seketika dari kehidupan hiruk pikuk yang biasa kita lalui setiap hari lebih-lebih lagi jika tinggal di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur yang penuh sesak. Bercuti dapat melupakan seketika mengenai kerja yang ada,masalah dan merehatkan minda . Memang akan rasa lega otak selepas balik dari bercuti . Selain itu kita dapat melihat tempat ,budaya , sejarah ,makanan dan cara kehidupan yang berbeza di negara orang .
Saya suka menulis tentang travel iaitu negara2 yang saya telah lawati , saya akan inspirasikan di dalam blog saya berpandukan pengalaman sendiri. 80% drpd percutian2 saya adalah PERCUMA ditaja oleh pihak HLA dan 20% lagi saya pergi bercuti dengan menggunakan duit sendiri.

image

Saya ke Korea Selatan pada 28 hb September 2015 – 4 hb Oktober 2015 . Jom lihat peta Korea Selatan dahulu .

image

Keluar dari rumah 9.15pm dengan cab . Sampai KLIA2 dlm pukul 10pm . Terus jumpa Tour Manager Alvin untuk dapatkan boarding pass. Selepas tu terus Check in . Kami bawa 2 bag saja . Rasa nak jalan- jalan saja tak nak shopping sangat . Tak syiokkkk sbb duit kita dah jadi kecik .. huhuhu
Malas nak menunggu lama kami terus saja check passport dan masuk . Tapi jauhnya kena berjalan kaki .. napela tak macam klia1 , kan best ! Aduisssss
Uols kalau ke klia2 pastikan pakai kasut flats jgn skali pakai heels or wedges penatla nanti .. 😅😅

image

image

image

Kali ni naik Air Asia . Risau jugak saya tapi nasib baik tak delay . Syukur alhamdulillah kami selamat sampai tepat pada waktunya .

image

Day 1 ~ 28hb Septembar 2015

Flight kami ke Busan ialah pada
Pukul 12.15 am . Tempoh perjalanan dari KL ke Busan mengambil masa kira-kira 6 jam .
Kami tiba di Gimhae International Airport pada jam 8.15 am waktu Korea. Alhamdulillah urusan Imigration berjalan lancar. Bag kami telah dibawa terus ke hotel . Kami disambut oleh tour guide Korea yang sangat peramah , lembut dan penyayang. Namanya Jennifer Lim . Macam dah kenal lama ..
Tumbler berisi air teh made in Korea yang kami pegang tu pula telah dihadiahkan oleh CEO Ms Loh sebelum tu . Tapi tak sempat snap pic . πŸ™‚ Terbaik la Ms loh 💋 😄

image

image

image

image

Papepun isi perut dulu .. last makan nasi ayam kat dalam flight . Huhu
Mereka bawa kami ke satu tempat yang saya telah lupa namanya utk sarapan pagi Korean Food. Saya yang bertudung oren tu .. tempat ni tak jauh hanya sebelah Gimhae International Airport shj .

image

Hidangan pagi utk kami semua
Udon Soup ,Kimchi dan yg sewaktu dgnnya 😄😅

image

image

Busan adalah bandar ke dua terbesar yang terletak di Korea Selatan dan berfungsi sebagai pelabuhan utama untuk kargo antarabangsa , feri penumpang ke Jepun dan Jeju Island. Berbeza sedikit dari Seoul yang lebih kepada bandar metropolitan .
Busan mempunyai pantai yang memukau , tebing indah dan gunung ganang yang mempunyai panorama yang luar biasa. Terkenal dengan makanan laut dan pantai juga pulau-pulau yang indah.
Pelbagai festival dan acara-acara yang diadakan di Bandar Busan sepanjang tahun .
Dikenali sebagai pusat industri filem Korea kerana kejayaan menjadi tuan rumah Busan International Film Festival dan pelbagai acara sukan antarabangsa.

Gamcheon Culture Village

Okay kita sambung kembali .. selepas sarapan pagi kami dibawa ke Gamcheon Culture Village. Saya rasa semua pelancong yang datang ke Busan akan dibawa ke tempat ini . ✌

image

Gamcheon Culture Village adalah salah satu tempat kegemaran pelancong. Sekali pandang macam Italian Riviera , Italy pun ada juga. Pemandangan indah dan rumah berwarna warni yang terletak di lereng bukit.

image

Gamcheon Culture Village merupakan kawasan setinggan bekas pelarian perang Korea. Memang sesuai dengan nama , kawasan perkampungan yang unik
Dan penuh dengan sejarah.

image

image

Kita boleh melihat masih kekal kelihatan cara kehidupan pelarian Korea dahulu di mana rumah agak kecil dan tersusun rapat. Pasti yang tinggal di situ sekarang keturunan dan anak cucu mereka.

image

image

image

Dah tiba waktu makan tengahari pula , Sandra membawa kami ke salah satu kedai Halal food di area Nampodong. Makanler apa yang ada kannn .. perut pun dah sangat lapar . Jom tengok apakah makanan yang dihidangkan untuk kami … huhu

image

image

Busan Trick Eye Museum

Selepas makan kami dibawa ke Busan Trick Eye Museum di area Nampodong juga . Jalan kaki aje dari tempat makan tengahari tu .
Tiket masuk ke museum ini ialah 15,000 won untuk seorang dewasa tapi kalau by group yang melebihi 20 orang murah sedikit iaitu 11,000 won seorang dewasa. Jom layan sebahagian aksi-aksi sengal tak sengal kat sini …

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

Ramai sangat org kat dlm museum ni , tak sempat habis posing pun kami dah keluar . Kami jalan-jalan di sekitar Chagalchi Market .

Chagalchi Market

image

Pasar Chagalchi ialah sebuah kawasan Pasar basah paling menarik dan terkenal di Busan . Penuh dengan gerai-gerai menjual pelbagai jenis makanan laut. Selain itu meriah dengan restoran makanan laut yang segar di dlm bangunan 7 tingkat .
Kami tak ada banyak masa kat sini kerana bas akan datang amik kami untuk ke destinasi yang seterusnya .

image

Bersambunggg…..

.